Tuesday, July 8, 2008

Sejarah sedang ditukar?

Terbaru, kami dapati ada usaha-usaha mereka yang berkepentingan yang cuba menukar sejarah dengan mengatakan Raja Lumu (Sultan Selangor pertama) di tabal oleh Sultan Mahmud Syah.

Padahal, sebelum pada ini kami telah pun meneliti banyak artikel yang menyebut Sultan MudZaffar Syah III Perak telah menabal Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama dan baginda bersemayam di Kuala Selangor. Pertabalan itu dikatakan telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan adat istiadat diraja serta dipersetujui oleh Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Kedah kerana Raja Lumu adalah anak saudara kepada permaisuri (isteri) Sultan Mud Zaffar Syah III iaitu Permaisuri Sri Andalas (ingat Andalusia di Sepanyol, dulunya beragama Islam) yang berketurunan Bugis.

Tak hairan lah kalau sekiranya di Kelang Selangor terdapat perumahan yang besar iaitu Taman Seri Andalas malah nama bandaraya Shah Alam adalah menurut gelaran kepada Raja Besar Benua islam Siam sepertimana yang termaktub dalam Undang-Undang Kedah dan juga lagu Seri Andalas adalah merujuk kepada permaisuri baginda Sultan Mud Zaffar Syah III, menantu kepada Khalifah Syarif Abu Bakar Syah.

Dalam mengkaji semula sejarah, kami melihat ada pihak tertentu yang mungkin mengetahui sejarah realiti, namun enggan berterus terang. Adakah mereka takut kehilangan kuasa ? Entahlah, sukar bagi kami membuat andaian.

Bagi kami, situasi Kesultanan Selangor adalah sah, langsung tidak tergugat kerana perlantikkan dan pertabalannya adalah resmi dan diakui Raja Besar Benua Siam Islam ketika itu dan diwakil kepada anakandanya, Sultan Mud Zaffar Syah III Perak. Namun begitu apa yang berlaku dizaman penjajahan Jepun dan kembalinya penjajah Inggeris adalah agak rumit dan terkemudian untuk kami pertimbangkan.

Tindakan memetik nama-nama tertentu dari rekod arkib mereka untuk dijadikan nama tempat dan sebagainya seolah-olah ada udang disebalik batu. Masakan mereka yang berkepentingan ini tidak tahu, sebagai contohnya untuk menamakan sebuah bandar baru sebagai bandar Shah Alam sedangkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat nama Syah Alam Yang Maha Mulia, hanya dikembalikan oleh Inggeris dalam tahun 2003 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 2005.

Mungkin juga dalam sangkaan baik, mereka ini bukan pakar sejarah dan hanya sekadar meneliti nama-nama tertentu dalam mana-mana rekod yang ada sebagai rujukkan sahaja, wallahualam. Namun yang jelas, rekodnya mungkin masih ada.

Sekiranya Inggeris tidak memulangkan manuskrip ini, adakah kita sebagai rakyat Malaysia hari ini akan tahu sejarah realiti? Kami difahamkan bahawa salinan manuskrip ini ada disimpan oleh pihak istana tertentu semenjak zaman berzaman.

Yang menanggung cemuhan orang yang tidak berpengetahuan mengenai sejarah bukannya kita, akan tetapi TNL Kassim dimana wasiatnya pernah dipertikaikan disuatu masa dahulu. Malah ada pihak yang mempertikaikan kenapa TNL Kassim dijemput untuk menjadi panel "Forum Sejarah Realiti Kedah" pada 13 September 2006 dahulu oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Masakan tidak, kehadiran beliau pasti akan mencemaskan banyak pihak.

Hari ini ternyata ramai diantara mereka menghormati beliau setelah meneliti tulisan sejarah realiti yang tidak seberapa diblog ini dan mengkaji sendiri perisian manuskrip Undang-Undang Kedah.

Interesting reading can be found here,
http://www.mdks.gov.my/v2/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=40

lihat senarai Sultan ke 13 dan 23 (bukan diedit oleh kami) di sini,
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_of_Perak

PS : Nantikan artikel seterusnya, artikel yang merujuk kepada Masjid Koya di Pulau Pinang. (Koya Long atau Po Chan di Kemboja Cempakasari, kembali bersama pengikutnya dan memakai gelaran Sultan Mud Zaffar Syah III, Perak).