Saturday, January 23, 2010

WANGSA

Kita semua tahu bahawa Sejarah Kedah Tua sering diperkatakan sebagai bermulanya sejarah di negara kita yg tercinta ini. Namun begitu ada pihak masih lagi mahu menonjolkan Melaka 1400 sebagai bermulanya sejarah Malaysia. Dengan perjumpaan tapak-tapak akeologi di Kedah ia masih belum cukup meyakinkan mereka nampak gayanya. Tidak mengapa, kali ini, kami mahukan pendapat anda kepada persoalan berikut.

1)Apakah hubungan/kaitan Raja Merong Mahawangsa dengan Banjaran Titiwangsa?

Saudara/i pembaca sekalian juga harus tahu bahawa Raja Thai di Thailand hari ini masih lagi menggunakan gelaran wangsa itu dikalangan kerabat mereka. Sila beri pendapat anda (tidak semestinya ia jwpan). Silakan..

32 comments:

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

elok juga soalan refleksi ini ditanya.

Husaini said...

Pendapat spontan sy ialah ianya ada persamaan pada perkataan WANGSA. Jika wangsa itu bangsa, maka Titiwangsa ialah Jambatanbangsa atau Penghubungbangsa. Jadi Banjaran Titiwangsa ialah Banjaran Penghubungbangsa. Nusantara ini ialah satu kawasan yg menjadi tumpuan pelbagai bangsa. Nusantara mungkin juga berasal dari perkataan Nusa Antara. Jika diterbalikkan menjadi Antara Nusa, dan jika Nusa itu Bangsa ia menjadi perkataan Antara Bangsa. Sehingga sekarang tanah air kita menjadi tumpuan pelbagai bangsa, dan masyarakat yg pelbagai ini perlulah dipimpin oleh pemerintah yg hebat dan berwibawa.. pemerintah yg hebat itu tak lain dan tak bukan ialah Merong Maha Wangsa.

Zahrin said...

saya nak bagi komen part raja thai tu..

mmg depa kena pakai lagi untuk mengiyakan sejarah yang mereka rompak dahulu..

contoh..

saya rampas rumah ali...maka untuk mengelakkan orang kampung bising jadi saya pun tukaq nama letak nama saya Ali..

masakan Kerajaan Thai nak tukar nama kepada Siam kembali..simple!!

paling penting sekarang ini..cadangan saya kepada tuan Anai - anai dan seluruh peminat sejarah realiti..banyakkan forum bagi membincangkan sejarah kita ini.

InsyaAllah..sedikit sebanyak orang akan mula sedar (sekarang pun dah ramai yang mula sedar)

Pendita Ahmad said...

Saya meneliti blog tuan sudah beberapa lama. Apabila diteliti Perjanjian & Dokumen Lama terbitan ITNM terutama sekali persetiaan Kedah dengan Inggeris serta perjanjian Naning saya dapati blog ini ada jawapannya. Seperti bagaimana tiba-tiba boleh wujud negeri-negeri baru setelah Long Jaafar dibunuh. Begitu juga perjanjian Kedah dengan Inggeris pada tahun 1923 yang mensyaratkan hanya dari keturunan Sultan Abdul Hamid Halim Shah sahaja mewarisi takhta Kedah. Mohon tuan serta kerabat tuan kemaskini selalu blog ini kerana wasiat mestilah disampaikan supaya jatidiri orang-orang Melayu naik semula. Terima kasih.

Anonymous said...

Gangga Negara?

Khatib Koyan said...

Bagi saya jika titiwangsa dikaitkan dgn hubungan bangsa, mahawangsa mungkin merujuk kepada bangsa besar/kuat melalui istilah "maha". Bukankah china adalah sebuah yang besar dan kuat pada zaman dahulu. Setuju juga dengan saudara Husaini tentang nusantara ialah antara bangsa.

darohtemasik said...

salam hormat buat tn anai-anai

pecahan titiwangsa itu ada kaitan dgn : setiawangsa, wangsamaju, keramat wangsa,wangsa melawati, wangsa melati dll

sungguh indah prosa wangsa itu...

darohtemasik said...

salam hormat buat tn anai-anai

pecahan titwangsa itu ada kaitan dgn: setiawangsa, wangsa maju, keramat wangsa, wangsa melawati, wangsa melati dll

sungguh indah prosa wangsa itu...

Anonymous said...

Saudara;

Sejarah menyatakan "Merong Maha Mangsa" bersal dari Parsi. Mungkin ada benarnya...

Sila rujuk sejarah Parsi:


Nota:
Wangsa bermaksud Empayar dalam Parsi

alan said...

Kalau mengikut wikipedia Wangsa berarti dinasti, atau kelanjutan kekuasaan pemerintahan yang dipegang oleh satu garis keturunan (keluarga yang sama). Ini bererti Titiwangsa merupakan jambatan antara dinasti dan bermakna kerajaan siam dan kerajaan yang memerintah di kedah dan tanah melayu adalah dari satu dinasti......

IR said...

Merujuk kepada sebuah buku lama yang ada dalam simpanan saya, nama lain bagi Ramadhiraja, Putera Ramesuan ialah Cau Sri Wangsa/Bangsa.

Menariknya, buku tersebut menyatakan bahawa Ramadhiraja atau Cau Sri Wangsa ini beragama Islam. Sila ikuti maklumat penuh di blog saya ibnurusydi.blogspot.com

Terima kasih

Laman Coklat said...

Salam Anai-anai,

Saya sekarang sering melalui Setiawangsa, Wangsa Maju, Wangsa Melawati dan Titiwangsa untuk ke tempat kerja dan sering tertanya2 kenapa Merong Maha `Wangsa' meninggalakan jejaknya disitu.

Hambali ® said...

Saya tak reti nak komen apa-apa pasai ni. Cuma sangat setuju dan menyokong blog sejarah seperti ni. Syabas pada enche Anai-anai. Harap dapat dikekalkan blog ini dan bukan suam2 kuku saja.

anaksalleh said...

Salam….. saya tertarik bila menjenguk blog ni.. sementelah kediaman saya cuma 3 km daripada sempadan siam.... antaranya
1. perkataan Legeh..... Legeh ni adalah satu kawasan berdekatan Kg Air Lanas 10 km daripada PekanJeli, umum kami di Kelantan mengetahui memang terdapat raja di Legeh ini pada zaman daulu.
2. Dikir barat.. dikir bermaksud dikirlah seperti yang kita ketahui.... barat bermaksud siam...... dikir barat = dikir siam , dibawa masuk dari siam.... contoh lain... bagi penggemar rokok daun mereka suka membandingkan tembakau tempatan dengan ‘tembakau barat’, jika saudara datang ke kelantan cuba singgah di kedai runcit berdekatan sempadan dan tanyakan tentang ‘tembakau barat’ , kalau diorang bagi tanya pula maksud tembakau barat tu…. Iaitu tembakau daripada siam.
3. Memang banyak la jugak cerita2 drp org tua2 kat kawasan sempadan kelantan siam ni... contohnya saya dengar banyak raja yang bermukim disini zaman dulu…. Ada satu kg di Pengkalan Kubor sempadan ngan Tak Bai dinamakan Kg Raja…. Boleh jugak selidik keluaga Syeikh Daud Al- Fatani…. rasa saya drp jurai keturunan bani hashim juga.

Don Balon said...

Tuan Anai-anai,
dah lama saya tak komen kat sini. Izinkan hamba bagi jawapan, mngikut teori hamba:
i) wangsa iatu bermaksud "bangsa", iaitu dari perkataan sanskrit "vamsa". Banyak perkataan melayu dan siam datang dari bahasa sanskrit yang telah mati. Barang diingat, sanskrit itu bahasa, bukan agama hindu. Sanskrit ini suatu bahasa indo-eropah, satu keluarga besar bahasa satu level dengan malayo-austronesia. sebab itu ada hubungan antara bahasa hindi, iran dengan bahasa german. Contoh, buku hitler "mein kampf". Mein di sini bermaksud "my". Dalam bahasa Parsi (iran), maen bermaksud "saya". Begitu juga hindi, "mein".
Kembali kepada "vamsa". Titiwangsa itu "jambatan bangsa" sesuai ia menghubungkan bangsa melayu dari johor ke segenting kra. "mahawangsa" pulak bermaksud "bangsa yang agung". Betul dak Tuan Anai-anai?
Saya ni ada keturunan S. Ahmad Tajuddin dari sebelah nenda saya Tengku Zaharah tapi saya tak memusuhi kebenaran. Teruskan usaha murnimu Tuan.

Ahlul Bait said...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡہُمۡ ذُرِّيَّتُہُم بِإِيمَـٰنٍ أَلۡحَقۡنَا بِہِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَمَآ أَلَتۡنَـٰهُم مِّنۡ عَمَلِهِم مِّن شَىۡءٍ۬ۚ كُلُّ ٱمۡرِىِٕۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ۬


Assalaamu'alaikum wbr saudaraku

Saya telah lama memerhatikan blog saudara dan amat kagum dengan penemuan-penemuan serta fakta-fakta yang telah dikemukakan. Sememangnya banyak perkara yang membuktikan bahawa sejarah dunia (bukan sahaja sejarah kedah) telah diubah atau dirungkai-rungkai. Ini tidaklah memeranjatkan apabila kita dapat tahu bahawa sifat mengubah, meminda, merungkai dan merosakkan ini telah lama wujud - ini terbukti ajaran Islam yang asal yang tercatat dalam kitab-kitab lama juga diubah-ubah.

Saya ingin mencadangkan kepada saudara agar mengesyorkan satu jawatankuasa bebas yang dianggotai oleh AJK persatuan-persatuan kerabat di Malaysia dan Indonesia untuk 'raise funds' bagi tujuan menjemput badan antarabangsa seperti UNESCO termasuk pakar-pakar arkeologi termasuk forensik dunia untuk datang ke Malaysia bagi tujuan berikut :

a) Setiap kerabat wajib mengemukakan DNA kepada satu badan khas untuk pengesahan,

b) DNA ini boleh membawa kepada pengesahan silsilah termasuklah 'timeline' dan akhirnya,

c) jika boleh dikaji semula kawasan-kawasan maqam untuk menguji batu nisan, batu-batan sekeliling - jika boleh demi kebenaran, mungkin mengambil sampel DNA menerusi penggalian semula tanah pemaqaman (harap saudara dapat menerima cadangan ini secara terbuka) dengan kebenaran pihak berkuasan.

Hanya cara ini sahaja boleh mengesahkan semua fakta bukan sahaja dari saudara malah pihak-pihak lain - yang dikemukakan adalah benar atau sebaliknya.

Bukanlah tujuan kita/hamba untuk merosakkan kedudukan atau mendatangkan aib atau menjatuhkan raja-raja tetapi hanya untuk membetulkan nasab kerana mengaku nasab kepada yang bukan keturunan adalah kesalahan yang sangat besar.

Terlalu banyak elemen mistik yang tidak boleh dibuktikan dengan cara akademik dan saintifik. Kita ketepikan dahulu elemen mistik ini.

Sekian, itu cadangan hamba.

Walahulalam

"Tg Long Seri Sayyid Indera Muhammad Mahdi Shah"

darohtemasik said...

SALAM HORMAT BUAT TN. BLOG

APAKAH KESINAMBUNGAN TITIWANGSA MEMBAWA KPD WANGSA MAJU, SETIAWANGSA, KERAMAT WANGSA, WANGSA MELAWATI DLL...HEBAT SUNGGUH PROSA WANGSA ITU,

SEKIAN,
WASSALAM...

darohtemasik said...

SALAM HORMAT BUAT TN. BLOG

APAKAH KESINAMBUNGAN TITIWANGSA MEMBAWA KPD WANGSA MAJU, SETIAWANGSA, KERAMAT WANGSA, WANGSA MELAWATI DLL...HEBAT SUNGGUH PROSA WANGSA ITU,

SEKIAN,
WASSALAM...

tinta emas said...

wangsa = Wangsa berarti dinasti, atau kelanjutan kekuasaan pemerintahan yang dipegang oleh satu garis keturunan (keluarga yang sama). Dalam sejarah Indonesia banyak kerajaan di bumi nusantara yang rajanya berasal dari satu garis keturunan yang sama, misalnya wangsa Sailendra pada Kerajaan Mataram Kuno, wangsa Bendahara pada Kesultanan Johor dan Kesultanan Riau-Lingga.
Suatu wangsa bisa jadi memerintah di lebih dari satu negara. Dewasa ini Wangsa Windsor bertahta tidak hanya di Britania Raya tetapi juga di negara-negara persemakmuran seperti Kanada, Australia, dan Selandia Baru. Meskipun dikepalai oleh raja-raja dari wangsa yang sama negara-negara seperti ini tidak selalu berbagi satu raja. Misalnya Spanyol dan Prancis pernah diperintah oleh raja-raja dari wangsa Bourbon, namun tetap merupakan kerajaan terpisah dengan raja-raja yang berbeda pula. Di Nusantara ini terjadi pada Kasultanan Ngayogyakarta Hadiningrat dengan Kasunanan Surakarta yang berasal dari satu wangsa, namun berbeda raja. Hal yang sama terjadi pada Kesultanan Johor dan Kesultanan Riau-Lingga.
Negara yang berhasil mempertahankan dinasti yang sama untuk berabad-abad lamanya adalah Jepang, yang saat ini dipegang di bawah lambang kenegaraan Kaisar dengan urutan-keturunan yang ke 125 (yaitu, Kaisar Akihito yang mulai dinobatkan pada tahun 1989). Kekaisaran Jepang ini sudah berlangsung lebih dari 2500 tahun, karena kekaisaran Jepang dimulai sejak tahun 660 SM dengan kaisar pertamanya yaitu Kaisar Jimmu.

Banjaran titi wangsa bermakna ada satu pemerintah yang berkuasa disepanjang kawasan banjaran tadi. jadi pendek kata bemula dari utara banjaran tu sampai ke selatan ada satu raja yang berkuasa. me rong maha wangsa = raja naga pahlawan laut puak harimau

Laman Coklat said...

Satu jurai keturunan yang diberi gelaran naga? Apakah ada naga di banjaran Titiwangsa?

Setiap hari saya melalui Setiawangsa, Wangsa Maju, Wangsa Melawati & T.T. Titiwangsa.. terkial2 persoalan ini.

Unknown said...

Saya tertarik untuk kongsi sedikit maklumat berkatan tajuk...cuba klik link ni http://1.bp.blogspot.com/_-qBpApnovQQ/SL0RYPpJZgI/AAAAAAAAIhY/roA66h7-wk8/s1600-h/17P8300076.JPG

Pada caption kedua ada menyatakan Parameswara terpkasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada masa itu, Saya pasti kerajaan SIAM itu adalah Kedah Tua Merongmahawangsa,so bermakna empaya merong sememangnya lebih lama dari Melaka.

Bagi yang menidakkan bagi saya dia belum cukup usaha mengkaji dan dikaji, sejarah bukan diceritakan melalui buku semata-mata, dia juga perlu disokong oleh bukti artifak,monumen,senjata,bahasa dll element lain. Sebagai rakyat kedah saya cukup menyokong setiap usaha untuk mengembalikan sejarah yg ulung ini. Bukan niat siapa2 untuk mengganggu gugat pemerintahan atau politik sekarang, apa yg lebih penting bagi saya kita bangsa melayu tahu mana asal usul kita...bagaimana kita hendak maju jika asal-usul dipersendakan orang asing dan penjajah.

JHaZ KiTaRo said...

salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog, Aku Sebutir Pasir.. :)

hsalman said...

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Petikan dari artikel:

Kata Norman, ekoran terdapatnya banyak elemen mitos selain tidak banyak naskhah diterbitkan berkaitan Hikayat Merong Mahawangsa ia suatu kelebihan buatnya.

P/s:
Ape dah buta ke ade buku Hikayat Merong Mahawangsa lengkap terbitan DBP?

Al Mahadaya said...

Pernahkah anda terfikir, sejak merdeka org Melayu masih dijajah dari segi agama padahal bukankah merdeka bermaksud bebas? Apa konspirasi di sebalik ini? Bangsa penjajah mencanangkan bhw org2 Melayu di zaman dahulu menganut hindu sebelum Islam, tetapi sejarah yg ditulis oleh bangsa kita tidak menyatakannya begitu. Inilah satu2nya bangsa di dunia yg di jajah melalui agama. Rahsia yg besar yg akan melibatkan aturan dunia terdpt di dlmnya. http://alya-diyanah.blogspot.com

antugunung said...

wangsa = dinasti.
maha wangsa = dinasti yg hebat/berkuasa.
merong mahawangsa = dinasti merong yg hebat/berkuasa.

titi wangsa = jambatan dinasti
banjaran titiwangsa = banjaran jambatan dinasti.
metafora yg menunjukkan dinasti merong (keturunan) ni pernah berkuasa bukah saja di kedah tetapi seluruh semenanjung malaysia....

Ni pada fikiran aku la...

Unknown said...

nostalgia kita--- saya nak bagi komen bab bahasa siam kedah, saya masih ingat masa kecik dulu-dulu orang-orang tua depa cakap bahasa siam/atau loghat melayu siam kedah,dan ramai orang kampung saya boleh bercakap siam, sekarang ni masih ada lagi. cuma tempat tertentu sahaja atau pun orang tua saja yg cakap, saya rasa lambat laun bahasa siam kedah akan pupus suatu hari nanti. ada tak kajian di buat bagai mana mereka mewarisi bahasa siam kedah ini, dan bagai mana agar tidak pupus satu hari nanati. daerah mana yang masih banyak bertutur bahasa ini.. sekian from kuantan.

Fatimahazzahra said...

maklumat terkini di blog saiburi kedah- megat aljefri, mengatakan borobudur milik islam. tetapi di blog ini masih kekal dengan kenyataan ia milik kafir seperti di bawah. manakah yang benar?
"Bandingkan dengan binaan Istana Narai. Ini sebenarnya binaan hindu binaannya lebih kepada bahan binaan seperti Borobudur di Jawa, berwarna hitam. Masyarakat majmuk memang telah ada ketika itu, sebab itulah terdapat 2 binaan yang berbeza."
ingin brkogsi sama. terima kasih

ANGAH said...

salam.....
merongmahawangsa , banjaran titiwangsa mahupun gangga negara ianya mempunyai kaitan antara satu dengan lain. sesungguhnya ahli kaji sejarah tidak dapat buktikan Kedah adalah tapak permulaan agama Islam kerana ianya mempunyai susur galur yang complicated dimana ianya berkaitan dengan sejarah Langkasuka iaitu tanah jajahan negeri Siam ketika itu. Jajahannya bermula dari utara negeri Perak sehinggalah sempadan negeri China seperti di maklumkan. Siam tidak dapat menakluki Melaka sebab ketika itu Melaka mempunyai hubungankait rapat dengan negeri China dimana Siam tidak boleh menembusi negara tersebut. Disebabkan ada hubungan Siam & Kedah, justeru atau besar kemungkinan ahli kaji sejarah menolak negeri Kedah sebagai tapak permulaan negeri Islam pertama di tanah melayu. Tetapi, jika mengikut Hikayat Merong Mahawangsa dimana , raja2 negeri Kedah mempunyai pertalian darah persaudaraan dgn kerajaan negeri Siam bagi permulaan bangkitnya Islam. Begitu juga antara negeri Siam mempunyai pertalian darah dan persaudaraan dgn bangsa Parsi. Hakikatnya, adalah wajar ahli kaji sejarah Malaysia mengkaji semula kebenaran Hikayat Merong Mahawangsa sbb ianya mempunyai hubungan dgn negeri2 serantau mengenai persaudaraan di raja dan juga permulaan tapak agama Islam.

karami said...

Terdapat ramai yg berketurunan Raja di Perak berasal dari Kelantan. Contoh nya menteri besar 1 Perlis iaitu Raja Ahmad Bin Raja Endur. Siapa kah mereka ini sebenarnya? Apa kah mereka ini sebenarnya dari keturunan yang lari dari Kelantan?

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Ada satu lagi dikir yang telah pupus dari masyarakat Melayu/Siam iaitu Dikir Hulu.

Jika ada yang tahu sila berkongsi.

TMP

T R U S T me said...

salam..jika saya salah memberi maklumat..harap dimaafkan...dah baca artikel tu...dah baca jgak komen tu...jd ksimpulan yg paling tepat sy katakan adalah....kedah dan melaka@malaya..adalah negara atau benua yg berlainan pada zaman dahulu??betol ke?

-sebelum filem merong mahawangsa diterbitkan..jom lah kita bangkit menyebarkan sejarah merong mahawangsa dahulu sebelum minda rakyat malaysia di'gam' dengan filem tersebut.

Al Mahadaya said...

Banjaran titiwangsa bersambung hingga ke Banjaran Himalaya. Himalaya jika di tulis dan dibaca semula dlm bahasa A'rabaya berbunyi Haya Malaya. Haya bermaksud HIDUP. Rahsia TAKKAN MALAYAWA HILANG DIDUNIA juga terdpt disini.