Wednesday, March 25, 2009

TINGGALAN KOTA ISTANA PULAU TIGA DIMUSNAHKAN PIHAK YANG JAHIL SEJARAH

Terkini, tinggalan kota istana Pulau Tiga berhampiran Bandar Laguna Merbok telah dimusnahkan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh tuan tanah (toll) untuk membersihkan kawasan.

Sila lihat artikel kami sebelum ini disini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2008/01/peninggalan-sejarah-di-sg-merbok.html

Kontraktor tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana menjalankan kerja-kerja melabihi had yang telah ditetapkan. Kemusnahan tapak tersebut turut dilawati oleh pegawai berwajib dari Muzium Arkeologi, Polis dan Pejabat Daerah. Lapuran kepada pihak berwajib telah dibuat oleh penduduk yang tinggal berdekatan. Kawasan tersebut kini disita dari segala kegiatan pembangunan. Kami turut bersedih diatas kemusnahan tersebut.

Ikuti gambar yang sempat kami rakamkan untuk tatapan saudara/i pembaca sekalian,






Penceroboh menaikkan tanda amaran kepada penceroboh...aneh bukan? ? ? ! Kami difahamkan kebenaran membersihkan kawasan diberikan dengan syarat tinggalan kota tidak diusik. Inilah akibatnya tanpa penguatkuasaan yang rapi, warisan sejarah kita semakin hari semakin pupus.








Secara kebetulan, sewaktu kami ke tapak tersebut air Sungai Merbok sedang mulai surut. Kami dapat melihat ketulan-ketulan bata yang berada didalam air sungai dalam keadaan kotor dan berlumut. Ini memungkinkan lagi teori kami terdahulu bahawa penjajah Thai dengan kerjasama Inggeris telah memusnahkan Kota Istana Pulau Tiga dan membuang serpihan batu bata bangunan tersebut kedalam sungai sewaktu Kedah dijajah Thai diantara tahun 1876-1881.









Dari 7 Gok untuk membuat bata hanya 2 sahaja yang tidak sempat mereka memusnahkan.


Jelas pemandangan dari tapak kota ialah Pulau satu, Pulau Dua dan Pulau Tiga.


Sekeping batu yang ditemui didalam air apabila dibersihkan masih lagi kelihatan tanda-tanda hiasan berwarna kuning-kekuningan.

11 comments:

Leenoh said...

Salam.
Semasa tinggal di Sg.Petani saya sering ke Pulau Tiga kerana lokasinya kurang daripada 3km dari rumah saya. Pada tahun 80an masih terdapat banyak gok arang di situ, pada ketika itu kawasan tersebut belum dimajukan lagi, sekarang jalan lencongan susur keluar lebuhraya telah merentasi di tengah-tengah laluan ke Pulau Tiga.kawasan laluan lebuhraya itu adalah juga Kg.Pulau Tiga.
Kesan sejarah seperti yang disebutkan itu masih jelas tetapi tidaklah seperti sebelumnya.
Sekarang semakin ramai orang tinggal di Kg.Pulau Tiga termasuk rumah persinggahan nelayan di tepi sungai tersebut.
Tempat ini sangat wajar dijagai khasnya tinggalan sejarahnya dan sesuai dijadikan tempat tarikan pelancong bersumberkan kesan sejarah tersebut kerana Pulau Tiga juga dipenuhi dengan pokok bakau yang dikatakan di antara yang terbaik di dunia.
Sekian.

Zahrin said...

Ini sebab kerja mereka yang rakus untuk mengumpul kekayaan..

Salah siapa? Mereka yang menjual tanah tersebut kerana ingin memenuhkan kocek sendiri..salah siapa??

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

ini penceroboh jurai Sun yat Sen China Selat ni....ala2 jutmajut. abih seme nak ditarah, bukit bukau paya bakau..

donmny said...

...sedih & kecewa

azamaju sprayworks said...

huh,akibat tak kenal sejarah dan tak hargai asal usul.memang bangang

si naga sakti said...

Salam.

Depa tu sama ler ngan puak kat Saudi sana tu. Menghilang sejarah2 Rasulullah SAW. Sedih sungguh sedih ada org Melayu/Bani Jawi nie yg sokong pulak tu.

Wassalam.

Zahrin said...

http://tukartiub.blogspot.com/2009/04/imperialisma-dan-empire.html

artikel menarik dari Sdr. Hishamuddin Rais..dia ada sentuh sikit mengenai sejarah negara kita (walaupun dia sebut Raja Siam bukannya raja Thai)

Bintang Emas said...

salam, cuba baca ni..

Earlier fears of the Siamese was realized when, at noon on Sunday November 12th, 1821, a large fleet from Siam sailed into Kuala Kedah. Not knowing their intentions, the Siamese were welcomed with great ceremony when they landed by the fort commander Bendahara Dato' Paduka Maharaja Sura. While being lead around for a tour of the fort, the Thai commander, the Raja of Ligor, Phya Buri Sakmuton, suddenly ordered his men to attack. Taken completely by surprise, the garrison was massacred. The Sultan fled to Penang and, from there, planned a war of resistance to the Siamese.


sbgai mana TNL cita bahawa thai datang dengan kapal siam menyerang kedah

*mgkin ada kospirasi pengubhan crita dalam buku ini

http://mizteryjw.blogspot.com/search?updated-min=2007-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2008-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=12

wasalam

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

isham rais...sket lagi bro nak sampai..sket lagi.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Not knowing their intentions, the Siamese were welcomed with great ceremony when they landed by the fort commander Bendahara Dato' Paduka Maharaja Sura. While being lead around for a tour of the fort, the Thai commander, the Raja of Ligor, Phya Buri Sakmuton, suddenly ordered his men to attack. Taken completely by surprise, the garrison was massacred.

Aku nyirap betul bila baca yang ni...setahu aku SATII Laksamana Laut Kedah yang bagi jalan askar Thai masuk...kalau depa tahu Thai dah mai memang perang awai lagi. Depa musuh dah lama xkan nak bawak jalan2 dalam pelabuhan..

Tak logik nya bila kawan tu datang dengan kapal siam, tapi bila sampai pelabuhan Maharaja Sura tengok depa orang Thai, pastu sambut bawak jalan2 dalam kota (fort)...tak logik.

afandi said...

patutlah Bandar laguna Merbok ada tarikan tasik, boleh naik bot ke pulau dari Jeti.

saya beli rumah di BLM tapi tak sempat nak duduk , tak sangka ada tinggalan sejarah di Laguna itu