Saturday, January 26, 2008

Sejarah Realiti Patani Sepintas lalu

Sejarah negeri Patani dikatakan wujud jauh lebih awal dari negeri-negeri lain yang sezaman dengannya. Raja pertama negeri Patani ialah Puteri Nang Che Yam atau nama penuhnya Puteri Nang Che Yam ibni Kaifa Tabim Sheikh Ali, ayahanda baginda yang menjadi Raja Toung Oo Burma. Penulisan sejarah yang menyebut nama ayahanda baginda sebagai Tabin Shwehti adalah karut dan ia bertujuan untuk menutup Empayar Benua Islam Siam di rantau ini.

Nama Bayyinaung pula dikatakan pula sebagai abang ipar Kaifa Tabim Sheikh Ali padahal itu adalah gelaran nama adindanya Tunku Puteri Nur Aisyah Mahin Inta Tiral ibni Sultan Rijaluddin (Bavainung ibni Rama Tibodi II). Walau bagaimana pun kemungkinan tetap ada di mana suaminya, Zahiruddin Bahadur Syah turut diberi gelaran yang sama, dengan tambahan ‘King’ dihadapan. King Bavainung ini dengan Mahatammaraja pemerentah Ayuthia adalah orang yang sama.

Jika kita semak sejarah Zahiruddin Bahadur Syah ini kita pasti akan temui nama isterinya yang disebut sebagai Aisyah Begum. Hari ini, di Malaysia nama Begum ini merupakan nama-nama mereka yang terdiri dari golongan atasan yang tinggi peradaban dan rupa parasnya. Maklumat Tunku Putri Nur Aisyah ini kami sudah lama tahu akan tetapi maklumat mengenai Aisyah Begum ini baru saja kami temui(and it match).

Kaifa Tabim Sheik Ali dengan bantuan tentera Portugis Islam (moor’s) telah memperluaskan Empayar Toung Oo dari Martaban ke Pegu, dari utara hingga ke selatan Burma. Tentera Moors atau Portugis Islam ini dahulunya diusir dari Portugal dan Sepanyol dimana terdirinya peradaban Islam di Granada selama beberapa ratus tahun. Orang-orang Siam memanggil mereka ‘Bugis’ bermaksud, puak Portugis dari kedatangan gelombang pertama ini.


Dalam lukisan ini orang-orang Moors yang berkhidmat dibawah Raja Ayuthia digambarkan bertubuh tegap dan jauh lebih tinggi dari orang-orang Siam.

Dalam tahun 1511, Raja Siam Islam dari Ayuthia telah menghantar tentera Bugis ini ke Melaka untuk mengawal Selat Melaka menggantikan tentera Laksemana Cheng Ho.
Kedatangan tentera Portugis gelombong kedua barulah beragama Kristian. Di Kuala Lumpur saya dimaklumkan ada keluarga Portugis yang berasal dari Melaka menceritakan bahawa nenek moyangnya sudah pun menganut agama Islam sebelum mereka tiba ke Melaka.

Dalam tahun 1641, orang orang Portugis diserang Belanda lalu mereka belayar dan menetap di Goa, Sulawesi. Pada ketika itu Sultan Mahmud Syah masih lagi bersemayam di Melaka (lihat Undang Undang Kedah, ms 98). Sejarah kita memadamkan tindakan Belanda dengan bantuan raja daerah dan pekerja lombong bijih di Lukud yang menyerang Sultan Mahmud Syah di Kota Lukud. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan Sultan Mahmud Syah sehingga baginda meletakkan gelaran (dengan maaf,sekadar catatan sejarah shj) dalam bahasa Siam kepada orang-orang Minang iaitu Minang-kabau, bermaksud minang-derhaka.

Orang-orang Portugis berpindah ke bandar Goa di Sulawesi kerana telah menggunakan bandar ini semenjak tahun penghujung 1400 untuk berdagang dan berniaga. Sejarah orang-orang Bugis di Sulawesi hanya bermula dizaman-zaman ini sahaja malah tidak ada catatan bahawa mereka ujud sekitar tahun 1400 masihi kebawah. Hari ini rata-rata mereka lebih dikenali sebagai orang-orang Bugis (patutlah TPM kita tinggi orangnya).

Sejarah negara kita yang ditulis oleh raja-raja daerah pula mengatakan Melaka diserang oleh tentera Portugis akan tetapi mereka lupa wilayah siapakah itu asalnya. Ia milik Raja Monggol India (Mahatammaaraja, lihat peta) lalu dihantar seorang mamak untuk menjadi bendahara. Sultan Mahmud Syah adalah juga cucu Zahiruddin Bahadur Syah, Raja Monggol India yang bergelar Mahatammaraja di Ayuthia. Bukankah Melaka dikatakan jatuh kerana mamak bendahara. Dimanakah kesetiaan mamak Bendahara ini, kepada raja daerah atau kepada Raja Monggol India dan cucunya yang juga menguasai Empayar Benua Islam Siam Kedah berpusat di Ayuthia.


Petikan dari undang Undang Kedah, ms 98 : Tahun 1067 hijrah adalah bersamaan dengan tahun 1656. Persoalannya, Sultan Mahmud Syah yang mana satukah yang bersemayam di Melaka sedangkan setahu kita, Portugis dikatakan sudah menakluki Melaka dalam tahun 1511. Harus diingat, serangan Belanda keatas Melaka berlaku dalam tahun 1641 dan Sultan Mahmud Syah mangkat dalam tahun 1668 dan dimakamkan di Kota Beruas, Perak. Sultan Mahmud Syah yang dimaksudkan disini bukannya Sultan Mahmud Syah raja daerah Melaka tetapi Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman, Syah Alam Yang Maha Mulia, Raja Besar Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah (Cop mohor dijumpai di Riau, lihat artikel kami).

Berikutan kematian Kaifa Tabim Sheikh Ali, Bayyinaung (Mahatammaraja) pula meneruskan usaha iparnya dan dikatakan telah menawan Ayuthia. Kenapa harus baginda menyerang Ayuhia Islam sedangkan Ayuthia tidak memberi masalah kepadanya dan diperentah oleh bapa mertuanya.

Kemungkinan serangan tetap ada berikutan kematian Sultan Rijaluddin (Rama Tibodi II) Mahatammaraja telah pergi ke Ayuthia dan mengambil gajah putih untuk dibawa balik ke Burma dan meletakkan anak bongsu nya Penggiran Mustapa Kecil bongsu (Prasat Thong) sebagai Raja Ayuthia sedangkan yang berhak menaikki takhta ialah Nai Hisbu Muadzam Syah (Songtham Ayuthia) yang menjadi Raja Kota Beruas Gangga Negara (Perak, kemudiannya menaikki takhta juga). Tindakan inilah yang mendapat bantahan Raja Patani lalu Ayuthia dibawah Prasat Thong telah bertindak menyerang Patani. Kita harus melihat ini sebagai konflik dalaman raja-raja islam yang memerentah ketika itu sahaja.

Oleh kerana Kerajaan Toung Oo adalah sebuah kerajaan Islam, ia tidak mengambil langkah-langkah yang aggresif terhadap Ayuthia yang juga merupakan kerajaan islam. Kita lihat catatan Pamaree Surikiat seperti dibawah,

“In fact, Burmese history does not entirely support his statement that whenever a Burmese center became the most powerful, it would exert influence on Ayutthaya in order to forestall Ayutthaya’s political interference. Burmese leaders during the mighty reigns of the early restored Toungoo empire in the first half of 17th century did not adopt the policy of defeating or weakening Ayutthaya for the purpose of maintaining her internal stability. The condition of the formation and development of the restored Toungoo empire was not in need of an offensive strategy towards Ayutthaya”., ms 6

"Additionally, he propounded that Burmese kings always considered the Siamese kingdoms as part of their field of power. From the founding of the first Toungoo dynasty, up until the end of the monarchic period, almost all of the strong kings waged war against the Siamese kingdoms, since they expected total submission from, successively, the Ayutthaya, Thonburi, and Bangkok kings. However, according to a contemporary Burmese inscription in the 17th century (SHMKM V, 1998: 148), Ayutthaya was not included in the mandala or the realm of power of the restored Toungoo kings. In fact, the strong kings of the dynasty (Toung Oo) did not launch any grand-scale attacks on Ayutthaya, as Lieberman remarked".ms 8

Anakanda baginda Kaifa Tabim Sheikh Ali, Nang (puteri) Che Yam, cucu Sultan Rijaluddin (Rama Tibodi II) dan anak saudara Zahiruddin Bahadur Syah (Mahatammaraja) telah dihantar menjadi Raja Patani. Disana baginda memerentah dan bapa saudaranya telah menghantar anak saudaranya seorang putera raja dari Jammu Kashmir, India bernama Sultan Ismail untuk dikahwinkan dengan Nang Che Yam. Sejarah Patani menyebut Nang Che Yam ini sebagai Raja Hijau.


Catatan dari Belanda menggunakan teknik printmaking menunjukkan perarakkan Raja Perempuan Patani dengan pengikutnya memakai jubah sepertimana orang-orang Islam dari Monggol India.

Baginda Sultan Ismail datang dengan rombongan beberapa buah kapal terdiri dari pengikut-pengikutnya dan membawa kain-kain dagangan, permaidani sebagai hadiah dan dalam sejarah Patani, baginda di gelar sebagai Phaya Tuk Nak Pa. Mengenai nama Patani samada dari kisah Pak Tani, Pantai ini atau pun dari bahasa Siam, dimana Pa-ta-ni dalam bahasa Siam (bukan bahsa Tai) bermaksud, “Kain-corak-ni”, penubuhan negeri Patani dapat lah kita katakan bermula di sekitar pertengahan 1500 sahaja. Terdahulu dari itu Kerajaan Langkasuka berpusat di Kedah Tua dan dengan itu Raja Mandalika membina Batu Bersurat yang dijumpai di Trengganu.

Kisah-kisah yang tercatit dalam Hikayat Patani adalah sebagai dakwah Islamiyah untuk rakyat Patani amnya ketika itu (zaman itu) dan kita tidak boleh membacanya mengikut konteks hari ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi, perdagangan Patani turut meningkat selepas naiknya kesultanan ini dan orang-orang Portugis tetap datang untuk berdagang ke Patani. Situasi yang sama turut berlaku di negeri Acheh.

Kita semua tahu bahawa Ayutthaya Islam kemudian nanti diserang oleh tentera Buddha Aluangphaya dalam tahun 1767. Akan tetapi sebelum pada itu, mereka telah menyerang dan menakluki Toung Oo dalam tahun 1758 berikutan kemangkatan Maulana Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, Marhum Kota Palas Langkawi yang bergelar Boromokot di Ayuhtia. Raja yang memerentah Toung Oo ketika itu adalah anakanda baginda Syarif Yang Di Pertuan bergelar Mahadammaiyaza Dipati. Kita lihat catatan Pamaree Surikiat dimuka surat 7,

“Finally, on the origins of the Burmese invasion of Ayutthaya during the reign of Alaunghpaya (r. 1752-1760), he commented that the root of Alaunghpaya’s hostility toward that kingdom was less obvious than it was in the case of Manipura, for Ayutthaya had studiously refrained from exploiting Burma’s weakness in the 1740s. He emphasized that it was Alaunghpaya himself who showed his great desire to expand his power over Ayutthaya by using the Mon rebels’ flights to Ayutthaya as an excuse”.

Terdapat satu penulisan yang kami kira menarik dari perisian dan kajiannya. Antara lain penulisnya mengatakan bahawa negeri Patani bermula dengan seorang Sultan yang bernama Sultan Sulaiman. Dari segi kejadian yang berlaku dizaman itu penulisnya telah berjaya menunjukkan event yang berlaku dengan baik dan cukup menarik. Kita ikuti petikan penulisannya,

“Lebih lanjutnya telah didapati di dalam buku tawarikh negeri Pathlung ada menyatakan bahawa adalah raja yang memerintah negeri yang tersebut itu telah beragama Islam namanya Sultan Sulaiman. Kerajaan orang-orang Melayu ini pada akhirnya telah ditewaskan oleh musuhnya. Dan Sultan Sulaiman itu telah mati di dalam peperangan. Oleh sebab itu sekalian rakyat negerinya telah menjadi berpecah-belah dan berporak-peranda setengah daripada mereka itu telah melarikan diri ke utara lalu membuka negeri baharu di dalam jajahan Pathalung atau Bedelung yang ada dibawah pemerintah kerajaan Siam-Thai pada hari ini. Adapun mayat al-Marhum Sultan Sulaiman itu telah dikuburkan di negeri bagindanya juga. Kawasan makam perkuburan itu masih lagi dapat dilihat pada masa ini yang hanya penuh dengan hutan rimba sahaja. orang-orang Melayu di dalam negeri Singgora dan Nakorn Sri Thammarat memanggil makam perkuburan itu “Hum” yakni al-Marhum hingga sekarangpun masih banyak juga dilawati oleh penduduk negeri itu pada tiap-tiap tahun”

http://www.geocities.com/prawat_patani/bab2.htm

Apa yang kami inginkan ‘hilite’kan disini ialah mengenai Sultan Sulaiman yang pernah bersemayam di Phatalung ini. Dari maklumat yang kami perolehi, Sultan Sulaiman inilah yang disebut dalam UUK ms 24 sebagai “yangkam dengan belat yukbat”, telah melarikan diri kesana dari Kedah. Terdahulu dari itu baginda menjadi raja daerah dan bersemayam di Bukit Pinang. Baginda adalah anak saudara Mahkota Alam dan Sultan Mahmud Syah, lebih mudah Tengku Sulaiman ibni Pir Abu. Pir Abu pernah menjadi Raja Legeh, meliputi wilayah Kelantan,Patani dan Trengganu. Memang patutlah beliau melarikan diri kesana.

Kisah baginda ini berlaku sekitar tahun 1600 sahaja dimana baginda telah dihukum bersalah oleh mahkamah syariah dizaman Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah diatas tindakan nya membunuh dan memakan orang-orang China Manchu Islam yang membina Balai Besar dan Pekan China dibandar Alor Setar. Hingga sekarang pun, Pekan China masih ada teletak berhampiran sungai dan hanya jarak berjalan kaki sahaja dengan Balai Besar di bandaraya Alor Setar. Dari kisah hidup baginda inilah diriwayatkan kisah Raja Bersiong itu.

Pada masa itu baginda ingkar enggan serah kuasa lalu melarikan diri ke Singgora kemudiannya ke Phattalung dan menetap disana. Di zaman itu, kawasan ini masih lagi berada dibawah jajahan Kedah. Sultan Muhiyuddin Mansor Syah kemudiannya memerentahkan ayah saudaranya Tun Saaban (Hang Tuah) yang lebih dikenali sebagai Iskandar Mahkota Alam untuk menangkap Sultan Sulaiman.

Ketibaan tentera Acheh ke Kedah dalam tahun 1619 disebut dalam sejarah Kedah hari ini sebagai Acheh telah datang menyerang Kedah, padahal tujuan mereka adalah untuk menangkap Sultan Sulaiman di atas perintah Raja Besar Benua Siam, Maulana Syah Alam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah yang bersemayam di Kota Palas Pulau Langkawi (lihat UUK ms 17) . Mungkin juga ada pengikut-pengikut Sultan Sulaiman di Kedah yang bertindak balas dengan menyerang tentera Acheh lalu berlakulah peperangan lantas direkodkan sebegitu.

Bagi kami, mereka yang berkuasa pada ketika itu telah menulis sejarah mengikut acuannya sendiri. Baginda Sultan Sulaiman telah dikejar hingga ke Patani, Singgora oleh tentera Acheh, menyembunyikan diri dan dikatakan berkahwin semula. Baginda enggan menyerah diri dan akhirnya dibunuh oleh tentera Acheh yang diketuai oleh Iskandar Mahkota Alam. Ketika tiba di Patani, Mahkota Alam dan tenteranya singgah bersembahyang disatu tempat dimana terdiri nya Masjid Gerisek hari ini lalu dinamakan tempat itu Pintu Gerbang Hang Tuah sempena gelaran Iskandar Mahkota Alam sewaktu baginda menjadi laksemana di Melaka dahulu.



Mengikut TNL Kassim, ketika berdepan dengan Iskandar Mahkota Alam, Tunku Sulaiman diarahkan menyerah diri atau dihukum bunuh atas perentah Sultan Muhiyuddin Mansur Syah. Apabila beliau enggan, Iskandar Mahkota Alam pun berkata dengan nada suara yang keras,"Kau ingat aku ni siapa, aku bapa saudara kau, aku Naa-rai". Kisah Raja Bersiong ini ada di sebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Yang mengedit semula Hikayat Merong Mahawangsa kita tahu siapa (menjadi penaung penulisan sejarah) kerana satu salinan telah diberikan oleh beliau kepada James Low, demi mendapat pengakuan hak keatas negeri Kedah. Bukan itu sahaja, malah baginda juga turut mengedit semula Hikayat Hang Tuah kerana nama ini terlalu terkenal untuk diabaikan oleh masyarakat dizaman itu, nanti kelak ia akan dipersoalkan. Namun dipenghujungnya, Hang Tuah pula dikatakan ghaib.

Tanpa diketahui beliau, satu salinan Hikayat Merong Mahawangsa juga diberikan oleh Syarif Yang Di Pertuan, iaitu salinan yang asli. Tindakan menyerahkan satu salinan yang asli ini menyebabkan bayaran tahunan pajakkan Pulau Pinang kepada beliau telah di tangguhkan buat sementara waktu oleh penjajah Inggeris.

Hari ini kita harus sedar bahawa banyak tulisan sejarah Melayu dizaman dahulu (1800 keatas) adalah propanganda penjajah Inggeris untuk menegakkan ketuanan bangsa Melayu disamping menafikan yang hak dari segi tuntutan agama Islam, musuh lama mereka. Negeri negeri di utara semenanjong seperti Kedah Perlis, Kelantan, Trengganu dan Patani pula begitu kuat Islamnya berbanding negeri-negeri di Selatan semenanjong. Sebab-sebab kekuatan ini terletak dalam manuskrip Undang-Undang Kedah. Agenda Inggeris ini nampak gayanya berjaya dengan penubuhan parti politik dan sebagainya di selatan semenanjung.

Begitulah sedikit sebanyak sejarah kita hari ini, Sejarah Melayu tanpa tarikh kita terima, sementara manuskrip Melayu Undang Undang Kedah, lengkap dengan tarikh yang pasti, kita tolak. Dengan cerdik pandai pelbagai kepakaran yang dilahirkan oleh sebuah negara yang mencapai 50 tahun kemerdekaan, di manakah pendirian kita hari ini?

Bibliografi:

1)Pamaree Surakiat, March 2006. “The Changing Nature Of Conflict Between Burma And Siam As Seen From The Growth And Development Of Burmese States From The 16th To The 19TH Centuries”, Asia Research Instiute, National University of Singapore,.

2)Siti Hawa Hj Salleh (peny.), 1992. "Hikayat Patani". Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3)Hall,D.G.E., 1979. “Sejarah Asia Tenggara”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4)Baru., W,1988. “Patani dalam konteks Dunia Melayu”. Kertaskerja Seminar Dunia Melayu, Alor Setar, 24-25 Januari.

5)Darwis A Sulaiman,1988. “Acheh Dalam Konteks Dunia Melayu”. Kertaskerja Seminar Dunia Melayu, Alor Setar, 24-25 Januari.

6)A Samad Ahmad (peny.), 1986. “Sulalatus Salatin”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7)Buyong bin Adil,1980. “Sejarah Kedah”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

5 comments:

namek said...

Siapakah Wan Mat Saman? Adakah beliau terlibat dengan peristiwa musuh bisik?

cucoq said...

Assalamualaikum,

bila saya baca post ini, baru lah saya teringat pada tahun 2003 dulu ayah saya pernah bawak satu famili p melawat relatives dekat yala dan songkhla, di pertengahan jalan kami singgah sembahyang kat masjid Gerisik atau dikenali sebagai Pintu Gerbang Hang Tuah ni.ayah saya sebut masjid kerisek, tapi saya tak pasti lah yang mana satu, yang saya pasti memang saya penah p masjid yang ada gambarnya dalam posting ni iaitu yang dikatakan pintu gerbang Hang Tuah ni.. sambil ada sedara ayah saya(siam) jugak memang pun bercerita pasai 'lama' nya masjid ni..memang lama sungguh lah..

femili belah ayah saya memang ramai jugak lah relative area2 siam ni. saya tengok dalam buku salasilah keluarga ada la jugak beberapa pages yang memang dekat siam saja. bila saya baca blog ni memang rasa sangat bertuah dan bersyukur sebab dapat tau sejarah sebenar.terima kasih tidak terhingga, teruskan usaha tuan-tuan sekalian, semoga sentiasa mendapat pertolongan dari Nya.Amin.

Wassalam.

Latifsham Ariffin said...

adakah maklumat lebih terperinci salasilah sultan ismail dan nang che yam?

khamal abdul hamid said...

Salam,

Aku baru teringat satu peristiwa tahun 1996 semasa aku berada di cendering, Terengganu... (Pantai Cendering mempunyai lanskap yang sungguh menarik) Seorang tua telah datang kepadaku dan bertanya aku berasal dari mana... aku menjawab Kedah.. dia berkata.. di tempat inilah sultan terengganu ditabalkan oleh sultan kedah... aku blur, biaq pi kat dia la.. sbb tak pernah aku baca pun sultan Kedah tabal sultan terengganu... dia ada sebut nama sultan terengganu tersebut dan nama sultan kedah..tapi tula.. dah lupa.. heheh..

-khamal-

AKU YANG ALPA said...

salam.saya nak bertanya adakah benar apa yang saya dapat maklumat ini.saya mendapat maklumat dr sahabat saya yang mengatakan yang keturunan raja pattani ini masih wujud di malaysia ini dan ada yang masih tinggal dikawasan pedu dan johor.dan lagi pewaris hak keizinan masjid yang berada di pattani itu telah kembali kerahmatulah pada tahun 2004 lalu.dan apa yang diceritakan waris tahta kerajaan pattani melarikan diri diatas dengan panglima yang telah dikabarkan telah dibunuh oleh rakan seperguruan sebaliknya telah membantu waris tahta kerajaan pattani keluar dr kekecohan perebutan kuasa tahta kerajaan pattani pada waktu itu ke daerah kedah.dan beliau juga telah menukarkan nama beliau supaya tidak dikenali org lain.dan apa yang disampaikan pada saya gajah putih milik kerajaan raja pattani masih wujud dan tersimpan dalam kurungan raja siam sekarang dan tidak dipertontonkan pada umum mahupun dikalangan istana.dan panglima perang paatani pula yang dikabarkan kepada saya telah menukarkan nama beliau kepada panglima awang dan berkahwin dengan wanita berasal dr kedah dan mendapat anak dan salah seorang anak itu dikenali tok keramat tidak silap saya.dan saya cuba menjejaki tempat itu iaitu di salah satu daerah dikawasan pedu dan ternyata apa yang sisampaikan itu sama dengan cerita dr sahabat saya.boleh en.pastikan?