Tuesday, October 16, 2007

>>Aidil Fitri bersama TNL Kasim<<

PENDANG, Sabtu : Seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Aidil Fitri dengan rasa penuh kemeriahan dan kesyukuran hari ini. Kemas berbaju Melayu baru fesyen terkini, mereka beramai-ramai telah pergi mengerjakan sembahyang sunat hari raya Aidil Fitri di masjid yang berhampiran.

Suasana yang sama turut dirakamkan oleh wartawan kami di Titi Haji Idris dimana Yang Mulia Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad, waris mutlak Maharaja Benua Islam Siam Kedah turut menyambut kedatangan Aidil Fitri bersama penduduk tempatan dengan bersembahyang sunat hari raya Aidil Fitri bersama mereka.

Selepas selesai mengerjakan sembahyang raya, Yang Mulia Tuanku Nai Long Kasim terkejut dan terharu dengan begitu ramai orang yang datang untuk bersalaman dengan beliau.

Sambil berseloroh beliau berkata, “Saya jadi macam imam masjid pula”. Ada diantara jemaah sembahyang hari raya kali ini dikenali oleh beliau dan ada yang tidak dikenali, lantas mereka memperkenalkan diri.

“Saya tidak menyangka begitu banyak pembaca yang mula mengenali saya melalui internet lantas mengambil peluang ini untuk bersalaman dan mengenali saya dengan lebih dekat lagi”, ujarnya lagi.

Mereka memaklumkan bahawa mereka telah membaca blog Sejarah Realiti Nagara Kedah dan amat berbangga diatas keberanian beliau mendedahkan kembali sejarah realiti yang selama ini disembunyikan oleh penjajah.

Sebelum pada ini mereka ada mendengar kisah sejarah ini dari orang tua-tua mereka namun ia tidak jelas seperti yang boleh kita baca melalui internet.

Pembacaan maklumat yang disalurkan melalui internet telah meningkatkan kefahaman mereka lantas mengiyakan kata-kata orang tua mereka terdahulu.

Suasana yang sama berlaku pertama kali berlaku pada malam 13 September 2006, apabila selesai sahaja "Forum Sejarah Realiti Kedah", ramai pelajar sekolah dan siswa/i UUM yang hadir datang untuk bergambar, bersalaman dan mengambil tandatangan beliau.

Ada diantara penduduk tempatan yang boleh berbahasa Siam Kedah melahirkan rasa puas hati mereka apabila bahasa Siam Kedah di tonjolkan sebagai bahasa yang harus dibuat kajian oleh pakar bahasa sebelum ia pupus penggunaannya. Mereka berbangga apabila dimaklumkan sebuah kamus bahasa Siam/Melayu lengkap berserta CD (untuk sebutan yang betul) sedang giat diusahakan.

Wartawan kami yang turut berkunjung ke rumah beliau mendapati selain dari orang-orang kampung pelbagai kaum yang turut hadir, terdapat banyak kereta-kereta mewah bernombor pendaftaran Wilayah dan Selangor diletakkan di perkarangan rumah.

Dalam kesibukkan melayan karenah kanak-kanak beraya, TNL Kasim kelihatan menunjukkan beberapa buah buku termasuk buku Undang-Undang Kedah kepada tetamu yang ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Wartawan kami turut kagum melihat bagaimana beliau menceritakan semula salasilah kerabat diraja zaman dahulu, berdasarkan kepada ingatan beliau sahaja tanpa merujuk pada mana-mana nota.

Ditanya bagaimana beliau mengingati salasilah ini semua, sambil tersenyum bersahaja beliau menjawap,"Saya tahu sebab ini kisah tok nenek saya, kalau tidak bagaimana boleh saya berada disini," ujarnya disambut gelak ketawa tetamu yang ada.

Turut hadir ahli kerabat di raja Kedah yang sememangnya mempunyai pertalian darah dan hubungan kekeluargaan dengan beliau.

Beliau turut menyampaikan ucapan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat islam yang menyambutnya pada hari ini.

1 comment:

Salmi said...

Selamat menyambut Hari raya Aidilfitri kepada TNL Kasim, anai-anai dan gang serta semua peminat dan pembaca blog ini. Semua usaha anda tidak sia-sia dan menarik minat ramai.Kebenaran pasti terserlah juga.

Memang benar sejarah sebenar Kedah sebelum ini hanya didengar dari mulut orang-orang tua sejak beberapa generasi dan tidak ada dokumen khusus yang tersusun.

Semoga selepas ini ada pula usaha menyusun semula text sejarah untuk pelajar-pelajar sekolah.