Ali Bukhari Amir
BERIKUTAN insiden pembunuhan kejam melibatkan 11 orang Islam ketika menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Kg Air Tempayan, Narathiwat 9 Jun lalu, kita wajarlah menyusun beberapa pelan tindakan berasaskan kebijaksanaan dan keberanian.
Setidak-tidaknya, ada tiga gerakan yang perlu terlibat iaitu gerakan ilmiah melibatkan ahli akademik, intelektual dan pensyarah, gerakan ketenteraan yang melibatkan Ahmad Zahid Hamidi dan rundingan politik melibatkan Menteri Luar Malaysia.
Percubaan awal untuk membincangkan isu ini di Parlimen menemui jalan buntu apabila Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) sudah pun menolak usul ini untuk dibincangkan segera.
Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria meminta Malaysia mengambil inisiatif memanggil sidang khas Asean dengan segera bagi membincangkan pergolakan itu. Tambah Nasir, 'Malaysia perlu mendesak OIC agar mengiktirafnya sebagai orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah selatan Thailand.
Tetapi, jika tidak salah ingatan saya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sudah meminta Malaysia menjadi wakilnya untuk menangani kemelut di Selatan Thai sebelum ini.
Malangnya, tatkala menjawab tuntutan OIC ini, Rais Yatim berkata, bahawa kemelut itu melibatkan masalah hal-ehwal dalaman negara-negara Asean dan negara tidak boleh ikut mencampuri urusan dalaman Thai. Akhirnya, titik penamatnya berlaku di situ. Mungkin Rais boleh dihubungi semula untuk mengesahkan hal berkenaan.
Libatkan juga Britain
Selain ketenteraan negara, pergerakan intelektual dan rundingan kuasa politik, pihak yang perlu kita libatkan ialah kerajaan Britain sendiri.
Perjanjian Inggeris - Siam 1909 (Perjanjian Bangkok 1909, Perjanjian Anglo Siam 1909) di Istana Raja Thailand, bersama Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir John Anderson adalah antara titik tolak yang menyaksikan pemecahan kerajaan Melayu Patani.
Isi perjanjian pada tahun 1909 itu melibatkan perkara-perkara berikut. Antaranya:
1. Kerajaan Melayu Pattani meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand. Padahal kerajaan Melayu Patani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.
2. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah Thailand diserahkan kepada Britain.
3. Negeri Kedah dan Perlis menerima seorang penasihat British pada tahun 1909.
4. Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910.
5. Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919.
Mungkin inilah asal-usul penjajahan Thai terhadap Melayu di utara Semenanjung dengan rasminya melalui pengiktirafan British; sebuah empayar terbesar pada saat itu.
Uusan mengkaji segala bentuk rundingan dan perjanjian yang terkait dengan penjajahan Yala, Narathiwat ini, maka ia terpundak di atas bidang tanggungjawab intelektual.
Tentera Malaysia perlu ambil peranan bersama.
Desas-desus andaian yang kerap merebak dalam kalangan Melayu Islam di selatan Thai adalah, kebanyakan serangan itu berlaku dengan sebab tentera Thai sendiri yang terpecah dua; Utara dan Selatan.
Tapi, sejauhmanakah Ahmad Zahid Hamidi bersetuju untuk mewujudkan rondaan tentera di wilayah berkenaan masih diragui. Sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Zahid pernah mencadangkan Pakatan Ketenteraan Negara Islam.
Tetapi selepas dilantik, Zahid berdiam diri. Tidak mustahil, Zahid Hamidi akan berbelah-bahagi dan takut-takut mengguna ketenteraan guna mengawal pergolakan di selatan Thai. Rakyat Malaysia yang prihatin perlu melobi agar hal ini tetap didebatkan.
Bantah nama Thai, ganti dengan Siam
Menelaah sejarah tentunya melibatkan fikiran yang mengundang keletihan. Di sana, telahpun ada usaha pengkarya filem yang mengeluarkan Queen of Langkasuka (Thai), Hikayat Merong Mahawangsa (Malaysia, bakal terbit) untuk menggeledah kisah-kisah purba.
Mungkin dengan jalan ini, setidak-tidaknya, perca-perca gambaran sejarah dapat dimuat dalam gambaran rakyat. Tapi, perkembangan mutakhir ini di Thailand agak menarik. Dan ia dimulai dengan gerakan intelektual, bukan melalui kuasa politik dan ketenteraan.
Misalnya, baru-baru ini, ahli sejarah terkemuka, Charnvit Kasetsiri membuat bantahan ke atas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan beberapa jawatankuasa politik untuk menukar nama negara itu daripada Thailand kepada nama asalnya; Siam.
Siam adalah negara asal di mana ia memiliki benderanya sendiri, berwarna merah dengan gambar seekor gajah putih menghiasi bendera tersebut.
Mantan rektor Thammasat University itu berkata piagam perlu diubah dari 'Perlembagaan Negeri Thailand' kepada 'Perlembagaan Negeri bagi Siam' atau 'Perlembagaan Siam". Ini perlu bagi tujuan menggalakkan 'perpaduan ', 'keharmonian' dan 'perdamaian'.
Akademikus itu berkata, bahawa usaha menamakan semula Thai itu adalah langkah awal untuk merawat kemelut politik dan masyarakat di negara itu yang terdiri daripada 60 juta rakyat termasuk lebih daripada 50 kumpulan etnik.
Menurut ahli sejarah itu, Thai sebagai sebuah negara, telah beransur-ansur menjadi 'ultra nasionalisme' dalam beberapa dekad lalu yang mungkin menjadi replika negara sebelum itu. Rusuhan politik di negara itu berlaku kerana rakyat bukan saja dipisah melalui sikap politik yang berbeza, tetapi yang jauh lebih penting, wujudnya peminggiran etnik.
Usaha menamakan semula negara Siam itu boleh menjadi batu loncatan untuk menyusun penyelesaian yang dinantikan rakyat negara itu, kata ahli akademik tersebut.
Dinamakan Siam, sejak Ayutthaya
Semua orang negara ini telah digelar Siam sejak era pemerintahan Ayutthaya era. Maka, dengan sebab campurtangan British dengan Thai, kaum-kaumMelayu diperangkap dalam beberapa perjanjian mereka.
Menurut Charnvit Kasetsiri, sejak Perang Dunia Kedua bermula, faham Hitler Nazisme di Jerman dan fasisme di Itali dan Jepun. Ketika inilah kerajaan tentera pimpinan Field Marshal Phibulsongkhram (Por) dipengaruhi ultra nasionalisme Nazisme dan fasisme. Akhirnya, nama bangsa Thai menenggelamkan nama Siam, nama sebuah negara.
Tambahnya, perubahan nama Thai kepada Siam adalah untuk membawa keharmonian di negara itu yang terdiri daripada 50 kumpulan etnik dengan bahasa masing-masing. Antara mereka selain Thai adalah Yuan, Laos, Lue, Melayu, Mon, Khmer, Teochiu, Cantonese, Hokkien, Hainan, Hakka, Cham, Sakai, Tamil, Pathan, Parsi, Arab, Phuan, Tai Yai, Phu Tai, Yong, Hmong, Karen, Museur dan Farang, dan sebagainya.
Melayu selatan Thai bukan orang Thai
Dalam temubual di Bangkok Post, Charnvit Kasetsiri menjelaskan bahawa secara etniknya, orang Islam selatan Thai bukan orang Thai, sebaliknya keturunan Melayu. Tapi mereka terpaksa menamakan diri mereka sebagai orang Thai atas dasar kewilayahan.
"Tiada salahnya dengan 'Siam', tetapi istilah itu tak menjelaskan siapakah raja di sini. Ia karut. Apa-apa pun, istilah 'Thai' merujuk bangsa, dan bukan negara itu," kata beliau.
Agak menarik ialah ketika Charnvit Kasetsiri memberi penjelasan asal-usul nama Siam yang menjadi sebab, kenapakah nama Siam itu ternyata lebih baik berbanding Thai untuk diabadikan sebagai nama kepada sebuah negara.
"Siam berasal daripada perkataan purba 'Sam', bermaksud tanah suai tani. Dalam Khmer dan Mon ada istilah 'siem', merujuk nama Siem Reap. Dalam bahasa Burma, ada istilah 'shan', kerana ada Negeri Shan, dan di Jepun, ada istilah 'shamuro'," tambahnya.
Selain itu, tambah akademikus itu, permulaan abjad 's' untuk Siam, dianggap lebih baik untuk nama negara itu berbanding permulaan abjad 'th', untuk Thailand, yang kedengaran seperti 'Taiwan' kepada orang-orang Barat.
Kekuatan kejujuran intelektual Thai
Selain usaha kita dalam menolong Melayu di selatan Thai, perlu dilibatkan juga kekuatan intelektual di universiti Thai selain pergerakan politik, ketenteraan dan intelektualis untuk mendorong kemajuan perdamaian di wilayah berkenaan.
Kita tak boleh melihat penyelesaian ini melibatkan politik sahaja. Terbukti, Parlimen kita sendiri telah menolak perbincangan berhubung usul membincangkan kemelut di wilayah tersebut. Rais Yatim tidak dapat berbuat apa-apa dengan alasan, sesama negara Asean tak boleh mencampuri urusan pergolakan dalam negara masing-masing.
Rasa-rasanya, tafsiran dan debat ke atas prinsip tidak campurtangan antara sesama negara Asean ini masih boleh dikaji semula.
Sedangkan wilayah Palestin yang bergolak kerana dibedil tentera Israel boleh kita peduli dengan menubuhkan tabung bantuan dan menggerakkan kempen kesedaran mengenainya kenapa dalam isu ini, seperti tiada kumpulan yang wujud untuk mengatur gerakan melobi dan pergerakan intelektual untuk tujuan merawat masalah yang sama?
5:29 a.m, 20 Jun
Sekolah Pemikiran Kg Baru
Di petik dari,
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21377&Itemid=1
(Sebagai ahli akademik, semua kami baca demi mencari kesahihan dan bukti sejarah)
18 comments:
Salam Anaianai.
Terima kasih kerana kami dapat menambahkan pengetahuan, maklumat yang perlu diketahui.
Subhanallah, Alhamdulillah..
Syukur...
Sekurang - kurangnya suara sejarah ini didengar juga..
Kalau bantu Palestine boleh kenapa Patani tak boleh sedangkan Patani ni begitu dekat dengan kita dari segi lokasi, asal-usul dan hubungan sejarah empayar Benua Siam.
Sikap pihak kerajaan dalam hal ini sangat mengecewakan.Kalau tak buat apa-apa yang lebih concrete maka penganiayaan terhadap saudara-saudara kita itu mungkin berterusan.Sampai bila nak berselindung di sebalik "ini masalah dalaman negara jiran"?
selatan Thai majoriti islam apa kan berlaku jika tiada penyelesaiyaan...selatan thai hak kesultanan melayu 1900 tapi di rampas...
Wahai pemimpin pemimpin Malaysia dimana anda? Saudara kita terbaring bergelumang darah kita tak bantupun.Di Acheh kita sampai dulu. Di Palestin kumpulan perubatan tak sabar sabar nak masuk Gaza.Mana Majallah 3, mana RTM, mana TV7? Mana tukang karang Kutbah Jumaat? Mana Tuan Tuan Mufti yg lantang bersuara? Ni didepan mata kita takkan berdiam saja. PAS, PKR dan seluruh blogger desak mereka di Parlimen.Elaun mereka adalah dari duit rakyat.Aduhaiii...
orang politik ni kalau rakyat x bagi gaji, ingat depa nak jadi ka orang politik?
org islam tak reti nak bersatu.... kurang belajar dari sejarah
Salam Sunnah daripada generasi baru.
alhamdulillah syukur kerana masih ada sejarah untuk kami kenali siapa bangsa dan asal usul keturunan kami daripada usaha gigih pengkaji-pengkaji sejarah nusantara melayu yang mana jasa mereka kurang dirasai oleh generasi baru hari ini. sekian lama jiwa saya mendesak untuk meneliti sejarah dunia melayu islam, namun ianya sangat sukar diperolehi dalam bentuk penulisan, hari ini terdetik untuk suka-suka mengimbau sejarah Islam di nusantara melalui media-media blogger, akhirnya dapat menenangkan sedikit desakan jiwa yang saban tahun mendesak supaya mendalami ilmu sejarah Empayar Islam Nusantara yang hubung kaitnya sezaman denan pemerintahan Empayar Othmaniah. membaca beberapa fakta sejarah dari Sejarahnegarakedah.blogspot.com disertai beberapa gambar-gambar tinggalan sejarah tanpa disedari airmata saya mengalir dipipi walau sedar diperhatikan orang. namun darah bangsa yang mengalir dan kesusahan Ulama-ulama kita membawa Islam ke nusantara sebaliknya dimusnahkan oleh anak bangsa sendiri dan beragama Islam. sebenarnya saya ingin berkongsi maklumat yang mungkin sejarah kita dapat diperkukuhkan dengan menemui beberapa orang lama yang masih hidup. di sini saya ingin memaklumkan bahawa terdapat seorang guru yang berusia 115 tahun masih kuat dan segar ingatannya yang mana mengetahui banyak tentang sejarah kita, gambarnya juga pernah disematkan di dalam Muzium negeri kedah. nama dan data beliau seperti berikut.
Nama: Guru Jaafar Mat Isa
Pertubuhan: Seni Silat Harimau Bentara Garang
Alamat:Seberang Pumpong Kedah.
Umur:115 tahun.
mungkin dengan menemui beliau akan dapat meluaskan lagi info-info untuk gerakan pengkajian dapat dijalankan. berikutan perkongsian ini adalah kerana baru-baru ini kami bersama guru jaafar mat isa melawat bumi Beruas, Perak dan menziarahi beberapa Makam peninggalan ratusan tahun dahulu dan tempatnya sukar dikunjungi melainkan pewaris wasilahnya yang pergi bersama. mudah-mudahan sejarah ini dapat diperincikan oleh pihak intelektual agar bangsa kita tidak terus diperdaya oleh agenda barat yang mahu meruntuhkan keagungan Empayar Islam di Nusantara. wallahuaqlam.
"Rasa-rasanya, tafsiran dan debat ke atas prinsip tidak campurtangan antara sesama negara Asean ini masih boleh dikaji semula"
Ini bermakna kita mesti menuntut hak kembali ke atas Singapura - Moro - Selatan Siam - Kemboja - Burma - Seri Lanka - Papua...membela semua saudara se Islam kita dengan apa cara sekalipun...biarkan Arab setelkan masalah Palestine...kita sini mari setelkan masalah Patani...
Nai..
teruskan usaha..
cuba cari jalan supaya coverage penemuan anda lebih besar..
terima kasih..
rodonc, aok ong pawhang ghupenye ye...
salam hormat saudaraku semua,
Alhamdulillah,
Salam hrmat kpd tuan Anai-anai dan
tuan Muhammad hafiz bakar,
Saya merujuk kpd kenyataan Muhammad hafiz bakar, PENTING.
CADANGAN
--------
Quote:
"di sini saya ingin memaklumkan bahawa terdapat seorang guru yang berusia 115 tahun masih kuat dan segar ingatannya yang mana mengetahui banyak tentang sejarah kita, gambarnya juga pernah disematkan di dalam Muzium negeri kedah. nama dan data beliau seperti berikut.
Nama: Guru Jaafar Mat Isa
Pertubuhan: Seni Silat Harimau Bentara Garang
Alamat:Seberang Pumpong Kedah.
Umur:115 tahun."
PENTING & CADANGAN SEGERA
-------------------------
1. Berjumpa dengan Tuan Guru Jaafar Mat Isa
2. Bawa seorang 'Artist' pelukis professional
(Seperti pelukis grafik di balai polis yg boleh melukis muka penjenayah seperti yg digambarkan oleh pengadu-mereka boleh membaca gerak suara dan minda, lepas itu mereka lukis, yang asal mengikut minda kita)
3. 'Pelukis' tersebut boleh melukis semasa Tuan Guru Jaafar Mat Isa menggambarkan Kota Kuala Muda, Kota Ayutthaya, Kerajaan Kedah Siam- Kerajaan Pattani, Kerajaan Ligor, Kerajaan Perak Lama,
4. Kenapa?
Kerana Tuan Guru Jaafar Mat Isa sudah berada dimuka bumi ini semenjak TAHUN 1894, iani 115 tahun yg lalu.
jadi, Tuang Guru lahir tahun
1894 + 10 tahun (sudah boleh membaca dan mengaji)
=> 1894 + 10 = 1904,
1909, berlaku banyak perkara,
5. jadi pada tahun 1909,
sudah tentu Tuan Guru jaafar mat Isa tahu apa yang terjadi,
6. Allah SWT Maha Bijaksana, tiadalah apa jua perkara itu dijadikanNYA dengan sia-sia,
7. marilah kita, sama-sama sedaya upaya kita berusaha dan cuba dengan sesungguh-sungguh yakin, bertemu dengan tuan Guru Jaafar Mat Isa,
8. Lukis, Tulis, rakam, apa sahaja yang ada pada beliau, kita seompan dan kita analisakan nya bersama,
9. Berusaha dan Berdoalah,
Kita sama-sama susun mencari arah,
sama-sama membantu,
sama-sama bermujahaddah,
sama-sama berkongsi ilmu, sesungguhnya, apa yang kita lakukan ini, adalah sesuatu yang kita cari hadiran daripada suara hati kita yang terbit dari sudut hati yang paling dalam,
CADANGAN:
(terima kasih kpd tuan Muhammad hafiz bakar dan tuan Anai-anai)
Penderitaan rakyat melayu islam petani(petani/jala/menara) telah lama tampa mendapat perhatian serius dari kita di malaysia sedangkan apa yg berlaku di pelestene mendapat liputan meluas dr genap lapisan masharakat,kuman di seberang lautan kita timang2kan sedangkan gajah di depan mata kita tak nampat. alang kah malang nya nasib saudara2 kita di utara tanah
air .dari pembunuhan beramai2 dlm masjid kerisik di petani,pembunuhan
taba(takbai)dan yg terakhir masjid alfurqan di becah airong menara(narathiwat)juga tidak mendapat reaksi yg keras dari pemimpim2 kita,sedangkan waktu pembunuhan itu
berlaku perdana menteri thailand berada di malaysia.sesuatu yg amat
mendukacitakan ,pemimpim kita telah
mengabaikan tanggujawab moral dan agama...
Saya dari kelantan ,kami mempuyai
hubungan kekeluargaan yg sangat rapat dengan penduduk selatan siam(utara malaysia)lunghat yg sama cuma mereka lebeh kasar sedikit.bila saya berkunjung kesana
timbul perasaan dan persoalan yg menhantui saya.seperti mengapa kita di pisahkan?apakah pemimpim2kita sewaktu merdeka dulu buta sejarah sampai sanggup membiarkan 4wilayah utara di jajah oleh thailand tampa membuat tuntutan keatas wilayah2 itu? adakah dari pandangan undang2 kita tak berhak menuntut 4 wilayah tersebut sedangkan yg membuat perjajian zalim itu adalah penjajah british? harap tuan2 yg berkemahiran boleh menjawab nya,agar jiwa saya merasa tenteram. saya juga sering membaca di www,pattaninews.com mengandungi banyak maklumat tentang apa yg berlaku di sana,saudara2 cuba menziarah laman tersebut.
Malaypress..
ye sangat..
koi orang pahanc berdarah Kelantan-Patani-Kedoh..menjunjung kasih di negeri Pahang yang tercinta..
Wan koi dengan Sultan Abdul hamid keturunan Sultan Abdullah Al-Mukarram Syah manakala aki koi dari Kesultanan Kelantan..
tapi bermula dari ayoh koi doh tok pakei Tengku lagi... :)
Salam hormat Tuan chegarMD dan semuanya,
usahlah kita semua bersedih hati kerana kita telah sangat lama bersedih, kini apa yang kita perlu lakukan adalah membantu mereka sedaya upaya kita, dan setelah itu itu, hanya doa jualah yang menjadi perkara terakhir dari kita,
Merujuk kepada butiran perkara yang diajukan oleh tuan itu, bagi pendapat saya:
'Historian cannot be emotional, and historian cannot be bias'.
Dahulu, wujud juga historian yang bersifat emo dan bias, maka sebab itulah sejarah menjadi bercampur-campur.
Fakta:
Jikalau dimedan perang, Tukang penulis sejarah (PRESS) dan Tukang ambil gambar (Photographer) juga termasuk didalam undang-undang 'tidak boleh dibunuh'. (hukum perang manusia)
Sama juga hukum perang itu kepada doktor, kanak-kanak dan orang tua yang uzur.
Jadi, sejarah sudah dicampur baur-kan, apabila ia sudah bercampur baur, maka wujudlah golongan 'Oppurtunist', Golongan inilah yang akan memainkan peranan yang dasyat dengan menggunakan kaedah 'Conspiracy Theory'
Conspiracy Theory-CT
Bukan lah susah untuk kita memahami akan perihal CT in, senang sahaja, Bermula dengan AGENDA, dan selepas itu, Tolong sana, Tolong sini, janji sana dan janji sini, dan apabila berlaku 'Conflict' hasilan dari 'CT' tadi, maka, semua akan diminta duduk semeja dan inilah yang dipanggil 'Round Table' meeting (Cara Orang Asia), Cara Orang Barat Mesyuarat Meja Panjang.
British pun mula-lah mengajarkan politik 'cara mereka'.
Mari kita baca sejarah yang asas sebelum kita menghalusi perkara perinchian,
Kerajaan Negara Siam-Kedah suatu waktu dahulu dikaitkan dengan berbagai-bagai kerajaan sebelumnya iatu:
Kerajaan Langksuka,
Kerajaan Srivijaya,
Kerajaan Suvarnabhumi,
Kerajaan Merong Mahawangsa,
dan lain-lain,
Keruntuhan struktur asas pentadbiran itulah kemudiannya yang dicampuradukkan, dan bermulalah era pembahagian kawasan.
Telah tercatat bahawa pada tanggal 16 July 622C.E Friday adalah bersamaan dengan 1/1/1 iani 1 Muharram 1 Hijrah,
Perkembangan Islam berkembang bertambah pesat selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW di Madinah pada Isnin, 14 Raby` al-awal 11 A.H. bersamaan dengan Monday, June 8, 632CE,
Bincang:
Disini sudah ada satu fakta yang sudah jelas dimanipulasi oleh pihak pihak tertentu:
Sejarah Dunia telah mencatatkan bahwa Perkembangan Pesat Dunia Islam berlaku pada tahun 632CE (6 Century = 600-700), dan Tahun Hijrah pada waktu itu adalah Tahun 11 Hijrah.
Jadi, Islam telah wujud di bumi Melayu Nusantara pada seawal 632CE iani bersamaan 11Hijrah,
atau
pada tahun 1300CE (Batu bersurat) 1400-1404- Parameswara?.
Sejarah jega telah mencatatkan bahawa pada 1 / 1 / 1300CE adalah bersamaan dengan,
Friday 7 Raby` al-THaany 699 A.H.
Soalan:
Apakah para sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW (Amirul Mukmin, Admiral, Amirul Bahri) terpaksa mencari jalan pelayaran selama hampir 99-100 tahun untuk menjumpai Lembah Bujang dan Gunung Jerai? Apakah disitu permulaan kerajaan Merong Mahawangsa?
Jadi, 1300CE = 699Hijrah,
saya kurang yakin bahwa Lembah Bujang (Gunung Jerai-Penanda) tidak dijumpai oleh pelayar-pelayar pada ketika itu kerana:
Fakta:
Laluan Sutera (The Silk Road) telah lama wujud seawal 200-300BC (Before Century) dan pada waktu 500BC (Buddha) telah mula ada penceritaan tentang 'Bhujang', Kalah, Kandaram dsb. Laluan Sutera melalui jalan darat kemudiannya dipermudahkan dengan laluan laut (sebagai alternative route) dan pada tahun 200-300CE (200-300A.D)
sambung...
Fakta:
Jikalau tamadun manusia sudah ada tercatat pada Batu Bersurat di Cherok Tokun Relics yg dijumpai pada tahun 1873, yg dipercayai tulisan itu adalah tulisan PALI, PALI yang wujud pada zaman 300BC bukan 300CE, maka Bukit Mertajam sudah ada penghuni semenjak 300BC, (laluan Sutera), masakan pada waktu itu, Gunung Jerai boleh jadi tidak nampak, apalagi Gunung Gua Runtuh dimana terletaknya Kota Tampan,Lenggong, Perak.
Jadi, terkejutkah kita jikalau kita (boleh mengatakan) yang Islam sudah sampai ke Nusantara Melayu
seawal tahun 11 HIJRAH atau 632CE?
Sesuatu yang kita semua wajib fikirkan,
demi masa,
kita sambung selepas ini, 4 Wilayah Fattani, InsyaAllah,
Salam.
Melayu Islam akan bersatu bila sudah mengetahui SEJARAH REALITI agama, bangsa, negara dan dunia...insyaALLAH. Bersabarlah....masanya akan tiba!
Saya akan sentiasa mewar-warkan blog2 yg berkenaan kepada seberapa ramai orang utk dikongsi bersama. Semoga mereka juga akan mula berfikir ttg SEJARAH REALITI kita.
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
http://themalaypress.blogspot.com/
http://mistisfiles.blogspot.com/
Juga blog2 lain yg berkaitan.
Teruskan kajian SNK!
Wassalam dan terima kasih!
Post a Comment