Thursday, February 14, 2013

MAKAM TUAN HAJI SALLEH PENAGA DAN KHUN WARA WANGSA


Saya merujuk kepada blog yang tertera di bawah ini,



Tanpa prajudis kepada blogger diatas, saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Tokoh Sejarawan Kedah, Dato Wan Shamsuddin Mohd Yusof yang mengatakan makam Ulama Kedah, Tuan Haji Salleh Penaga terletak bersebelahan pejabat TDC di Alor Setar hari ini. Makam sebenar beliau berada di Lahak Kabot, Mukim Penaga. Haji Salleh atau lebih dikenali oleh penduduk kampung sebagai Tok Perak mempunyai beberapa orang anak diantaranya Haji Zainuddin dan Haji Hamid. 

Haji Zainuddin berkerja dan meninggal dunia di Perlis dan jenazahnya dibawa balik ke Penaga untuk dikebumikan. Beliau boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan Siam. Haji Hamid pula seorang guru agama menjadi imam di Lahak Tabut dan turut di simpan di tanah perkuburan yang sama. Haji Hamid membawa kepada Tok Lang Razak dan Pak Cik Sabri. 

Lahar Tabut, Penaga.

Untuk makluman semua, saya juga adalah generasi ke lima dari keturunan Haji Zainuddin bin Haji Salleh. Keluarga kami mempunyai geran tanah untuk membuktikan dakwaan kami selain dari kedua orang tua yang masih ada berusia 76 tahun yang sememangnya mengetahui perkara ini dan juga ahli keluarga yang masih ramai di Lahak Kabot, Penaga.Jadinya, jangan nak memandai buat cerita, puak kami dok ada lagi.


Carilah sendiri dalam kawasan tanah perkuburan ini.

Makam yang berwarna kuning bersebelahan TDC Alor Setar sebenarnya ialah makam Raja Jalil Putera bergelar Khun Wara Wangsa sepertimana tercatat didalam Manuskrip Melayu Undang-Undang Kedah, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ms 2. Raja Jalil putera ini bergelar Khun Wara Wangsa. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Syah III, Marhum Kota Naga.

Makam Raja Jalil Putera@Putera Jalil Yaacob Syah  ibni Sultan Rijaluddin, bergelar Khun Wara Wangsa

Menurut sejarah Kedah, Sultan Rijaluddin Muhammad Syah dikatakan hidup sekitar tahun 1650. Agaknya pihak mereka terlupa bahawa Muhammad Syah bukanlah sebahagian nama Sultan Rijaluddin tetapi nama ayahanda baginda.

Muhammad Syah ialah Sultan Muhammad Johan Syah III. Zaman baginda memerintah di sebut sebagai zaman Seri Johan Pahlawan (UUK ms10). Dalam sejarah Perak, baginda bergelar Tok Temeng dan makam baginda berada di Beruas bersebelahan dgn makam Duli Yang Di Pertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia (UUK,ms98). Jika kita teliti UUK, ms 10 perenggan kedua (diatasnya di sebut “…zaman seri Johan Pahlawan”) ada dicatatkan mengenai  bijih timah kerana itulah sumber perdagagan di zaman Tok Temeng@Sultan Muhammad Johan Syah III . 

Bagi kami, mana-mana catatan sejarah yg mengatakan Tok Temeng@Tok Temong adalah seorang wanita adalah karut sama sekali.

Dengan itu, nama Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (UUK ms 14) harus di interpretasikan  sebagai Sultan Rijaluddin IBNI Muhammad Johan Syah III. Kenyataan ini sekali gus menafikan bahawa pemerintahan baginda Sultan Rijaluddim ialah pada sekitar tahun 1650 masihi kerana Syah Alam Yang Maha Mulia (gelaran penuh) yang dimaksudkan dimuka surat 1, UUK adalah merujuk kepada Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman dan bukannya merujuk kepada Sultan Rijaluddin.

Baginda Sultan Mahmud Syah adalah Syah Alam Yang Maha Mulia yang mengarahkan agar UUK, "..suruh salin ambil taruh". Gelaran Syah Alam Yang Maha Mulia tidak ada sangkut paut dengan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II (sepertimana dakwaan seorang pencacai) yang hanya bergelar, Paduka Seri Sultan.

Gelaran Khalifatullah Akhirul Zaman bukan milik Sultan Mahmud Syah mangkat di julang yg pernah memerintah Bandar Hilir dengan Sg Melaka nya selebar longkang besar sahaja. Memang selayaknya baginda dibunuh kerana sikap dan perbuatan diluar tabiinya itu. 

Sila lihat UUK, ms 98, Duli Yang Di Pertuan Sultan Mahmud Syah MASIH LAGI  MEMERINTAH pada tahun 1067 Hijrah bersamaan dgn tahun 1641, sedangkan Melaka Bandar Hilir telah ditawan Portugis pada tahun 1511. 

Dengan itu Sultan Mahmud Syah yang di maksudkan di ms 98,UUK adalah Khalifatullah Akhirul Zaman, Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah (bergelar Sri Su Tammaraja) ibni Nai Hisbu Muadzam Syah (bergelar Songtham Ayuthia). Sila rujuk salasilah 2 dan 3 dibawah blog ini.