Monday, October 8, 2007

Keramat Tok Tekai Kurung Hitam dan Keramat Tok Tekai Permatang Limau @ Tunku Mohammad Chan bergelar Mat Sirat.

Keramat Tok Tekai Kurung Hitam yang menulis Kitab Zikir Rabu dan Jumaat. Sementara Tok Tekai Permatang Limau Tunku Mohammad Chan merupakan panglima perang di zaman Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah (1825-1862). Baginda bersama angkatan perang Kedah terdiri dari angkatan perang Acheh, Cina Manchu, Siam dan Majapahit telah bangun menentang serangan tentera Thai dan Burma yang dibantu oleh Inggeris di Pulau Langkawi dan kemudiannya di Pendang, Kedah. Bantuan Inggeris dari Pulau Pinang adalah dengan cara mengepung laut dengan kapal perang 'Hycinth' dan membekalkan senapang berpisau atau 'musket','gunpowder', meriam, dll kepada tentera musuh. Persenjataan sebegini dikira cukup lengkap dan moden dizaman itu. Seperkara lagi, saudara Zul bertutur dalam Bahasa Siam Kedah, bukan bahasa Tai seperti yang digunakan di Thailand hari ini.

3 comments:

Lang-gah said...

salam,saya tertarik dengan kupasan anda dalam blog ini.saya berasal dari pulau pinang,di negeri ini juga terdapat kubur-kubur lama yang terbiar,ada yang binaan batunya hampir roboh.saya berharap agar saudara dapat melihatnya dengan sendiri.kubur tersebut terletak di kawasan perkuburan masjid penaga,penaga,spu.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

di pahang - temerloh ada tempat nama Kuala Tekal (Tekai).

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Arwah Tok Sedara saya bernama Syed Abdul Rahman dan saya sendiri menggelarnya dengan panggilan Tok Tekai (Temerloh) melekat sampailah sekarang.

buleh jadi gelaran Kuala Tekal itu datang kerana asalnya tempat kapal atau sampan berlabuh buat perdagangan...