"Selain daripada misteri dan keunitkan itu menurut Che Husin masjid itu pernah disinggahi oleh Hang Tuah iaini pahlawan terbilang Melaka".Memang benar pun tapi zaman bila, tahun berapa dan siapakah yang dikejar oleh Hang Tuah? Ikuti artikel sepenuhnya disini,
http://msomelayu.blogspot.com/2009/09/tapak-sejarah-patani.htmlIkuti pula artikel kami sebelum ini disini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/raja-bersiong-berahman-indera-dan-balai.htmlAda pihak dari Acheh yang menghantar emel dan mengesahkan kepada kami bahawa Mahkota Alam itu sebenarnya Hang Tuah (Sekiranya benar sila rujuk salasilah di bahagian bawah blog ini).
Makam Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman kini terletak di Perak. Baginda mangkat dalam tahun 1668 di Istana Alam Syah Kelang. Anakanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah berpindah dan menetap di Kota Palas Pulau Langkawi (lihat UUK ms 17).1. Sultan Mahmud Syah Melaka bukanlah Paduka Seri Sultan Mahmud Syah mangkat di julang yang diusir dari melaka itu (yang membunuh anaknya sendiri). Baginda,
Syah Alam Yang Maha Mulia, Sultan Mahmud Syah Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman adalah kekanda kepada Tun Saaban. Sultan Mahmud Syah inilah yang berkahwin dengan Puteri (Nang) Kemuning dari Patani. Tun Saaban adalah adinda kedua dan Pir Abu adalah adinda ketiga. Tunku Sulaiman Raja Bersiong adalah anakanda Pir Abu menjadikan Tunku Sulaiman ini anak saudara Sultan Mahmud Syah dan Tun Saaban.
Kedatangan Hang Tuah dari Acheh untuk menangkap Tunku Sulaiman Raja Bersiong (yg lari ke Patani) ini diceritakan sebagai kononnya Acheh menyerang Kedah..haha..lawak betul. Tujuannya, menutup bukti sejarah realiti.
Perintah untuk menangkap Tunku Sulaiman dikeluarkan Sultan Muhiyudin Mansor Syah setelah beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah ketika itu. Perlu diingat Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ini adalah seorang ulamak yang bergelar,
Maulana Syah Alam (rujuk UUK, ms 17).
Di Melaka baginda Sultan Mahmud Syah bukan bersemayam di Melaka Bandar hilir tetapi di Kota Lukut dan mengawasi pengeluaran bijih timah disana.
Baginda berpindah ke Kelang setelah Belanda menyerang Melaka Kota Lukut dalam tahun 1641 dan mangkat di sana dalam tahun 1668. Perlu diingat Negeri Sembilan belum ada lagi dan Kota Lukut ketika itu adalah sebahagian dari Melaka.
Ketika ini lah orang-orang Minang yang berkerja di lombong bijih itu memihak kepada Belanda lalu baginda murka dan menggelar orang minang sebagai Minang-kabau yang bermaksud (dengan maaf), minang-derhaka. Perkataan kabau adalah dari bahasa siam dan tidak ada sangkutan dengan perkataan kerbau. Gelaran ini hanya ada disini sahaja sedangkan ditempat lain mereka masih tetap orang Minang. Saya hanya memberi penjelasan, bukan bertujuan untuk menghina sesiapa. Harap maaf.
Di Shah Alam terdapat tempat bernama Kota Kemuning dan Bukit Kemuning. Lokasi ini boleh dimudikki dengan perahu dari hilir Sungai Kelang dan nama-nama ini merujuk kepada nama permaisuri baginda, Puteri Nang Kemuning.




Baginda Sultan Mahmud Syah bergelar Sri Su Tammaraja (lihat sejarah siam @ thailand) Baginda adalah anakanda Nai Hisbu Muadzam Syah (Raja Gangga Nagara) ibni Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Zahiruddin Bahadur Syah, Raja Monggol India. Dengan sebab itu lah hingga kehari ini Istana Alam Syah di Kelang dan bandar Syah Alam di negeri Selangor merujuk kepada gelaran itu.
Nai Hisbu Muadzam Syah, Raja Gangga Negara atau Pheraq bermaksud abang yang di kasihi. Dalam sejarah siam, baginda bergelar, Songtham Ayuthia. Berjanggut dan berjambang seperti ayahandanya, Zahiruddin Bahadur Syah @ Babur.Diriwayatkan kepada TNL Kassim, semasa Sultan Mahmud Syah masih muda, datuknya Zahiruddin Bahadur Syah menghantar baginda menjadi Raja di Sri Langka. Disana lah berlaku kisah Puteri Gunuung Ledang pada
Adams Peak, kemunchak yang tinggi di pulau tersebut. Kisah ini bukannya berlaku disini!.(lagi la kontravesi, haha..carilah kebenarannya).
2. Laksemana Hang Tuah bukannya hidup di zaman kegemilangan Melayu Melaka,1400-1500 tetapi disekitar tahun 1600. Rekod Portugis gelombang kedua yang menyerang Melaka dan bukan beragama islam tidak menyebut nama Hang Tuah dizaman mereka menyerang melaka bandar hilir. Sila juga rujuk zaman pemerintahan Narai sebagai, Raja Ayuthia. Hari ini, sedikit sebanyak kita sudah mula tahu siapa itu Laksemana Hang Tuah.
Hari ini pun, banyak duit syiling lama boleh ditemui di pelabuhan Kuala Kedah. Gambar ini dihantar kepada kami oleh seorang pembaca setia blog ini. Many thanks !
Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah di Pulau Langkawi yang dilabelkan sebagai,"..makam purba milik seorang wanita" ! ! Sultan Muhiyuddin Mansor Syah adalah ayahanda kepada Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor dan bergelar Boromoraja Ekataat V di Ayuthia sebelum ia diserang puak Sukhothai Buddha pada tahun 1767. Baru lah betul susunan tahun kejadiannya !
3. Melaka yang kita megahkan hari ini bukanlah Melaka Bandar Hilir tetapi dengan nama lamanya Semenanjung Siam Melaka yang kita semua kenali sebagai Tanah Melayu hari ini.
"The land of Malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China." Tom Pires, Suma Oriental. Semenanjung Malacca ialah tanah milik raja siam ye? Kalau raja Siam itu beragama islam logiklah juge..mmm barulah nak mula faham,"...and the whole of siam, Champa and thereabout is called china"? Patutlah Laksemana Cheng Ho yang beragama islam datang meronda di nusantara ini, siap singgah di Acheh menghantar loceng cakera dunia ke masjid disana, rupa-rupanya kawasan Maharaja China Ming, Yong Le.
Dimana pelabuhannya kalau tidak di Kuala Kedah? Hulu nya terletak di
Hulu Melaka Pulau Langkawi Kedah. Lagi kontravesi bukan? tapi pun dimanakah istana sultan melaka bandar hilir, kalau ia benar-benar ada?..yang ada pun hanya replika dari cerita tahyul Hikayat Hang Tuah yang ditulis di zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menetap disana (kononnya menjadi penaung penulisan sejarah), patutlah ia tiada nama pengarang.
Kaedah yang digunakan mudah sahaja. Rampas manuskrip UUK dan pulangkan 100 lebih tahun kemudian. Mulakan penulisan semula sejarah bangsa baru yang dikenali sebagai melayu ini. Berikan segala macam sumber kepada penulisan ini. Rampas segala bukti sejarah Raja Monggol di India yang bergelar Syah Alam (lihat duit syiling zaman raja monggol india). Putuskan hubungan/kaitan dengan raja-raja disini. Pada masa akan datang itu (hari ini) kisah pembohongan ini dah lama terpahat, pasti sukar untuk dicabar lagi.
Perlu kita ingat dikatakan banyak penulisan melayu terhasil dizaman ini dengan bantuan kewangan dari penjajah Inggeris. Inggerislah yang memelayukan bahasa melayu menjadi bangsa melayu hari ini melalui
Blumenbach's racial classification system, menukar semenanjung Siam Melaka menjadi Semenanjung Tanah Melayu.
Jangan salahkan rakyat indonesia yang membakar bendera Malaysia dan membaling telor kearah Kedutaan Malaysia baru-baru ini kerana mereka tidak mengklasifikasikan diri mereka sebagai Melayu kerana bagi mereka Melayu itu bahasa, bukannya bangsa ! Mereka mengklasifikasikan diri mereka menurut suku@rumpun, ie Jawa, Sunda, Bali, Acheh, Madura, dll, dan bangsanya ialah bangsa Indonesia. Di Malaysia suku@rumpun itu tenggelam semuanya menjadi melayu ! Apabila sesaorang itu memeluk agama islam, jadinya istilah,
masuk melayu!!
Akhirnya, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah mengakui bahawa Raja Siam Ligor Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, adalah seorang yang beragama Islam dan baginda adalah abang ipar kepada Paduka Seri Sultan Nai Nal (Zainal) Adilin (Datuk Seri Bongsu) yang berjawatan Perdana Menteri Kedah (rujuk salasilah dibawah dan UUK ms 40 dan 47).

Muka surat 40 dan 47, manuskrip Undang-Undang Kedah. Hari ini pun yang menetap di istana Anak Bukit adalah DYMM Sultan Kedah. Sekiranya Paduka Seri bongsu hanya berjawatan Perdana Menteri Kedah, siapa pula yang menjadi Raja ketika itu?
Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ini lah yang bergelar Yam Tuan Kedah @ Yang Di Pertuan Kedah...sah dan sahih, terang lagi bersuluh. Hikayat Patani menyebut baginda sebagai Raja Bakar.. hahaha..tetapi mereka tidak tahu baginda timbul dari mana ! Peminat setia blog ini dah lama dah tahu !
Jelasnya, Yang Di Pertuan Kedah bukanlah Sultan Kedah tetapi 2 individu yang berbeza, satu dibawah kuasa yang diatas.
Pada masa itu dialah raja ! Manuskrip Undang-Undang Kedah muka surat 42 dan 43.
Terima kasih tidak terhingga kepada penyokong kami yang terdiri dari pembaca blog ini dan menjadi ahli persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah. Saya berdoa semoga Allah sentiasa melindungi tuan-tuan kerana menegakkan kebenaran agama NYA. Teruskan kajian saudara dalam usaha mencari kebenaran, ibarat jihad kejalan Allah.
Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini !
PS: (Ini untuk orang tertentu saja) Hang kata aku bukan pakar sejarah, bukan pakar tahun hijrah dan masihi, akan tetapi yang bukan pakar ni la juga yang pi bongkag sejarah bangsa Melayu, cari fakta dan bukti baru... saja aku nak bagi hang kerja sikit sb dok makan gaji buta lama dah, pangkat dapat dah, makan angin p tengok tempat sejarah lama dah.
Aku nak tanya skit, awat hang tak pi bongkag sejarah realiti ni
lebih dulu pada aku kalau hang kata hang pakar????Yang keduanya aku tak kelapag aih apa pingat pun dari Kedah ni. Waris Yang Di Pertuan Kedah nak terima pingat dari waris Perdana Menteri Kedah? dah jadi terbalik kot?...jatuh la standard keluarga kami. Hang lain la.