BIL 14/2008, 17 JAMADULAKHIR 1429H/21 JUN 2008
Ingin kami menegaskan bahawa tindakan TNL Kasim menghantar surat-surat tuntutan adalah berlandaskan kepada hak-hak beliau sebagai individu dan rakyat Malaysia. Beliau menulis surat dan menuntut hak-hak beliau yang selama ini telah dipinggirkan oleh kerajaan yang memerentah terdahulu. Yang dituntut beliau ialah takhta dan aset Sultan Jaafar Muadzam Syah 1862-1876 dan bukannya takhta dan aset Kesultanan Kedah hari ini. Sultan Jaafar yang dimaksudkan ada tercatat namanya dalam buku Cempakasari seperti berikut,
Sila klik untuk besarkan. Long Jaafar@Sultan Jaafar Muadazam Syah setelah ditabal menjadi Yang Di Pertuan Kedah telah melantik Ngah Ibrahim menggantikan tempat baginda terdahulu. Memang benar ayahanda baginda adalah dari keturunan Tun Saaban iaitu Hang Tuah, terakhir menjadi Raja Acheh bergelar Iskandar Mahkota Alam.
Tuntutan-tuntutan beliau adalah berkenaan hak-hak beliau, bukannya hak kita. Kalau hak kita yang dituntut mungkinlah kita rasa tersinggung tetapi ini berkaitan dengan hak beliau. Apa pula perasaan kita sekiranya hak-hak kita dicabul? Apakah kita akan duduk mendiamkan diri sahaja? Memang betul hak beliau melibatkan orang lain, kalau begitu bersemukalah dan duduklah berbincang walau apa sekali pun rintangan yang ada. Kalau masih juga tidak berpuas hati masih ada lagi saluran lain yang ada untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit.
Yang peliknya, pihak PSMCK (Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan kedah) pula tidak pernah berusaha untuk menghubungi dan menemui beliau bagi berbincang mengenai dakwaan-dakwaan beliau walaupun selepas menganjurkan Forum Sejarah Realiti Kedah pada September 2006 dahulu. Tidak ada ‘follow up’dari forum tersebut walaupun sudah 2 tahun lebih ia diadakan. Apa guna diadakan forum tersebut sekiranya tidak ada resolusi dan usaha untuk memahami wasiat serta bukti-bukti yang ada tercatat dalam UUK dan sumber rujukkan lain?
Kenapa PSMCK menggunakan realiti sebagai tajuk forum sedangkan dalam kelopak jantung pula Pengerusi PSMCK mengatakan TNL Kasim telah “…mengubah fakta sejarah sebenar dan cuba menimbulkan kecelaruan. Beliau juga mengatakan “..mengandungi fantasi dan khayalannya sahaja…”. Khayalan yang bagaimana yang dimaksudkan apabila Pengerusi PSMCK sendiri menulis artikel mengenai kewujudan Putera Raja Ligor berpusat di Alor Ganu (1821-1839), ....yang menulis surat beradat dalam teks jawi kepada pegawai pegawai Inggeris di mukasurat 30 dan 31, buku Warisan Mahawangsa Kedah. Secara tidak langsung ia membuktikan Raja Ligor wujud sepertimana puteranya juga. Raja Ligor ialah Khalifah Syariff Abu Bakar Syah sementara Putera Ligor ialah Sultan Mud Zaffar Syah III. Catatan di atas itu bukan kami yang tulis, beliau sendiri yang menulis artikel tersebut.
Kenapa PSMCK menggunakan sikap ‘bo layan’ kepada TNL Kasim selepas forum Sejarah Realiti Kedah? Kepentingan siapakah yang dijaga sebenarnya?
Mengenai Sultan Abdul Hamid pula bukan generasi kami hari ini membenci dia malah kami pun turut mendoakan agar roh almarhum di cucuri rahmat, kami cerita mengenai kebenaran sejarah, apa yang sebenarnya yang berlaku sepertimana yang diketahui oleh keluarga kami. Kalau orang lain selain dari waris Syarif Yang Di Pertuan mungkin agaknya kita boleh katakan zalim. Akan tetapi hanya kami waris yang sebenar yang boleh menerangkan dan memperkatakan perkara ini sebab kami dari golongan yang melantik, bukan yang kena lantik. Jadinya, soal derhaka kepada raja tidak timbul langsung. Yang tuduh TNL Kassim ini zalim, perlu la tahu kadar diri sikit.
Agaknya pihak PSMCK terlepas pandang ms 48, Undang-Undang Kedah dimana jelas tercatat," Demikian lagi yang bangsa raja itu, jika miskin sekali pun ia dipertengku dan diperpatik juga; maka duduknya pun keataslah kerana ia bangsa raja"
Seperkara lagi mengenai sejarah Kedah ini, kita selalu lupa golongan yang berkuasa untuk melantik dan golongan yang kena lantik untuk berkuasa. Kita tahu TNL Kassim adalah dari keturunan golongan yang melantik mereka untuk berkuasa (bermula dari Perdana Menteri Kedah). Kata beliau, “saya bukannya hendak riak tapi pun faham-faham sajalah. Saya pun bukan ada kepentingan apa-apa seperti orang lain. Saya tak perlu itu semua, lagi pun takkanlah golongan yang dilantik nak bagi pingat kat saya dari golongan yang dulunya melantik mereka?”ujar beliau lagi sambil ketawa.“Saya cuma mahukan hak-hak saya dan sejarah Kedah yang digelapkan di perbetulkan semula”
Bagi kami dakwaan-dakwaan beliau bukan semuanya tidak berasas. Banyak bukti-bukti yang beliau maklumkan dalam wasiat kepada kami telah kami temui kemudiannya. Apakah PSMCK akan menghadapi kerugian sekiranya dakwaan-dakwaan beliau itu salah. Tak mungkin sampai begitu sekali, paling tidak akan menambah pengetahuan yang sedia ada mengenai sejarah Kedah. Banyak fakta sejarah Kedah boleh direkodkan dari beliau dan ini adalah lebih baik untuk Kedah dan rakyatnya, bukan untuk kepentingan individu tertentu. Salah atau betul dakwaan beliau kita adili kemudian melalui perbincangan atau resolusi forum.
Kami kira tidak salah kalau beliau ingin menulis dalam internet. Banyak penulisan beliau sebelum ini tidak dilayan oleh media tempatan kerana mereka takut untuk menyiarkannya. Hari ini bermacam-macam artikel yang kami temui terdapat dalam internet mengenai sejarah Kedah dan sejarah negeri lain yang ditulis oleh individu lain. Kenapa blog ini pula yang menjadi tumpuan, pasti ada sesuatu yang menarik perhatian pihak PSMCK. Ada penulisan sejarah yang kami temui betul, ada yang kurang tepat dan ada yang salah. TNL Kassim menulis pun menurut wasiat, pengalaman dan pengetahuan beliau sendiri, maklum sajalah umur beliau pun bukannya muda, sudah melebihi 70 tahun.
Seperkara lagi mengenai wasiat dan tuntutan wasiat dalam Islam. Apakah kita sebagai individu beragama Islam sanggup megenepikan tuntutan wasiat ini dalam Islam. Kita pun bukanlah nak hidup selama-lama nya. Paling tidak usaha kita ke jalan Allah, ini lah sebahagian dari nya, sebelum kita meninggalkan dunia yang fana ini. Wasiat ini bukan sahaja diturunkan kepada beliau malah juga kepada saudara anaianai, kaum keluarga terdekat yang lain dari jurai waris yang sama. Kaum keluarga kami, ada yang turut menerima wasiat ini telah menjadi ahli PSMCK (dah berzaman) tetapi memihak kepada wasiat keluarga yang telah ditinggalkan dahulu. Ringkasnya, kami pun sedikit sebanyak tahu apa yang PSMCK buat.
Kami, ahli keluarga dan waris Syarif Abu Bakar Syah Yang Di Pertuan Kedah sentiasa mengalu-alukan apa saja usaha PSMCK, kerajaan negeri atau pihak lain untuk membetulkan sejarah Kedah melalui sebarang jawatankuasa yang ditubuhkan. Tiada apa yang kami perlu takutkan kerana kami ada bukti bertulis yang nyata dan jelas(sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah dan buku Cempakasari). Kami bersedia pada bila- bila masa untuk bertemu dan berbincang dengan mana-mana pihak demi menegakkan kebenaran dan keadilan.
PS : Di penghujung artikel PSMCK menyebut langkah yang boleh di ambil terhadap TNL Kassim? Mungkin ada yang sangka waris Khalifah Syarif Abu Bakar Syah Yang Di Pertuan Kedah yang masih ada hari ini miskin hina dina, hidup di kampung-kampung dan takut untuk bertindak balas. Nampak gayanya bukan mereka nak menjernihkan keadaan tetapi mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.
BIL 142008, 12 REJAB 1428/15 OGOS 2008
PSMCK menyebut bahawa terdapat ahli keluarga TNL Kasim yang datang untuk berbincang dengan mereka di Perpustakaan Muzium Negeri pada awal julai 2008 jam 10 pagi (tarikh tidak di sebut).
Kami ingin memaklumkan kepada semua bahawa pada pengetahuan kami tidak ada wakil atau keluarga TNL Kassim yang datang untuk menemui Pengerusi PSMCK untuk berbincang mengenai apa yang dilabelkan sebagai tindakan liar TNL Kasim.
TNL Kasim tidak pernah menyebut Sultan Syariff Syah sebagai Raja thai seperti
mana tercatat dalam buletin PSMCK seperti tarikh diatas. Artikel dalam blog ini sentiasa menyebut Raja Siam sebagai beragama Islam dan Raja Thai sebagai beragama Buddha.
Sekiranya mereka yang datang itu adalah dari keturunan anakanda Syarif dari anak-anak kedua dan ketiga dan seterusnya dan bukan dari anak pertama iaitu Sultan Mud Zaffar Syah III mereka tidak ada hak untuk meluahkan pendapat sebagai Waris Syarif Yang Di Pertuan kerana mereka bukan waris mutlak.
Waris-waris ini tidak menerima wasiat dan hanya melalui TNL kasim barulah mereka mengetahui siapa ayahanda kepada nenek moyang mereka sebenarnya. Keluarga utama TNL Kassim tetap menerima mereka sebagai adik pupu kami hinggalah ke hari ini. Agak menarik juga apabila buletin PSMCK menyebut nama Khalifah Syarif Abu Bakar Syah sebagai Sultan Syariff Syah tetapi sebelum pada ini nama beliau lenyap begitu sahaja dari rekod sejarah Kedah, cuma kadangkala disebut sebagai Raja Ligor sahaja. Ramai pembaca tersasar dan beranggapan Raja Ligor adalah dari bangsa Thai dan beragama Buddha.
Hikayat Patani ada menyebut Khalifah Syarif Abu Bakar Syah sebagai Raja Bakar atau nambang (air telok) Sila baca disini tapi awas ketika membaca kerana penulisnya terpengaruh dengan agenda melayu dan menyebut Raja Thai sebagai Raja Siam pada hal Raja Thai telah menawan Ayuthia dalam tahun 1767 dan mengusir Raja Siam iaitu Raja Bakar ini. Penulis mungkin menulis kisah ini dari riwayat yang direkodkan semula (bagus juga). Walau pun ditulis tanpa tahun kita tahu kisah ini pastinya berlaku antara tahun 1767 hingga tahun musuh bisik 1821.
Sial rujuk disini,
http://www.geocities.com/prawat_patani/chapter3.htm
Berkenaan dengan saya, mereka juga ada menyebut nama saya secara tidak lengkap dalam buletin mereka. Namun saya tetap anaianai yang menulis dalam blog ini bersama rakan-rakan yang lain. Izinkan saya menceritakan serba sedikit mengenai saya. Saya menerima wasiat dari datuk saya sepertimana TNL Kasim, abang pupu saya dan dengan itu kami ada tanggungjawap dari segi hukum agama Islam.
Izinkan saya menceritakan tentang diri saya. Saya, Nai Long Mazlan Nai Long Abdul Majid adalah cucu kepada Tok Nai Bannui yang bermaksud Tok Syed Putra Bongsu. Kalau pihak PSMCK tidak tahu, silalah pergi mengadap DYMM Tunku Sultan Kedah dan bertanya kepada baginda siapa dia Tok Nai Bannui ini. Melalui Tok Nai Bannui banyak kisah-kisah dahulu yang saya ketahui kerana saya cucu yang rapat dengan Allahyarham.
Saya juga adalah menantu kepada Cik Gayah binti Mahmud @ Tuan Kerani Mahmud yang mengepalai lanskap dalam kawasan istana Anak Bukit sewaktu pemerentahan Sultan Abdul Hamid dulu. Dari mana asalnya Kerani Mahmud ini?, tak lain dari istana Raja Siam di Ayuhthia dulu. Jadi banyaklah kisah istana yang saya tahu di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Syah dahulu.
Nak tahu lagi siapa saya? Saya juga adalah cucu saudara kepada Tunku Fariddudin Haji @ Tunku Farid, bapa saudara sepupu ke bawah DYMM Tunku Sultan Abdul Halim Syah. Saya masih ingat Yangku (panggilan saya) menulis dan merekodkan semula salasilah Kesultanan Kedah dahulu sewaktu bertugas sebagai Pegawai Daerah di Yan, Kubang Pasu, Sik, Kuala Muda dll, disamping kemahirannya melukis potret.
Seperkara lagi, saya bukan berjawatan Pensyarah tetapi Pensyarah Kanan DM52. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari UITM dalam tahun 1984 dan Ijazah Sarjana dari UK dalam tahun 1990 tetapi bukan dalam bidang sejarah. Ini tiada masalah bagi saya kerana pada tahap saya sebagai ahli akademik IPT selama lebih 21 tahun , saya mudah sahaja mempelajari apa bidang yang menimbulkan minat saya lebih-lebih lagi sejarah keturunan saya. Lagipun sejarah memang subjek kegemaran saya dan merupakan electives saya sewaktu menuntut dahulu.
Pihak UiTM juga menyarankan agar supaya kakitangan akademiknya mengamalkan "multidisciplinary" selain bidang pengkhususan utama agar universiti menjadi lebih cemerlang.
Nama saya pernah diusulkan untuk membuat PhD namun saya lebih berminat untuk membuka program baru di kampus Kedah, negeri asal keturunan saya. Saya adalah perintis kepada Program Industrial Design di UiTM Kedah bertepatan dengan kewujudan kilang Modenas, Naza di Gurun Kedah dan industri lain di Sungai Petani dan Kulim High Tech. Hari ini pada usia menjangkau 50 tahun saya sebagai pewaris Datuk Ku Raja Chenak Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang tidak gentar kepada sesiapa pun demi menegakkan kebenaran sejarah keturunan nenek moyang saya kerana saya turut menerima wasiat.
Akhir sekali disebut dalam buletin tersebut bahawa mereka-mereka ini kononnya bersetuju untuk mengadakan forum atau diskusi sejarah Kedah. Saya harap PSMCK bertindak dengan lebih bijak dengan menjemput mereka-mereka yang berkaitan, seperti waris mutlak kepada Khalif Syarif Abu Bakar Syah Yang Di Pertuan Kedah dan waris terdekat untuk turut menghadiri forum atau diskusi tersebut. Akan tetapi setakat hari ini, sudah 6 bulan berlalu belum ada apa-apa khabar berita lagi.
Sekian terima kasih.
BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH
11 comments:
Diharapkan pihak PSMCK ini janganlah hanya bersuara melalui Kelopak Jantung itu saja, cubalah bawa berbincang baik-baik.Cubalah berhujah secara ilmiah, jangan hanya mengata yang bukan-bukan kepada TNL Kasim.
Pihak kami tidak pernah takut kepada sesiapa sebab "berani kerana benar".
selagi kepentingan Islam dan sejarah Bangsa dapat didaulatkan dengan sebenar-benar daulat - T H E . M A L A Y . P R E S S will support.
Salam, saya harap sangat PSMCK lebih professional dan terbuka dalam mencari kebenaran sejarah. Berkonfrontasi dalam hal ini adalah satu sifat yang merugikan bangsa sendiri, sedarlah.
Semoga Allah membukakan pintu kebenaran. Yang benar itu benar, yang batil itu batil.
Salam.
Betul tu la Hazmy..sengaja kami tak siarkan apa yang ditulis dalam buletin itu..kami petik sedikit sahaja.Tapi, kami pun manusia juga, sakit kene cari ubat, lapar kene makan...bersifat "lahaulawalla" lah katakan...(dengan maaf) bila tidak dihiraukan sekian lama kemudian pula di cuit dengan kata sedemikian walaupun ada bukti bertulis dan manuskrip, nak juga kami jawap sb ini soal maruah keluarga kami. Secara tidak langsung ia juga sejarah Islam dan bangsa Melayu hari ini.
Paling tidak pun depa mai la tanya, berbincang, rekodkan apa yang ada. 2 tahun berlalu semenjak forum, habuk pun tarak. Tapi kami puji MB Kedah yang baru, dia minta PSMCK bagi penerangan..MB dulu buat pekak saja. Tapi kami simpan surat-surat tu semua, sb tu kami berani kata.
Tak apa, isu ni nak jadi panas agaknya, kita tgk la nanti... firasat kata tak lama dah..
makin menarik! pengakuan cara terbuka ini membuktikan kebenaran tetap utuh dan perlu diperjuangkan. Saya kagum dgn anaianai dan TNL Kassim yg bersikap berani kerana benar. Agaknya PSMCK sedang mencari jalan lg utk menutupi kebenaran yg makin nak timbul. Moga2 kebenaran tercetus jua! dan pihak kerajaan negeri membuat siasatan dgn mendalam dan 'acknowledge' the hidden facts in Kedah long history ini. Teruskan usaha anda!
PSMCK dok sebok pasai tuntutan TNL pasai apa? Tu hak TNL. PSMCK tak cukup mentahkedarah lagi ka? Kalau nak 5% komisen habaq mai nooo...kut2 pasai tu kut depa dok buat tahana. Aku ghibas dgn pelepah nyok baru hangpa ada akai!
Assalamualaikum.
Sejarah kita telah dicelarukan oleh penjajah atau berlaku tidak mengikut tertibnya kerana campur tangan luar seperti Inggeris , Thai dan seumpamanya.
Sekarang ada pihak hendak memurnikan semula ,merongkai dan menyusun semula supaya kembali kepada yang berhak. Secara adilnya pihak yang terlibat hendaklah dengan ikhlas bertemu dan berbincang kerana apa yang dikemukakan oleh TNL Kasim itu terdapat asas yang boleh dibawa berbincang.
Mendiamkam diri tidak akan menyelesaikan masalah. sebagai orang Islam apabila berlaku perbalahan kita hendaklah kembali kepada Allah dan RasulNya. Ini bermakna kita hendaklah berunding dan bermesyuarat.
Akhirnya semua orang kenalah berpihak kepada kebenaran yang mungkin rasanya agak pahit, kalau manis tentulah lagi baik dan diharapkan.
Wallhu aklam bissowab. Wassalam.
Setuju dengan Leenoh.
Sejarah keturunan Bani Hasyim adalah amanah bangsa & agama. Setelah wafat Nabi Junjungan, tiada yang berhak menjadi Raja di muka bumi melainkan waris Baginda Rasullullah SAW. Wasiat berhubung kait dengan amanah bangsa & agama. Yang Hak kembali kepada Yang Berhak. Harta anak yatim haram dimakan, sekira dimakan dosa besar jatuhnya hukum. Sireh yang dimamah patut dipulang ke gagang. Pinang yang dikacip wajib disemai semula. Balasan kepada yang engkar ditunjuk didunia, neraka Jahannam kesudahannya.
~Gen-7 Long Tambang~
salam ziarah
salam kembali kulna
assalmualaikum.kebenaran ssh nk terungkai sbb kita duk dlm sistem diorang..sistem yahudi ni demokrasi..pergi mampos ngan yahudi!!Aku xprnah support sistem yahudi nih.mari kita pakat ramai2 xyah mengundi! kembalikan sistem monarki...Daulaaatt.. Tuanku Nai Long Hj Kassim.
Post a Comment