Thursday, May 29, 2008

Menjejak tinggalan sejarah di Pendang

Kami telah menjejaki beberapa tinggalan sejarah di sekitar Pendang baru-baru ini.Usaha kami ini adalah dengan saranan pembaca blog ini yang ingin kami megenegahkan lagi bukti-bukti yang masih ada setelah hampir 192 tahun tentera raja thai yang menjajah negeri Siam menyerang Kedah bermula dalam tahun 1821 secara senyap. Serangan ini dikenali sebagai Peperangan Musuh Bisik 1821 dimana Syarif Yang Di Pertuan Kedah telah turut dibunuh.

Peperangan kedua berlaku dalam tahun 1839 (zaman Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang) dan peperangan ketiga dalam tahun 1876 dimana Sultan Jaafar @ Long Jaafar ditangkap di Merbok, disiksa di Ruat, Yan dan akhirnya dibunuh di Gurun Kedah. Pada peperangan ketika itulah, bantuan daripada kerajaan yang bernaung dibawah kerajaan Siam Islam turut tiba untuk membantu tentera Sultan Jaafar Mad Azam Syah.

Tentera thai telah dibekalkan dengan senjata api moden oleh penjajah Inggeris dari Pulau Pinang. Di atas kemenangan itu, tentera thai (penjajah negeri Siam) telah menjajah Kedah selama 5 tahun sehingga tahun 1881. Sepanjang tempoh tersebut lah banyak istana lama milik Raja Siam Islam telah dimusnahkan oleh mereka bagi menutup sejarah.

Tindakan ini bertujuan untuk menjadikan bangsa Siam itu sebagai kesinambungan bangsa thai, mereka merampas sejarah siam Islam sebagai sejarah bangsa thai, kononnya beragama Buddha seperti mereka, pada hal tidak begitu. Setelah selesai kerja-kerja ini, mereka kemudiannya melantik Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah dalam tahun 1881. Dengan itu, salasilah Kesultanan Kedah hari ini yang dipaparkan dimana-mana laman bblog adalah dari keturunan Sultan Abdul Hamid dan bukannya salasilah Raja Besar Islam Benua Siam Kedah. Kita kena tipu lagi.

Tentera Majapahit turut tiba untuk membantu dalam peperangan besar di Tanah Merah Pendang. Hari ini, mereka menjadi orang Kedah dan menetap di perkampungan mereka sendiri. Aku tunjuk papantanda PAS pula, manalah tahu kerjaan Pas Kedah lebih prihatin berbanding kerajaan BN dahulu dalam bab-bab tuntutan ni. Dulu, ada satu MB Kedah cuba untuk menafikan sejarah realiti. Akan tetapi, tak lama lepas tu terus jatuh sakit, kena lepas jawatan MB. Kebetulan atau apa? Korang buatlah tak tahu, tak nak peduli bab sejarah realiti ni..balasan hanya dari Allah.


Anehnya, pihak MADA yang kami kira buta sejarah cuba menutup bukti yang ada dengan menukar nama alor yang terletak bersebelahan jalan masuk ke kampung tersebut kepada Manjapahit, padahal nama sebenarnya Majapahit.

Ini adalah sebahagian dari kampung Majapahit yang dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau.

Pekan Tanah Merah terletak hanya terletak beberapa km sahaja dari Pendang. Tanah merah merujuk kepada kesan darah yang tumpah begitu banyak sekali sewaktu peperangan berlaku. Di sinilah peperangan besar tentera Thai dan tentera Siam Islam Kedah diketuai oleh Sultan Jaafar Muadzam Syah @ Long Jaafar berperang dan tewas. Tentera China Manchu Islam turut berjuang disini kerana mereka menetap disini diatas perentah Maharaja China Manchu yang beragama Islam. Sultan Jaafar@Long Jaafar adalah cucu Maharaja China Manchu Islam melalui perkahwinan puterinya (Maharaja Manchu) dengan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang.


Masjid baru Kg Jelutong yang sedang dibina menuju ke Kubur Panjang ini menggunakan senibina Siam Islam bersesuaian dengan masyarakat setempatnya. Masyarakat Siam Islam di Kedah adalah juga orang-orang melayu Kedah hari ini. Mereka bertutur dalam bahasa Siam Kedah dan Bahasa Melayu loghat Kedah (terima kasih, Mutalib).

Senibina siapakah ini dengan rekabentuk masjid dan mimbar yang sebegini rupa?



Persimpangan Kubur Panjang, Kampung Tualang dan Kebun 500 (bermaksud 500 ekar apabila Inggeris membuka estet tanaman getah). Pembukaan ladang-ladang getah di sekitar Kedah adalah dengan jemputan Sultan Abdul Hamid khas untuk penjajah Inggeris. Catatan ini ada dalam buku Warisan Mahawangsa. Dengan sebab itulah Makam Raja Merong Mahawangsa, bergelar Sultan Muzaffar Syah I dan anakandanya Podiset@ Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir di Kg Langgar, Merbok Kedah kini berada dalam ladang getah.

Sebaik sahaja sampai di kampung Tualang kami berpeluang untulk melihat Alor China yang terletak di Kampung Tualang. Alor ini dikorek oleh tentera Maharaja China Manchu Islam bagi kegunaan saliran air ke sawah padi berdekatan yang turut mengelilingi kg Tualang hingga ke Titi Haji Idris. Ada yang bertanya kemana perginya mereka hari ini. Tentera China Manchu yang beragama Islam telah berkahwin dengan orang Siam Islam tempatan dan hari ini mereka dikenali sebagai Melayu Kedah. Rupa paras mereka mereka berkulit putih kemerah-merahan. Bagi tentera China manchu yang tidak beragama islam pun masih ada, membuka kedai runcit, berniaga dan mereka mesra dengan orang-orang melayu setempat. Ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Siam Kedah kerana menurut mereka ia hampir serupa dengan Bahasa China.

Pandangan sebelah kanan Alor China dari persimpangan diatas.


Masid Kampung Tualang yang siap dibina beberapa tahun lepas bagi menggantikan masjid lama yang perbuat dari kayu. Ramai anak-anak kampung ini berkerja di bandar-bandar besar turut menghulurkan bantuan kewangan. Disinilah terletaknya makam Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Kedah, mangkat 1821 dibunuh oleh tentera Thai Buddha di istana Kota Mengkuang. Kawasan makam disini adalah terdiri dari tanah perkuburan Islam yang beratus tahun lamanya seluas padang bolasepak.


Makam Syarif Yang Di Pertuan, tanpa sebarang perubahan setahun setelah blog sejarah realiti yang dipinggirkan ini dibuka untuk tatapan semua peminat sejarah dan 1 tahun 11 bulan setelah Forum Sejarah Realiti Kedah diadakan di Alor Setar. Kepentingan siapa yang dijaga agar sejarah realiti dikuburkan?

Berhampiran dengan Kebun 500, jalan yang sama ke Kampung Tualang terletak perkampungan orang-orang Minangkabau. Bagaimana boleh kedapatan orang-orang Minang di kedah dengan jumlah yang ramai ini? Keturunan mereka dahulu adalah tentera yang dihantar oleh raja wilayah masing-masing untuk berjuang menentang tentera Raja Thai Buddha. Kewujudan mereka di Kedah telah dinafikan oleh sejarah kita yang ditulis secara versi penjajah.

Oleh kerana disini rata-rata penduduknya bertutur dalam bahasa Siam, syarikat roti yang diusahakan oleh penduduk setempat memilih untuk tidak memasukkan perkataan 'kabau' dalam nama syarikat Roti Minang miliknya. Ini adalah kerana kabau dalam bahasa Siam bermaksud derhaka.

Inilah gelaran yang dihukumkan oleh Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman keatas pekerja lombong bijih baginda keturunan Minang yang membantu Belanda menyerang baginda di Kota Lukut dalam tahun 1641 dahulu. Sebagai habuan mereka di hadiahkan satu kawasan yang dinamakan sebagai Negeri Sembilan oleh Belanda.


Masjid asal di kampung Minangkabau masih kekal tanpa sebarang pengubahsuaian yang ketara.

Roti Minang Sdn Bhd terletak berdepan dengan papantanda Kampung Minangkabau diatas...kenapa tidak Roti Minangkabau Sdn Bhd? Mudah saja, di kampung yang penduduknya bertutur bahasa Siam Islam Kedah, semua orang tahu kabau itu bermaksud, derhaka. Ia tidak bersangkut cerita dengan mana-mana kerbau disawah.


Saya masih ingat sewaktu kecil, ibu mertua kepada mak saudara saya yang sudah tua (90 tahun) bertutur dalam bahasa yang sukar saya fahami...bahasa Melayu tapi bunyinya lain.....rupa-rupanya ia adalah bahasa Minang !!!. Itu pun saya ketahui setelah dewasa, menetap di Selangor dan bercampur dengan rakan-rakan dari Negeri Sembilan.

Begitulah saudara sedikit sebanyak antara tinggalan sejarah yang masih ada di Kedah hari ini. Samada kita suka atau tidak menyedarinya, sejarah realiti tidak dapat dipinggirkan begitu sahaja. Kita harus berbangga dengan warisan yang kita miliki dari generasi dahulu kerana merekalah yang memebentuk generasi kita hari ini.

Insyallah, jika ada kelapangan kami akan menjejak perkampungan orang-orang Kedah dari rumpun Acheh pula.

Wednesday, May 28, 2008

Pengajaran kepada Malaysia

Di petik dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Mei - Malaysia perlu menjadikan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih Pulau Batu Putih sebagai iktibar dan pengajaran mengenai betapa pentingnya nilai-nilai sejarah dalam pembentukan negara bangsa.

Rektor Kolej Yayasan Melaka yang juga pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, keputusan itu menunjukkan kelemahan dan kesilapan Malaysia sejak awal yang tidak menggunakan fakta sejarah sebagai panduan dalam mempertahankan wilayah negara.

Merujuk kepada surat daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Johor pada 1953 kepada Singapura, yang mengatakan bahawa kerajaan Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih, Dr. Ramlah berkata, ia juga menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri pada masa itu.

"Pengakuan kita (surat SUK) bahawa ia (pulau) bukan hak milik kita menunjukkan kelemahan dan kesalahan kita betapa tidak menggunakan sejarah sebagai panduan dan tidak membuat rujukan serta penyelidikan yang betul.

"Ini pengajaran kepada Malaysia betapa pentingnya dokumen-dokumen sejarah dan merujuk kepada orang yang terlibat sebelum membuat keputusan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat ICJ hari ini membuktikan betapa pentingnya sejarah dan dokumen-dokumen sejarah, dan itulah yang telah menjadi asas kepada hujahan Singapura dalam kes itu.

Dr. Ramlah berkata, keputusan ICJ itu juga memberi impak besar kepada persempadanan antarabangsa Malaysia yang semakin mengecil apabila kedaulatan Pulau Batu Putih yang terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor menjadi milik Singapura.

Dekan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategik (PPSPS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah pula berkata, berdasarkan keputusan hari ini kerajaan Malaysia perlu segera memberi perhatian jika ada pulau-pulau kecil dalam perairan negara yang masih belum diperakui statusnya.

"Sekarang kita mungkin tidak nampak kepentingannya, tetapi pada masa hadapan kita tidak tahu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penghargaan perlu diberi kepada pasukan Malaysia yang telah bertungkus-lumus menyediakan dokumen-dokumen berkaitan bagi membuat penghujahan kes itu.

Mencari"Saya tidak pernah tengok pasukan yang begitu gigih, mereka pergi ke semua negara termasuk London, Indonesia, India dan selagi ada perpustakaan yang menyimpan dokumen sejarah (berhubung Pulau Batu Putih) mereka cari, dan ini mengambil masa 11 tahun untuk mencari dokumen dan persiapan lengkap.

''Bagaimanapun kekuatan hujah pasukan negara seberang tambak yang menggunakan fakta sejarah memberi kelebihan kepada mereka,'' katanya yang menyifatkan tidak ada perkara yang boleh memesongkan sejarah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Datuk Omar Mohd. Hashim berkata, keputusan itu memberi pengajaran kepada Malaysia agar lebih menitikberatkan dokumentasi yang membabitkan sejarah dan kedaulatan negara.

"Ia merupakan satu iktibar kepada kita, para pegawai di Malaysia terlalu mengambil mudah tentang sebarang surat dan dokumen kerana apabila timbul perkara seperti ini ia menjadi amat penting," katanya.

Beliau berkata, walaupun pada awal penghakiman membayangkan pulau itu dimiliki negeri Johor, apabila timbulnya fakta undang-undang dari segi kesahihan mengenai siapa yang menduduki atau mentadbir pulau itu, harapan Malaysia untuk memperoleh kedaulatan pulau itu tidak kesampaian.

"Hakim merujuk kepada surat daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang mengatakan bahawa Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih, walaupun pegawai kita mempertikaikannya, surat itu merupakan dokumen yang sahih," katanya.

Omar berkata, segala bentuk hitam putih mengenai sejarah negara perlu diambil berat dan menyimpannya di dalam Arkib Negara bagi memudahkan ia dijadikan rujukan dan bukti tentang kedaulatan atau pemilikan sesuatu kerajaan.

"Surat-surat dan dokumen yang penting sejak zaman dulu kala perlu disimpan di arkib kerana itu saja yang boleh dijadikan bukti sahih apabila situasi seperti ini berlaku," katanya yang turut kecewa apabila kedaulatan pulau itu tidak berpihak kepada Malaysia.

Pensyarah Fakulti Perundangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Prof. Abdul Aziz Bari pula menyifatkan menang atau kalah, kedua-dua negara telah menunjukkan satu semangat yang baik selaras dengan kehendak undang-undang antarabangsa yang mahu konflik diselesai secara aman.
- Bernama

Komen kami,
Kalau lah kerajaan kita yang ada hari ini, selepas mencapai kemerdekaan memperjuangkan Islam dan ketuanan melayu di Malaysia dengan cara mengujudkan jawatan Syah Alam yang Maha Mulia (bukannya jawatan Yang Di pertuan Agong) sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah, kami yakin Pulau Batu Puteh tidak akan terlepas dengan begitu mudah.