Friday, March 14, 2008

Penghargaan dan Terima Kasih

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam hormat...

Ucapan penghargaan dan jutaan terimakasih dari kami kepada saudara semua pembaca dan peminat sejarah yang dihormati sekelian kerana pada tanggal 11hb Mac 2008, blog ini telah melepasi 100 ribu pengunjung. Siapalah kami tanpa sokongan dari anda.
Jutaan terima kasih sekali lagi dari kami.

5 comments:

Muhamamd Firdaus said...

sangat menarik..jadi, Siam manakah yg diberitakan menyerang Melaka ketika zaman Tun Perak? Siam Islam?

anaianai said...

Benar, Siam Islam. Ketika itu apabila Raja Melaka pergi sendiri ke mengadap dan diiktiraf oleh Maharaja China, Raja Melaka bertindak meluaskan kawasan dengan menyerang dan mengambil wilayah Kedah yang kaya dengan bijih timah iaitu Perak.

Raja Kedah membuat aduan kepada Maharaja Siam dan Siam bertindak menyerang Melaka. Terdahulu, saya kira Raja Siam mendapati bahawa dinasti Maharaja China yang baru (Ming) telah tersilap percaturan dengan menyangkakan Raja Melaka adalah penguasa bagi seluruh semenanjong Melaka padahal Melaka hanyalah pelabuhan yang kecil diperentah raja daerah sahaja.

Semenanjong Melaka sebelum pada itu dikuasai oleh Raja Siam Islam yang berasal dari Kedah dan kawasan perlombongan Perak dulunya dikuasai oleh keturunan mereka iaitu Tok Temeng.

Nama Tok Temeng ini ada dalam sejarah kita, makam pun ada di Beruas bersama makam Sultan Mahmud Syah tapi kita tak tahu siapa baginda Tok Temeng ini. Dalam sejarah Siam Ayuthia disebut Thong Chan atau Tunku Mohammad Chan ibni Sultan Mad Zaffar Syah III Kedah.
Makam mereka berdua ini berada di Beruas dengan itulah dari 33 Raja Besar Benua Islam Siam ini yang memerentah Ayuthia hanya 3 sahaja di ketahui berada disana (sebab mangkat disana). 30 lagi berada di nusantara.

Indraputra said...

Saya amat terharu membaca.

Di sekolah tidak diajar sejarah ini, sama dengan tidak ada nya sejarah sejarah Pejuang Pejuang Islam ,empayer Islam dimasa lalu.

TAHNIAH dan terima kasih.

anaianai said...

Saudara Indra

Terima kasih kembali. Sejarah disekolah banyak dipengaruhi dengan penulisan sejarawan Inggeris. Menurut Prof Datuk Dr Siti Hawa Salleh tidak ada satu pun buku penulisan sejarah dimasa lalu yang tidak melalui meja Winstedt, seolah-olah sejarah kita dicaturkan oleh mereka yang menjajah agar tidak lari dari kehendak mereka.

Hari ini pula kita ada wasiat, kita masih ada TNL Kassim, waris mutlak Maharaja Besar Benua Islam Siam Kedah (Yang Di pertuan Agong tetaplah !!), yang saya kira cukup mahir meriwayatkan semula sejarah. Kita ada bukti terbaik iaitu Manuskrip undang-Undang Kedah (ia bukan Hikayat) dan kita ada bukti-bukti yang kami ketengahkan disini.

Negarawan kita tidak boleh lari dari kehendak tuntutan Khutbah Wida. Untuk menafikan beliau adalah seperti menafikan tuntutan Khutbah Wida itu sendiri, sedangkan kita beragama Islam. Dan Allah swt sedang memerhati gelagat kita, apakah tindakan kita yang memegang kuasa seterusnya, apabila mengetahui pendedahan sebegini.

Sekarang pun kita boleh lihat goyahnya kuasa satu pihak yang telah memegang teraju pemerentahan kerajaan berpuluh tahun lamanya. Siapa sangka akan jadi begini? Entah apa lagi dugaan akan Allah berikan kepada negara kita dimasa hadapan sekiranya kita terus menafikan tuntutan Khutbah Wida ini. Wallahualam.

pokkadot said...

SAYA PERTAMA KALI MASUK WEBSITE INI....

SAYA TERKEJUT MELIHAT FAKTA-FAKTA YANG SEMEMANGNYA BERLAINAN DARI BUKU RUJUKAN SEJARAH YANG SEDIA ADA

SAYA MEMANG MEMINATI SEJARAH TAPI HANYA BERSANDARKAN BUKU-BUKU YANG ADA DIPASARAN

HARAP DAPAT MEMBUAT PENYELIDIKAN LEBIH RAPI TERHADAP KESULTANAN MELAYU KEDAH