Monday, December 8, 2008

AIDIL ADHA DATANG LAGI

Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 10 Zulhijjah 1429 kepada semua pembaca dan pengikut/pengunjong blog ini. Sesungguhnya siapalah kami tanpa sokongan dari anda semua.

Akhir-akhir ini kami tidak menulis bukan kerana kekurangan bahan tetapi kerana kami merasakan telah banyak bukti yang telah kami utarakan di sini. Kami tidak ingin menambah yang bukan-bukan, sekadar cukup untuk saudara/i renungkan kembali sejarah tanah air kita yang dicintai ini, dimanakah berlaku kepincangannya.

Bukti pun jelas tercatat dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, Sejarah Patani dan juga beberapa buah buku dan penulisan lain yang berkaitan seperti, "A History of South East Asia", DGE Hall, catatan Tom Pires dan petikan penulisan dari internet oleh penulis dan pengkaji sejarah timur dan barat, malah ahli akademik negara Thailand sendiri. Bukan kami yang menulis ini semua, sekadar membuktikan kepada saudara sahaja.

Jelasnya, bagi kami memang berlaku konspirasi sejarah oleh penjajah yang menjajah kita dahulu. Terlanjur bercakap, mungkin boleh di hantar surat tuntutan saman guaman kepada Kerajaan Britain kerana menyembunyikan sejarah realiti dan manuskrip UUK selama hampir 100 tahun lebih. Apabila UUK disembunyikan, mereka tidak menyerah kembali kuasa yang mereka rampas kepada yang berhak sewaktu Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu. Lalu kita meninggalkan undang-undang Islam sepertimana tercatat dalam UUK dan menggunakan Common Law mereka.

Pada masa yang sama kami menghantar surat resmi dan membuat tuntutan sewajarnya kepada pihak yang berwajib akhir-akhir ini. Jadi tidak hairanlah sekiranya Raja Thailand tiba-tiba dilapurkan kurang sihat, mungkin kerana membaca surat tuntutan Tunku Nai Long Kassim. Beliau mungkin terkejut agaknya apabila mengetahui waris Raja Siam terakhir bergelar Boromoraja Ekataat V, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia masih ada hari ini di Malaysia. (Sanggupkah dia membayar ex gratia payment yang dituntut, bukan sekupang dua...dengar kata berjuta dolar..hehehe)

Kami juga ada menghantar surat kepada pemimpin politik kerajaan dan pembangkang, raja-raja kesultanan Melayu, juga pemimpin negara yang berdekatan dengan Malaysia. Manalah tahu mungkin selepas ini jawatan Yang Di Pertuan Agong Malaysia tidak lagi bersilih ganti setiap 5 tahun seperti rumah tidak bertuan. Proses pertukaran setiap 5 tahun ini tetap ada kepada jawatan Timbalan Yang Di Pertuan Agong sepertimana berlaku di bawah kerajaan Empayar Islam Benua Siam dahulu.
Ini andaian kami sahaja. Banyak yang kami renungkan sebenarnya, bukan mendiamkan diri.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 10 Zulhijjah 1429 hijrah.

8 comments:

Anonymous said...

macam manalah response parti politik terutamanya yang memperjuangkan Malaysian Malaysia dan menolak kepimpinan orang melayu dalam pentadbiran negara?

Mesti DAP tak bersetuju sejarah ini diiktiraf sewajarnya...

anaianai said...

emm...interesting. Kalau kita lihat komen mereka akhir-akhir ini mengenai ketuanan Melayu ada isu yang dibangkitkan seolah-olah mereka tahu. Walau apa pun mereka perlu hati-hati kerana ini isu sensitif, isu perlembagaan negara dan hak-hak orang Melayu hari ini.

Tujuan kami adalah untuk mereka (kerajaan dan pembangkang) lebih memahami sejarah realiti dan mencari resolusi yang baik dari segi politik demi kepentingan bersama.

Maharaja Yong Le dari Dinasti Ming mengelar raja-raja kita dari semenanjong Melaka ini sebagi 'fan', iaitu serpihan dari mereka juga. Tidak ada ketuanan Melayu ketika itu.

Pendapat peribadi saya, Maharaja China sudah tidak ada, yang ada hanyalah raja-raja Melayu yang dulunya pernah bernaung di bawah Maharaja China. Raja-raja hari ini mempunyai talian darah dan sejarah dengan Maharaja mereka sejak zaman dahulu. Dimanakah kesetiaan mereka hari ini jika tidak kepada yang masih ada? Dimana bumi dipijak disitulah langit di junjong. Biarlah mereka putuskan.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Berkenaan dengan politik, saya rasa kita tidak perlu risau kerana ketuanan itu masih kita pegang tidak akan terlepas. Negara kita masih lagi bersultan - beradat dan kita pun sudah sedia maklum asalnya dari mana. Apa yang kita tiada hanyalah Maharajanya sahaja.

Apa yang pasti, senario politik negara kita telah pun dicaturkan oleh Ingris, dimana mereka yang tidak patut mendapat kuasa diberi kuasa, mereka yang tidak patut mendapat kerakyatan diberi kerakyatan. Semuanya untuk menjamin kepentingan politik itu sahaja. Politik itu kuasa.

Kita juga mestilah tahu membeza puak2 Sun Yat Sen yang masih ada dinegara ini...mereka asalnya based di mana dan nada dan gaya percakapan mereka macamana, dan apa agenda asal mereka bersama Ingris....semestinya mereka bukan Manchu dan bukan juga Moghul.

Jika kita sudah nampak itu semua, maka senang bicara soal bangsa.

anaianai said...

analisa yang cukup baik dan berpandangan jauh..itu yg kami perbincangkan sebelum pada ini..ideologi mereka dan peranan mereka bersama penjajah d zaman dahulu dan apa pula peranan mereka hari ini. TQ TMP

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Mari kita flagkan blog pedestrianinfidel.blogspot.com dan surind.blogspot.com kerana Allah

Mohd Khairul Anwar said...

I couldn't agree more. NOW it's time to spread the GLAD TIDINGS to everyone about the very FACTS of our manipulated history to make it Malay feel inferior.

Karl

Salmi said...

Ketuanan Melayu itu biarlah berteraskan Islam dan sejarah realiti. Saya tengok puak-puak ini menghunus keris tetapi fahamkah mereka asal usul keris itu? Kalau asyik membawa lembing dan keris sambil bersajak atas pentas dan bernostalgiakan sejarah Melaka versi budak sekolah 1401-1511, tidak ke mana juga.

Satu lagi demokrasi amalan sekarang ini British yang mulakan yang mana satu orang ada satu undi termasuklah orang-orang bukan Islam ini diberikan hak kerakyatan dan mengundi.

Kalau orang-orang kita mempunyai kefahaman, barangkali sengketa sesama kita dapat dikurangkan untuk bergerak ke hadapan. Ketaksuban kepartian sepatutnya dapat diredakan kerana sebelum adanya parti-parti politik kita sudah ada empayar Islam dengan khalifah (maharaja) dan undang-undang berteras Islam.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

aku yakin, ramai orang kita yang sudah sedar, cuma mereka tidak begitu ambil pusing dengan sejarah realiti ni sebabnya mungkin xde kena mengena dengan depa. janji bule makan pakai pi holiday, x kacau periuk nasi selagi itula setakat tahu je...lagipun inikan zaman urban hip hop sains dan teknologi.

atau mungkin juga mereka konfius..

pendapat akulah kan, mengikut pergaulan dan pengalaman yang aku dapat, hanya mereka yang dari keturunan panglima, ulama dan pembesar2 sahaja yang selalu rasa menyirap bila bab2 agam ni dipermainkan dan mereka2 ini jugalah yang merasa perlunya sejarah realiti ini didaulatkan kembali...sebab darah pejuang tetap pejuang...kot mana pun dia otomatik jadi sendiri...x perlu dibuat2...tapi nak kena pi cari orang 'pandai dari kitala' untuk tune balik...sebab tu kita kena check balik asal keturunan ni, penting beb.

Kalau george bush bule detect tok nenek dia asal dari panglima perang salib, yang turun dari kapal mayflower, kenapa orang Islam melayu hari ini buat x kisah pasal asal keturunan...siapa yang lagi maju?

Sebab itulah orang2 dulu selalu mendoakan yang baik2 untuk anak mereka. bercerita kisah pejuangan nabi dan para sahabat. orang2 tua dulu buat kisah barzanji tu pun ada sebabnya...bukan main2.

datang Ingris tuka jadi cinderella and 7 dwap. abih rosak. takde lak orang kita komplen...