Showing posts with label Misteri dan Penerangan semula. Show all posts
Showing posts with label Misteri dan Penerangan semula. Show all posts

Sunday, May 6, 2007

Kisah Pemberontakan Awang Pho dan Panglima Nayan di zaman Bokong Nai Long Mahmud

Oleh naimfirdausi

Di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Syah, penjajah Inggeris menawarkan ganjaran yang lumayan untuk menghapuskan Awang Pho dan Panglima Nayan. Telah menjadi kebiasaan sesiapa pun yang terlibat dengan pemberontakan di Kedah akan dilayan sebagai lanun. Di Pulau Pinang pada 18 Februari 1829 pihak Inggeris pernah secara terang-terangan mengarahkan Pesuruhjaya Polis di Seberang Perai melayan pemberontak Melayu yang menyerang kedudukan Thai di Kedah sebagai lanun.

"...any person residing there who aid or abet the ex-Sultan of Kedah in making an attack on Kedah will be treated as pirates"[1]

(maksud the ex sultan of Kedah ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, yang dibunuh Thai dalam tahun 1821 di Istana Kota Meang Kuang, Bandar Darul Aman Jitra Kedah dan penggantinya Yang di Pertuan Yang Mulia Negeri Kedah, Sultan Madzaffar Syah III)

Pemberontakan Awang Pho dan Panglima Nayan berakhir dengan peristiwa penyembelihan Panglima Nayan dan kepalanya ditayang di Muzium Taiping buat sekian lama. Di sebalik pembunuhan ini turut diberkas ialah ketua pemberontak iaitu Nai Long Mahmud, cucunda Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah. Tengkuk Nai Long Mahmud diikat dengan tali merah dihadap kepada Sultan Abdul Hamid Halim Syah di Berahman Indera (Balai Besar).Dari luar kedengaran riuh beratus-ratus orang tentera Bokong sudah mengepung Balai Besar untuk mengamuk kerana pemimpin mereka diberkas.

Mereka ini terdiri daripada orang-orang Melayu Islam yang bertutur dalam bahasa Siam (bukan bahasa Thai). Ada daripada mereka keturunan anak cucu permaisurinya Sultan Jaafar yang bernama A Nuan dari Kg Titi Akar, Pendang.

Sorak sorai itu kedengaran seperti berikut:

"Nai Mahmud!!
"Nya hai khaa nai Mahmud, Laan pija rau!!!"
(Nai Mahmud, jangan bagi bunuh Nai Mahmud, cucu raja kami!!)


Baginda Sultan menitiskan air mata apabila mengetahui dihadapannya ialah cucunda Sultan Jaafar Madazam Syah yang dibunuh dalam tahun 1876 dahulu. Pada ketika itu bicara Sultan Abdul Hamid Halim Syah bahawa keturunan Nai dilantik menjadi penghulu turun temurun di serata-rata negeri Kedah.

Sultan Abdul Hamid Halim Syah: Ku ampun hai meng dok, ku jok meng pein Nai Mukim Tajar (Beta bagi ampun hang, beta angkat hang jadi penghulu mukim Tajar)

Nai Long Mahmud: Jok thang pei..... turun menurun
(angkat kesemua Nai turun menurun)

Sultan Abdul Hamid Halim Syah: mai phere...
(tidak mengapa)

Suasana keriuhan itu bubar setelah Nai Long Mahmud dibebaskan.
Semenjak peristiwa itu, keturunan Nai dilantik menjadi penghulu seluruh negeri Kedah. Mungkin kita masih ingat pada penghulu Nai Mahmud di Tajar, Nai Ya dan Nai Cau di kampung Nai Teh, Nai Sim di Changlun dan lain-lain lagi...

(Catatan : Perintah ini ditarik balik apabila Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri kerana beliau cucu Rama V, Chula Luang Korn.

--------------------------------------

[1] Alfred P. Rubin, Piracy and Paramountcy, 1974; hal.

Arahan membakar Hikayat Merong Maha Wangsa

Oleh: Naim Firdausi

Pegawai Tertinggi Thai (atau Siam?) di Legor memerintahkan naskah-naskah Hikayat Merong Mahawangsa dibakar habis-habisan kerana terkandung di dalamnya Raja Siam berasal dari Kedah dan negeri Siam juga diasaskan oleh Raja Kedah. James Low mengakui beliau menerima satu manuskrip hikayat itu daripada Sultan Ahmad Tajuddin pada tahun 1821 iaitu tahun serangan musuh ke atas Kedah yang dahsyat dan memusnahkan segala-galanya.

Di Muzium Kedah pula tersimpan naskah asli tulisan tangan Hikayat Merong Maha Wangsa versi R.J. Wilkinson. Manakala yang lain diketahui berada dalam simpanan di beberapa perpustakaan barat seperti di Perpustakaan Bodleian, University Oxford dan dua versi Maxwell di Perpustakaan British Museum, London dan seharusnya satu versi von de Wall berada di Museum Nasional Jakarta.[1] Sejarah pembukaan negeri Benua Siam (nama lain Benua Siam ialah Shari Nuwi/Kota Baru) masih diceritakan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa versi R.J. Wilkinson seperti berikut:

"...maka beberapa dilihat oleh anak Raja akan segala ajaib-ajaib hingga sampai dua ratus hari berjalan itu sambil bermain juga sekalian baharulah bertemu dan berhenti pada tanah yang baik kepada suatu anak sungai airnya lepas ke laut lagipun tanahnya rata orang pun banyak juga maka di situlah sekelian berbuat istana dengan kota parit serta dihimpunkan segala orang yang duduk bertaburan pecah belah itu maka disatukan sekalian maka menjadi negeri besarlah maka dinamai negeri itu Siam Lancang tempat membuat kota istana itu maka datanglah orang berkhabarkan kepada Raja Merong Maha Pudisat" Hikayat Merong Mahawangsa versi R.J. Wilkinson 1889 ms 37


http://www.naim-firdausi.blogspot.com/

Saturday, May 5, 2007

RAJA BERSIONG, BERAHMAN INDERA DAN BALAI NOBAT

Oleh anaianai

Berahman Indera atau lebih dikenali dengan nama Balai Besar dibina dalam tahun 1668 masihi oleh tentera-tentera Maharaja Cina Manchu. Mereka ini didatangkan khas atas perintah Maharaja Cina Dinasti Manchu dan ditempatkan di Pekan Cina berhampiran dengan jeti lama di Alor Setar. Pekerja-pekerja Melayu pula ditempatkan di Pekan Melayu.

Titah perentah untuk membina Berahman Indera ini diberikan oleh Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah Melaka (cop mohor dijumpai baru-baru ini), Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah ketika itu. Bukan itu saja, baginda turut menitahkan pembinaan Balai Nobat dan Istana Kuning. Buku-buku sejarah mengatakan bahawa ia dibina atas arahan Sultan Nai Nal Azilin II, Sultan Kedah pada masa itu. Maklumat ini tidak benar kerana Paduka Seri Sultan Nai Nal Azilin II adalah Paduka Seri Perdana Menteri dan Penghulu Berahman Indera. Sesetengah buku sejarah pula telah menukar nama baginda kepada Zainal Abidin sedangkan Nai dalam bahasa Siam (bukan bahasa Thai) bermaksud 'Syed'.

Sultan Muhiyuddin Mansor Syah dikenali sebagai Boromokot, Sri Tammaraja II, Cau Pija Kersan mengikut rekod pemerintahan Maharaja Benua Islam Ayuthia. Semasa itu, baginda bersemayam di Istana Kota Palas Pulau Langkawi. Jika hari ini Bandar Hilir terletak di Bandar Melaka, Ulu Melaka pula terletak di Pulau Langkawi. Baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh dan merupakan menantu Maharaja Cina. Perkahwinan ini membuahkan dua orang cahayamata iaitu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah dan adindanya Nang Che Puan. Khalifah Syarif, kemudian nanti menggantikan ayahandanya, sementara adindanya, Nang Che Puan dikahwinkan dengan Paduka Seri Sultan Nai Nal Azilin II, Perdana Menteri Kedah.

Nama-nama ini amat penting dalam Sejarah negara kita kerana ia merupakan satu peradaban dan ketamudunan bangsa Melayu dari rumpun Siam. Tahukah anda bahawa pada hari ini Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Pulau langkawi di klasifikasikan sebagai makam Purba? Begitulah sebenarnya yang terjadi kepada sejarah negara kita pada hari ini. Usaha untuk memadamkan sejarah orang Siam Islam dari rumpun Melayu ini masih berjalan secara senyap dibelakang tabir. Makam Nang Che Puan berada di di tepi sungai,pejabat TDC Alor Setar, sedangkan makam suaminya terletak di Makam di Raja Langgar. Ia terletak bersebelahan Balai Bomba, terbiar begitu sahaja. Selagi kita tidak jujur memperkatakan tentang sejarah negara sampai bila-bila masa pun kekusutan sejarah nusantara ini tidak akan terurai.

Semasa pembinaan Berahman Indera sedang berjalan, Raja Kubang Pasu ketika itu bernama Paduka Seri Sultan Sulaiman. Ayahanda Paduka Seri Sultan Sulaiman ialah Paduka Seri Per Abu, Sultan Nara Wanara (Kelantan dan Trengganu) yang berkahwin dengan keturunan Batak dari Sumatera. Tengku Sulaiman telah membunuh seorang demi seorang tentera Cina manchu ini (anggaran 10 orang kesemuanya) lalu memasak dan memakan daging mereka. Tulang-tulang mereka di kumpulkan berhampiran Istana Bukit Tinggi. Setelah di jalankan siasatan diraja, Tengku Sulaiman dipanggil mengadap Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Setelah diadili, Sultan Muhiyuddin Mansor Syah meyebut perkataan “Raja Tui yangkam belot yukbat” bermaksud, Raja Sulaiman derhaka enggan serah kuasa (rujuk Undang Undang Kedah, m.s 24).

Tengku Sulaiman telah melarikan diri ke Singgora (Songkhala, Thailand) yang masih lagi berada dalam wilayah Kedah ketika itu. Baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah memerintahkan Raja Acheh iaitu Mahkota Alam untuk menangkap Tengku Sulaiman. Akhirnya, Tengku Sulaiman memberi tentangan dan baginda dibunuh oleh Mahkota Alam di Singgora.

Untuk maklumat semua Mahkota Alam ialah Raja Acheh dikenali sebagai Hang Tuah di Melaka dan sebagai Narai di Ayuthia. Nama sebenar baginda ialah Tun Saaban. Di Masjid Kerisek di Patani masih lagi terdapat pintu gerbang yang dinamakan Pintu Gerbang Hang Tuah. Ini bermakna baginda ada singgah bersembahyang di masjid tersebut dalam perjalanan bersama tentera baginda untuk menangkap Tunku Sulaiman yang mana hari ini kita kenali sebagai Raja Bersiong. Dalam sejarah Kedah hari ini dikatakan bahawa kedatangan baginda adalah untuk menyerang Kedah, bukan begitu realitinya.

Konsep pemerintahan di Ayuthia ialah seperti jawatan Yang Di Pertuan Agong di Malaysia hari ini dimana ia di lantik dari Paduka Seri Sultan Acheh, Patani, Kedah, Melaka, Borneo, Toung Oo di Myanmar dll. Oleh kerana itu dari 33 Maharaja yang memerintah Ayuthia , hanya 3 sahaja makam terdapat di sana, yang lain tidak diketahui keberadaannya oleh pengkaji sejarah Thailand dan Antarabangsa (atau mereka enggan mendedahkannya?). Sekiranya saudara membaca artikel ini sampai kesini, tembelang Raja Thai (bukan Raja Siam) telah dipecahkan.

Sehingga hari ini keturunan Cina Manchu ini masih lagi ada dan hidup sebagai orang Melayu islam dan tinggal berdekatan Bukit Tinggi Kubang Pasu dan di Alor Cina, Mukim Tualang Kedah.

anaianai


Rujukkan

1)Ibrahim Ismail, “Sejarah Kedah Sepintas lalu”, Universiti Utara Malaysia, 1987.
2)Maryam Salim, “Undang Undang Kedah”, Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005.
3)Dr Othman Mohd Yatim, “Batu Acheh, Early Islamic Gravestones In Peninsular Malaysia”, Department of Museums Malaysia, 1998.
4)Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad, 2006.

APABILA SEJARAH DIPUTARBELITKAN, BEGINI LAH JADINYA.

Oleh anaianai

Saya ingin menarik perhatian saudara/i sekalian mengenai satu artikel yang tertulis dalam satu laman blog. Ini URL nya,
http://www.perak.gov.my/sultan/bahasa/abdul_malik.htm

Ikuti petikan ceritanya disini,

“Sultan Abdul Malik Mansur Shah adalah putera sulung Sultan Ahmaddin Shah. Baginda bersemayam di Bandar Baru. Dalam tahun 1818, Siam memaksa Kedah melanggar Perak kerana Siam berkehendakkan senjata dan alat peperangan untuk menentang serangan Burma. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Sultan Kedah telah menghantar angkatan perang baginda, diketuai oleh Tengku Yaakub (Tengku Akil) serta Bendahara Kedah untuk menawan orang-orang Perak di Bukit Gantang. Orang-orang Perak diketuai oleh Che Alang Idin, tetapi angkatan Perak itu kalah dan Che Alang Idin berundur ke Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.

Orang-orang Perak yang datang dari Bukit Gantang itu telah bersatu dengan angkatan orang-orang Perak di Kota Lama Kiri yang diketuai oleh Panjang Talib bin Seri Maharaja Lela Uda Tahir (To' Janggut). Dengan kebijaksanaan Panjang Talib, peperangan itu berakhir dengan perdamaian. Kemudian Tengku Yaakub berkahwin dengan Hajjah Denah, keluarga Panjang Talib dan Bendahara Kedah berkahwin dengan Wan Fatimah. Sultan Abdul Malik Mansur Shah telah bergelar adik Panjang Talib yang bernama Pandak Usop dengan gelaran "Temenggong Paduka Raja" dan Che Alang Idin bergelar "Panglima Bukit Gantang". Sebelum adik Panjang Talib, iaitu Pandak Usop diberi gelaran tersebut, Panjang Talib telah mengadap Sultan Abdul Malik Mansur Shah kerana memohon maaf di atas perbuatannya memakai gelaran "Temenggong Bendahara Muda ".

Dalam tahun 1821 Siam datang melanggar Kedah, Perak dan Selangor. Perak dipaksa menghantar Bunga Emas ke Siam tiap-tiap tahun. Tidak lama kemudian, Siam membebaskan Perak daripada berbuat demikian kerana membalas jasa Sultan Perak yang menghadiahkan seekor gajah bernama Chapang Pileh.”

Begini penjelasan saya,

Artikel ini sudah pasti mengesahkan terdapatnya seorang hamba Allah yang bernama Alang Idin bergelar Panglima Bukit Gantang. Perihal peperangan pula, bukannya Maharaja Siam Islam yang menyuruh Raja Kota Setar melanggar Perak tapi Raja Thai Buddha yang diketuai oleh tentera Raja Chakri. Perihal meminta bantuan itu betul sebab Siam Islam ingin menawan kembali Ayuthia dengan bantuan Raja kota Setar tetapi Raja Kota Setar enggan membantu. Semasa Thai menyerang Patani pun Raja Kota Setar enggan membantu dengan melambatkan perjalanan mereka kesana.

Seterusnya, kita perlu menetapkan scenario ketika itu terlebih dahulu. Pada ketika itu negeri Perak belum ujud sepenuhnya lagi. Perak Utara berada dibawah jajahan Kedah sementara diselatan ia dibawah Melaka. Negeri Melaka termasuk Johor, Riau Lingga, Selangor dan Pahang. Jika kita lihat pada hari ini pun, orang-orang Melayu Perak seperti di Kamunting, Taiping dan Bukit Merah, bertutur dalam loghat Kedah.

Campurtangan Inggeris menjadi punca utama memecahkan Melaka menjadi negeri-negeri Selat seperti hari ini. Kedah pula termasuk utara Perak iaitu Bruas, Patani hingga ke Ligor, Ayuthia di utara Bangkok tetapi telah ditawan Thai yang beragama Buddha. Negeri-negeri lain ketika itu hanya merupakan daerah dibawah Melaka dan Kedah. Kedua –dua jajahan ini berada dibawah Kerajaan Benua Siam Islam Ayuthia. Selain dari Melaka dan Kedah, Kemboja, Filipina, Toung Oo di Myanmar, Acheh dll adalah sebahagian dari Benua Islam Nagara Kedah, seperti catatan Tom Pires dalam tahun1515,

“The land of Malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China”.

Sebab itulah dulunya raja-raja memberi ufti(maaf, bukan istilah yang betul) dan hadiah-hadiah kepada Maharaja Cina sebab Maharaja Cina Dinasti Ming dan Dinasti Manchu yang beragama islam. Ekspidisi ke 7 pelayaran Laksemana Cheng Ho @ Mohammad Ma Ho yang beragama Islam dulu dan pembantunya Ma Huan (Mohd. Hassan)dengan bala tentera seramai 27,550 orang dan 100 kapal adalah sebagai penjaga, pengawal laut dan darat benua islam dikawasan Nusantara ini.

"Besides being an exploratory and trading fleet, the ships acted as China’s oceanic police force, constantly intervening in the balance of power in Asia. When the ruler of Malacca, between Siam and Java, both of which were gaining power, visited China to swear allegiance to the emperor, the Chinese rewarded him by recognising Malacca as an independent city-state. That checked both Siam and Java and ensured stability.

When the fleet called in at the Sumatran city-state of Semudera, a civil war was in progress. China supported the status quo; Zheng He was attacked by the rebel leader’s forces, angry at this policy. Zheng He captured the rebel leader and took him to China for execution." Attilio Jesus, "THE MING DYNASTY’S FABULOUS TREASURE FLEET,China’s empire of exploration."


Disebelah India pula Empayar Islam dijaga oleh Monggol, ie,Timur Lang, Sultan Akhbar India, hingga ke Russia dll, seterusnya kerajaan Islam Raja Sulaiman di Parsi. Apabila pelayaran untuk mengawal kawasan ini dihentikan oleh Maharaja Cina atas sebab kewangan, datang pula penjajah Inggeris dan Belanda barulah Alaungpaya dari Sukuthai berani menyerang dan menawan Ayuthia dalam tahun 1767. Mereka mencuri dan menggunapakai cop mohor Islam Ayuthia yang diberikan oleh Maharaja Cina kepada Kerajaan Ayuthia Islam terdulu.

".....I suspect that it was a result of a decision by the Chinese leadership to conceal from the imperial court the kind of change of ruling house that had led to such long delays in full recognition after the fall of Ayutthaya. Rama I used the same Chinese surname as Taksin – Zheng (Cheng) with all its echoes both of the eunuch admiral Zheng He (Cheng Ho beragama Islam, sedangkan Rama I beragama Buddha ) and the Ming Loyalist leaders. His descendants continued to use it and maintained active tribute relations with the Qaing until 1855." John E. Wills, Jr, "Great Qing and Its Southern Neighbors, 1760-1820:
Secular Trends and Recovery from Crisis ".
http://www.historycooperative.org/proceedings/interactions/wills.html

Tindakan mencuri dan menggunakan cop mohor Maharaja Siam Islam adalah supaya Rama I yang beragama Buddha tidak diserang oleh Maharaja Cina Manchu yang beragama Islam. Seperkara lagi, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah bukanlah Sultan Kedah ketika itu. Gelaran Paduka Seri Sultan sebelum nama adalah untuk raja-raja daerah. Baginda adalah Raja Kota Setar, bukannya Sultan Kedah. Baginda hanyalah Raja daerah bagi daerah Kota Setar sahaja. Tindakan beliau menyerang Perak adalah diatas kehendak Thai yang mahukan Sultan mengaku ketuanan Thai dan menghantar Bunga Emas kepada kerajaan Buddha Thai, bukannya Siam Islam seperti sebelum ini. Sebelum ini ia ibarat membayar zakat kepada kerajaan Islam Siam di Ayuthia. Ini bermakna baginda telah bersekongkol dengan thai untuk menyerang Perak. Pada ketika itu Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah, Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah masih lagi ada dan bersemayam di Istana Kota Meang Kuang, Jitra Kedah. Baginda tidak merestui serangan kearas Perak ini.

Ini bermakna Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah mengenepikan Maharaja Benua Islam Siam pada ketika itu dan bertindak mengikut arahan Raja Buddha Chakri Rama II, Sukuthai. Sebelum pada itu baginda telah pun pergi ke Bangkok secara senyap dan membuat pakatan dengan Raja Buddha Thai itu untuk menyerang Kedah. Che Alang Idin seperti yang tersebut dalam artikel diatas adalah cucu kepada Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah, Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah. Nama baginda adalah Syed Alang Alauddin dan memang benar baginda bergelar Panglima Bukit Gantang. Baginda merupakan ayahanda kepada Che Long Jaafar, yang kononnya menjumpai bijih timah di Larut. Long Jaafar dihantar oleh ayahanda baginda ke daerah Larut untuk mengutip cukai untuk kerajaan Benua Islam Siam Nagara Kedah disana. Apabila ayahanda baginda mangkat, baginda ditabal di Berahman Indera sebagai Sultan Jaafar Madazam Syah dalam tahun 1862. Baginda melantik anak saudara (bukan anak sendiri) baginda Ngah Ibrahim menggantikan tempat baginda.Istilah cukai ini saya kira kurang tepat kerana ia istilah penjajah dan tidak ada tercatat dalam manuskrip Undang-Undang Kedah.

Dalam serangan peperangan Musuh Bisik tahun 1821, Thai telah menyerang Kedah menggunakan bendera Siam Islam dan menyamar sebagai orang siam islam. Mereka dibenarkan masuk kedalam Kota Kuala Kedah yang mana pada ketika diadakan majlis perkahwinan. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah sememangnya tahu tentang serangan ini dan kononnya berada di Merbok (Sungai Petani) melihat orang menggali terusan pada hal di Kota Kuala Kedah waktu itu berlangsung perkahwinan pembesar negeri Kedah. Thai dengan mudah memasukki Kota dan membunuh rakyat Kedah.

Turut dibunuh Thai ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah dan permaisurinya (Puteri Sultan Langkat), serta membunuh empat dari lima orang puternya. Putera sulung baginda Sultan madzaffar Syah III ketika itu menjadi Raja Kuala Kangsar. Cucu baginda, Syed Alang Alauddin dapat menghalang kemaraan tentera thai di Istana Kota Setar. Apabila tentera Thai berlalu pergi Syed Alang Alauddin sudah tahu petualangnya lalu baginda dengan tentera baginda mengejar Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang melarikan diri ke Pulau Pinang dan kemudian ke Melaka dibawah perlindungan Inggeris. Turut terlibat ialah Tengku Anum yang melarikan diri ke Ligor dan diberi perlindungan oleh Thai.

Sila rujuk, Maryam Salim, “Undang Undang Kedah”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005 berkenaan gelaran Yang di pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah. Gelaran ini turut digunakan dalam perjanjian pajakan Pulau Pinang kepada Inggeris (1798), walaupun waris baginda hari ini menafikan sekeras-kerasnya baginda Khalifah Syarif mewakilkan kepada sesiapa pun untuk menandatangani perjanjian sepenting itu kerana baginda memang tidak pernah bersetuju dengan perjanjian itu.

Dibawah ini saya sertakan salsilah Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah untuk rujukkan semua. Untuk salsilah sepenuhnya sila buka disini,

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/04/empayar-benua-islam-siam-ayuthia-nagara.html

YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA, KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH (KAHA EKATAAT V, MAHADAM MAHAZA) IBNI SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (BOROMOKOT) 1758-1767, MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM AYUTHIA,
NAGARA KEDAH PASAI MA. MAHADAM MAHAZA BERMAKSUD DARAH DARI BERLAINAN RAJA. BAGINDA ADALAH PUTERA SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH DAN IBU BAGINDA ADALAH PUTERI HANG LI PO.
1767-1821, BESEMAYAM DI ISTANA KOTA MENGKUANG, JITRA KEDAH. BAGINDA MEMPUNYAI 5 ORANG PUTERA SEBELUM DIBUNUH THAI DALAM TAHUN MUSUH BISIK 1821. PUTERA-PUTERA BAGINDA IALAH,
A) KOYA LONG @ PUTERA SULONG
B) KOYA NGAH @ MEGAT TERAWIS (korban Musuh Bisik 1821)
C) KOYA SHUIB @ MEGAT SHUIB ( " )
D) KOYA NAI CHAU ABU @ MEGAT MANJA ( " )
E) KOYA FAI @ MEGAT ISKANDAR, PUTERA KAPAS ( " )

YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA SULTAN MAD ZAFFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH @ KOYA LONG (BERGELAR PO CHAN SEMASA MENJADI SULTAN DI CHEMPAKA SARI, KEMBOJA). APABILA KEMBOJA DISERANG TENTERA KAFIR BUDDHA ALAUNGPAYA, BAGINDA KEMBALI BERSEMAYAM DI PULAU LANGKAWI BERSAMA TENTERA DAN PENGIKUTNYA. AYAHANDA BAGINDA KEMUDIANNYA MENABAL BAGINDA SEBAGAI RAJA KUALA KANGSAR DI BERAHMAN INDRA, KOTA SETAR. BERAHMAN INDERA ADALAH NAMA LAMA BAGI BALAI BESAR DI ALOR SETAR HARI INI. BAGINDA BERSEMAYAM DI ISTANA KUALA KANGSAR, PERAK.

DALAM TAHUN MUSUH BISIK 1821, BAGINDA MENGGANTIKAN AYAHANDA BAGINDA DAN DI TABAL DENGAN PENUH ISTIADAT DI BERAHMAN INDERA (BALAI BESAR, ALOR SETAR ) SEBAGAI MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM NAGARA KEDAH(1821-1825). BAGINDA MEMPUNYAI 5 ORANG PUTERA IAITU,

1 - SYED ALANG ALAUDDIN ATAU NAI LANG ATAU PANGLIMA BUKIT GANTANG (MENGGANTIKAN AYAHANDA BAGINDA).

2 - SYED MOHAMMAD HATTA @ NAI TA, BERGELAR SYED AHMAD JAMALULAIL, PENGHULU INDERA SAKTI (PERLIS),
RAJA PERLIS I.

3 – DATUK NAI INDERA JAYA, BALAI BESAR.

4 - SYED ALI BERGELAR TUANKU ALI (RAJA HAJI ALI), SULTAN
RIAU LINGGA.

5 - SYED ISMAIL ATAU NAI LONG ISMAIL, SULTAN MANILA, FILIPINA
(MAKSUD FI LI PI NA IALAH, "ABANG ALI,ABANG BETA" IAITU ABANG KEPADA SYED ISMAIL IAITU SYED ALI MENJADI SULTAN DI RIAU LINGGA).

YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA SYED ALANG ALAUDDIN ATAU PANGLIMA BUKIT GANTANG (1821-1862)MEMPUNYAI 2 ORANG PUTERA IAITU (NAI BERMAKSUD SYED)

1)TUANKU NAI LONG JAAFAR, MENGGANTIKAN AYAHANDA BAGINDA BERGELAR YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA SULTAN JAAFAR MAD AZAM SYAH. DITABAL DI BERAHMAN INDERA BALAI BESAR ALOR SETAR DALAM TAHUN 1862. SEBELUM DITABAL BAGINDA DIKENALI SEBAGAI LONG JAAFAR DI PERAK. BAGINDA MELANTIK ANAK SAUDARANYA, BUKAN ANAK NYA YANG BERNAMA NGAH IBRAHIM MENGGANTIKAN TEMPATNYA.

2)TUANKU NAI LONG ABU TOHA, DITABAL SEBAGAI SULTAN BAGAN SERAI, PULAU PINANG OLEH KEKANDA BAGINDA. BERKAHWIN DENGAN TUNKU DINAI IBNI TUNKU MOHAMMAD CHAN (KERAMAT TOK TEKAI). TUNKU NAI LONG ABU TOHA DIBUNUH OLEH THAI DAN INGGERIS DALAM PEPERANGAN PEMBEBASAN KEDAH DARI GENGGAMAN PENJAJAH INGGERIS DALAM TAHUN 1879. INGGERIS KEMUDIANNYA BERTINDAK MENGGANTIKAN SEMUA RAJA-RAJA DAERAH DENGAN PEGAWAI DAERAH (DISTRICT OFFICER).

YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA SULTAN JAAFAR MAD AZAM SYAH. BAGINDA DIBUNUH INGGERIS DAN THAI DALAM TAHUN 1876 DI GURUN KEDAH. THAI KEMUDIAN MENJAJAH KEDAH DARI TAHUN 1876 -1881. DALAM TAHUN 1881, RAJA BUDDHA CHAKRI V, CHULA LUANG KHON MELANTIK (BUKAN DITABAL) MENANTUNYA SULTAN ABDUL HAMID MENJADI SULTAN KEDAH.


Rujukkan

1) Ibrahim Ismail, “Sejarah Kedah Sepintas lalu”, Universiti Utara Malaysia, 1987.
2) Maryam Salim, “Undang Undang Kedah”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
3) Mohamde Khamouch, "Jewels of Chinese Muslims Heritage", June 2005.

HJ ABDULLAH HJ YASSIN

Tuanku Nai Long Abdullah ibni Tuanku Nai Long Hj Yassin,
Penghulu Mukim Tualang, Kedah.

Seawal usia 5 tahun aku masih ingat Wan (datuk dipanggil Wan sementara nenek,opah dipanggil tok) yang berkerja didalam pejabat dirumahnya di Kg Tualang Kedah. Orang-orang kampung akan berkunjung dan membawa pelbagi masalah mereka dari hal tanah sawah hingga ke bab rumahtangga. Wan tidak tinggi orangnya, berambut, bermisai dan berjanggut putih kerana sudah beruban semenjak muda-muda lagi, selalu berbaju panas pagoda dan bekain pelikat apabila bersantai dirumah. Dari pengamatan aku, dia memang sangat dihormati dikalangan penduduk kampung. Kalau aku datang dari Alor Setar, aku akan singgah di Pekan Langgar, belikan suratkhabar jawi (Utusan Melayu) untuknya. Apabila sampai di kampung dia pasti akan panggil nama aku dari anjung rumah lagi, belum pun sempat aku turun kereta. Kelihatan mimik kegembiraan diwajah yang telah dimamah usia itu.

Kadang kala di adakan majlis kenduri tahlil menyambut sesuatu perayaan agama Islam. Jumlah yang hadir dikalangan penduduk kampung amatlah ramai, dengan balai didirikan didepan rumah, maklum sajalah rumah datuk penghulu. Kami cucu ni, memang dilarang bermain di pejabat Wan, jangan ganggu tok wan berkerja, kata emak. Menjelang tahun 1969, pejabat itu menjadi semak tidak terurus lagi. Kami boleh masuk kedalam pejabat itu sesuka hati dan tok pun tak melarang kami lagi seperti dulu. Tok Wan memang tak laranglah, sebab dia tak pernah marah pun cucu-cucunya.Rupa-rupanya Wan dah pencen, patutlah. Bercakap pasal cucu-cucu wan ni, ramai yang pandai-pandai belajar sampai ke universiti luar negara pun ada, ramai pula tu. Kalau berkerja kampung, murah rezeki sebab hasil sawah padi memang tak habis makan, terutama sekali kawasan Bendang Raja di Titi Haji Idris, tinggalan nenek moyang dulu-dulu.

Pada usia aku 15 tahun, sewaktu cuti sekolah, aku selalu pulang kekampung di Tualang, bermalam dengan Tok Wan dan Tok di kampung.Tiba hampir waktu maghrib, wan akan buka kandang kambing dan mengambil lembunya yang diikat dipadang rumput. Kadang-kadang dia akan bagi lembu minum kicap, supaya mencernakan perot lembunya itu. Aku akan tolong pasangkan pelita geselin kat dapur. Selepas isya wan akan bercerita tentang sejarah Kedah, waktu pemerintahan Jepun dan sebagainya. Suka betul tengok dia berdiri tegak menyanyikan lagu jepun.

Wan mempunyai pengetahuan yang luas tentang salsilah kerabat diraja Kedah ketika itu. Semuanya dia tahu, siapa berkahwin dengan siapa dikalangan kerabat di raja Kedah ada didalam genggamannya. Katanya dia pernah membawa Sultan Kedah sekarang ni, Sultan Abdul Halim pikat burung, tengok sabung ayam dan berjumpa dengan orang-orang kampung semasa muda-muda dahulu. Sultan Badlishah pun selalu berkunjung ke rumah ayahnya di Tajar, Pendang Kedah. Hairan juga aku. Kenapa Sultan Kedah datang berjumpa dengan ayah wan, tok nek Yassin dan abang wan, Penghulu Mahmud di Tajar dulu. Dia turut menceritakan tentang neneknya, Nek Riam @ Nai Riam (hari ini saya ketahui sebagai Datuk Nai Mariam, Permaisuri Sultan Idris, Raja Patani) yang menggorek terusan dan zaman thai menjajah Kedah dulu dimana semua orang kampung hidup dalam ketakutan. Aku jadi terpegun mendengar ceritanya yang telah diperturunkan dari satu generasi kesatu generasi yang lain.

Kaum kerabatnya habis membuang nama dan pangkat, tak bagi orang tau asal usul keturunan, sebab cara thai menggunakan spy dan membunuh satu-satu orang itu termasuklah anak cucunya sekali. Sekarang ni, tambahnya lagi, kita dah merdeka dah, apa perlu ditakutkan lagi. Wan pernah berkata, “dah la depa (mereka) buang kita ni ketepi, harta pesaka kita depa kata depa punya, yang sejarah orang kita hari ini depa pi tukag buat apa”, ujar nya bak keluhan. Aku tak berapa faham rungutannya pada masa itu, mungkin satu hari kelak aku akan faham, insyallah, bisik hati kecil ku.

Wan juga boleh menceritakan keturunannya sebanyak 5 generasi keatas. Yang aku ingat masa tu, dua nama disebutnya iaitu Syed Alang Alauddin dan Long Jaafar. Suatu hari Wan bertanya kepada aku, “Hang ada belajar pasal Long Jaafar disekolah?”, “Ada Wan”, jawap aku dengan penuh yakin. “Dia buat apa?” Mudah je jawapan nih, fikir aku, “Dia jumpa bijih timahlah Wan”. “Lagi?” “Takdak dah kot, Wan. Buku sejarah tak cerita apa lagi dah lepas tu pasal dia”, dia lantas menjawap, “Hang pi belajar lain sejarah tu, tak betul tu”. Aku hairan, lagi pandai rupanya tok wan aku ni.

Dia berkata lagi, “Tok Wan kepada Wan dulu, puak Thai nak bunuh dia, depa tikam dia dengan keris, dengan parang tak lut, tak mati. Lepas tu depa ambik gajah dia pijak baru mati. Nama dia Long Jaafar”. Hebat tok nek aku dizaman dulu ni, bisik hati kecil aku, pijak pun tak mati, tapi betul kecerita ni. Hal ini aku akui kebenaranya 30 tahun kemudian nanti.

Pada suatu Hari Raya Haji aku dengan Wan pergi sembahyang raya di masjid Kg Tualang. Selepas sembahyang raya, Wan panggil aku ikut dia ziarah kubur tok nenek dia. Aku tengok batu-batu nesan tu besar-besar dan pelik rekabentuknya. “Mai sini”, “hang ingat ni, ni kubur Sultan Jaafar, ini bapa dia Syed Alang Alauddin, kubur bertindan, yang ni bapa dia Sultan Madzaffar Syah III dan yang ini Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Ayuthia”. Wan duduk dan membaca doa sambil menitiskan air mata pada 2 pasang nesan yang pelik rekabentuknya. “Ni kubur bapa Wan, tok nek Yasin hang, yang tu mak wan, tok isau (Tengku Isau) dan yang ini abang wan, Penghulu Mahmud”, ujarnya. Aku simpati kepadanya kerana pada usia 70an dia menangis keanak- anakan didepan satu-satunya cucu yang ada bersamanya ketika itu. Entah apa yang difikirkannya

Aku masih ingat lagi semasa aku di tingkatan empat, sekolah aku mengadakan lawatan ke Melaka. Dalam perjalanan kami singgah untuk melihat istana Kuala Kangsar. Tour guide kami dari kerabat diraja Perak membawa kami naik ke tingkat atas, melihat eletrik band kat tingkat atas. Semasa kami menaikki tangga, dia berkata,“Ada terbau wangi tak? Kalau ada, itulah penjaga istana ini. Kalau siapa yang ada terbau wangi tu bagus lah, pasti ada kelebihan”. Aku buat tak tahu je, belum pun sempat habis menaikki tangga sampai ketingkat atas aku terbau wangi sepintas lalu. Lantas aku bertanya kepada rakan disebelah samada dia terbau wangi itu. Dia jawap tidak, begitu juga rakan-rakan lain . Bila dah balik semula ke Kedah aku ceritakan pengalaman aku kat wan. Jawapan dia mudah je, “Tok nek hang dulu, Sultan Madzaffar Syah III bersemayam di istana Kuala Kangsar”. Lagi aku tak faham,tu bukan jawapan yang aku cari ketika itu.

Sebulan sekali Wan akan pergi ke Alor Setar untuk mengambil pencennya sebagai penghulu. Dia akan memakai baju pagoda lengan pendek, berkain pelikat, memakai tali pinggang haji, dan kot hitam.Akhir sekali tidak lupa payong ceti dan bersongkok hitam. Wah, ada stail wan aku ni, macam aristokrat Melayu zaman dulu-dulu.!! Dia tidak menaikki bas tapi keretanya jenis Hillman Minx bernombor K 7287 yang dibeli dari Menteri besar Kedah yang pertama dulu, sekitar tahun 1957, dipandu oleh Long Soda (Syahadah), anak lelaki Wan yang sulong. Duduknya bukan didepan tapi dibelakang dengan tangan kanan diatas. Setelah tamat universiti aku berkerja di KL dan kalau aku balik ke Alor Setar aku akan pergi meziarahi Wan dan Tok di Tualang pada hari khamis, sebab hari itu ada pekan Nat (pasar pagi hingga tengahari). Wan pasti akan bertanya nak makan apa, dan dia akan belikan, tok pulak akan tolong masakan.

Tok pula rajin membuat kerja kampong seperti menanam padi, menjemur padi, melepaskan kambing, memotong getah, bak kata orang tak tau duduk diamlah. Malam dia akan pergi dengar bacaan kitab. Cuma di akhir-akhir hayatnya dia lemah lutut dan tak boleh berjalan lagi. Wan meninggalkan kami sekeluarga sekitar pertengahan Disember 1987, dan tok pula pada bulan jun 2000. Dia meninggal sewaktu mahu mengambil air sembahyang untuk bersembahyang Isya. Aku baru saja pulang ke Alor Setar setelah bercuti panjang. Malam itu aku pun sudah siap mahu kesana, berjumpa dengan wan, malah aku sedang mengunci pintu rumah apabila mendapat panggilan talipon dari Long yang Wan sudah pulang kerahmatullah. Hari ini bila aku tahu segalanya mengenai salsilah mereka berdua, hati aku merasa sedih dan terharu. Rupa-rupanya Wan adalah cucu kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang mati dibunuh Inggeris di Gurun Kedah dalam tahun 1876 dahulu.

Tahun ini masuklah 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Aku tidak harus lagi mendiamkan diri kerana sejarah yang aku terima sebagai wasiat dulu benar-benar berlaku. Ia perlu di riwayatkan semula sebab bagi aku ia satu dosa besar jika sekiranya aku melindungi kebenaran ini, demi memastikan masyarakat kita hari ini tidak buta sejarah, tidak dilenyapkan peradaban dan ketamadunan Melayunya, berbangga menjadi bangsa Melayu, satu bangsa yang dulunya memerintah dari Myanmar hingga ke Timor Leste, Filipina dan Australia di bawah Benua Islam Siam Nagara Kedah seperti kata nenek saudara aku, Datuk Laksemana Hang Tuah, “Takkan Melayu hilang di dunia”.


anaianai

Saturday, April 28, 2007

TUANKU SYED LONG JAAFAR IBNI SYED ALANG ALAUDDIN

PUTERA MAHARAJA BENUA SIAM ISLAM, NAGARA KEDAH PASAI MA

Setiapkali kita membaca artikel mengenai Sejarah Negeri Perak, sudah pasti nama Encik Long Jaafar ini disebut sebagai nama orang yang menjumpai bijih timah di Larut Perak dalam tahun 1848. Kononnya ketika menaikki gajahnya terlekat lumpur yang mengandungi bijih timah pada kaki gajahnya. Agak menarik cerita tahayul bagi menutup sejarah negara, memandangkan bijih timah telah lama menjadi sumber perdagangan jauh lebih awal dari tarikh tersebut misalnya di Kota Beruas dan Kota Lukud.

Mengikut tinjauan saya, pada ketika itu orang kebiasaan tidak mampu membeli dan memelihara seekor gajah sebagai kenderaan. Seekor gajah yang cukup terlatih pada masa itu sangat mahal harganya, mampu mencecah ribuan ringgit seekor, itu belum masuk menggaji orang yang menjaganya lagi. Mampukah seorang kebanyakkan yang belum menjadi Menteri seperti Encik Long Jaafar ini memiliki seekor gajah yang saya kira pada hari ini ibarat memiliki sebuah kereta Rolls Royce?

Jika kita lihat dari aspek sejarah, Perak pada ketika itu adalah dibawah jajahan Kedah, Ia bukan Kedah seperti hari ini tetapi Nagara Kedah Pasai Ma yang diperintah oleh orang-orang Siam Islam. Jajahannya kerajaan ini bukan saja daerah Perak (termasuk Selangor), malah Melaka (termasuk Johor dan Kepulauan Riau),Acheh,Champa Filipina hingga ke Timor Leaste.Sebelum campurtangan Inggeris untuk menubuhkan negeri-negeri Selat, Maharaja Siam Islam Negara Kedah ini masih lagi memerintah di Kedah dan bersemayam di Kota Meng Kuang (Bandar Darul Aman) Jitra Kedah.Akan tetapi dalam sejarah Negara kita hari ini, nama-nama mereka telah diketepikan dan dipadamkan dari sejarah negara.

Mereka ini dipersalahkan kononya pernah menyerang Kedah suatu ketika dahulu.Ini tidak benar kerana serangan keatas Kedah dahulu bukannya dilakukan oleh orang-orang Siam Islam tetapi oleh tentera-tentera Thai yang beragama Buddha. Sebelum itu, maharaja Siam Islam ini memerintah Empayar Ayuthia dan mereka kembali ke Kedah selepas Ayuthia di Bangkok itu di tawan oleh orang-orang Sukuthai (puak thai) dari LannaThai dalam tahun 1767. Hakikat ini jika kita nafikan seolah-olah kita menafikan Kesultanan Melayu Melaka itu sekali. Yang pastinya disini orang-orang siam itu adalah dari rumpun Melayu, bukan dari rumpun Mon Khmer.

Yang dikatakan sebagai Encik Long Jaafar ini adalah anakanda kepada Maharaja Siam Islam ketika itu bernama Syah Alam Yang Maha Mulia Syed Alang Alauddin. Nama ini kurang dikenali namun baginda lebih dikenali melalui gelarannya iaitu Panglima Bukit Gantang.Berbalik kepada Encik Long Jaafar ini, nama sebenar baginda ialah Tengku Syed Long Jaafar (bahasa Siam disebut Nai Long Jaafar).Baginda dilantik oleh ayahanda baginda Syah Alam Yang Maha Mulia Syed Alang Alauddin sebagai Menteri untuk mengawasi pengeluaran bijih timah di Larut. Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862 baginda ditabal di Berahman Indera (sekarang Balai Besar, Alor Setar) bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Jaafar Madzam Syah, Maharaja Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma. Baginda kemudiannya melantik Ngah Ibrahim menggantikan tempat baginda.


Gambar Sultan Jaafar Madazam Syah di Kedah dari rekod keluarganya di Kedah. Baginda bernama Long Jaafar sebelum menaikki takhta Kerajaan Kedah yang mana jajahannya termasuk juga Perak

Gelaran Syah Alam yang Maha Mulia bukan direka-reka tetapi tertulis dalam buku Undang-Undang Kedah yang mula ditulis dalam tahun 220Hijrah (799 Masihi) semasa Sultan Sayyidina Ali wa maulana Sultan Jamal Al Alam Badrul Munir memerintah Acheh. Maksudnya, manuskrip undang-Undang Kedah ini sudah berusia 1208 tahun dan Acheh adalah jajahan Nagara Kedah pada ketika itu.(1)

Baginda Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Jaafar Madzam Syah, Maharaja Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma yang terakhir, telah dibunuh oleh Inggeris dan Thai dengan kejam (dipijak dengan gajah sebagai teknik penghinaan Thai) di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876. Sebelum itu baginda dalam rangka lawatan ke Bujang untuk melihat lapuran bahawa candi-candi sedang di roboh dan ditimbus oleh Inggeris. Baginda murka kerana candi-candi tersebut dibina oleh keturunannya, Raja Merong Mahawangsa sewaktu datang dari Cina untuk menyebarkan syiar Islam. Baginda ditangkap di Bujang oleh tentera-tentera Thai dan di bawa ke Rhu Wat dan disiksa di sana. Tikaman demi tikaman keatas baginda tidak Lut, lantas baginda dibawa pula ke belakang Balai Polis Gurun dan dipijak dengan gajah hingga mati.


Kawasan inilah Sultan Jaafar Mad Azam Syah atau Long Jaafar, Sultan Kedah dibunuh oleh tentera Thai. Flat kakitangan Balai Polis Gurun boleh dilihat dicelah dahan-dahan pokok

Bermula dari tahun 1876-1881, thai dengan izin Inggeris menjajah Kedah dan memusnahkan artifak-artifak sejarah yang berkaitan dengan Maharaja Benua Islam Kedah dengan bantuan persenjataan oleh Inggeris. Pejuang-pejuang Melayu bangkit menentang mereka seperti Tok Janggut di Kelantan, Dato Maharajalela di Perak, Tunku Ibrahim (Penghulu Him) di Sungai Petani dan ramai lagi. Hari ini, makam Sultan Jaafar Mad Azam Syah teletak di Makam Di Raja Siam Islam, Kedah Pasai Ma di Kampung Tualang Kedah, bersebelahan dengan makam ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang. Kubur yang dikatakan kubur Long Jaafar di Perak adalah palsu bagi menutup bukti sejarah.

1 – Kedah bukan jajahan Acheh kerana ayahanda kepada Sultan Jamalul Alam Badrul Munir bernama Merong Mahawangsa memerintah di Kedah bergelar Sultan Madzafar Syah I.

Friday, April 27, 2007

SALASILAH KESULTANAN BENUA ISLAM SIAM KEDAH PASAI MA


Oleh anaianai

MAHARAJA CINA ISLAM
SAI TEE SUNG @ TANG TAI ZUNG

BERMAKSUD RAJA DI KAWASAN YANG TINGGI
TAHUN JAN 23,599 – JULAI 10 649
MEMELUK ISLAM MELALUI SAAD IBN ABI WAQAS,UTUSAN BAGINDA RASULULLAH SAW UTK MENYEBARKAN SYIAR ISLAM. MAHARAJA CHINA SAI TEE SUNG MENGARAHKAN PEMBINAAN MASJID XIAN UNTUK UMAT ISLAM KETIKA ITU.





MASJID XIAN MASIH ADA HINGGA KE HARI INI.

SHEIKH HUANG DI @ LI SHIH MIN @ RUM CHIN SER WONG
BERMAKSUD TUAN YANG MENGAWAL NEGARA PUTERA KEPADA SAI TEE SUNG MENERIMA WATIKAH DARI AYAHNYA MAHARAJA CINA UNTUK MENYEBARKAN SYIAR ISLAM DI NUSANTARA.



MERONG MAHAWANGSA @ WAREN WANG SER
BERGELAR SULTAN MAD ZAFAR SHAH 1. SURAT WATIKAH YANG DINAMAKAN KEDAT DISERAHKAN KEPADA MERONG MAHAWANGSA YANG BELAYAR MELALUI BURMA HINGGA KE YAN. TENTERANYA DIARAHKAN UNTUK MENINJAU GUNONG JERAI DAN MEMASTIKAN WALI AL MUSTAPA, ANAKANDA NABI NUH PERNAH MENETAP DISINI SEBELUM BERLAKU BANJIR BESAR. DI GUNUNG JERAI MEREKA MENJUMPAI SEMULA TINGGALAN ISTANA WALI AL MUSTAPA. MEREKA KEMUDIANNYA MEMBUKA KERAJAAN DI SUNGAI MAS.



SULTAN MAD ZAFAR SHAH II, PODISET SAYYIDINA JAMALUL ALAM BADRUL MUNIR
BERSEMAYAM DI ISTANA BUKIT TIRIK PAGOH,JOHOR
NEGARA SIAM LANCANG KEDAH PASAI MA. PODISET BERMAKSUD LELAKI YANG TERBAIK.



SULTAN ALI RAH SHAH PERLAK,
SULTAN ACHEH - MASYHUR DIBAWAH ANGIN
SAYYIDINA ALI
1 MUHARRAM 225 HIJRAH – BERSAMAAN 840 MASIHI
DI MAKAMKAN DITANJONG INGGERIS, MUKIM LANGGAR,KOTA SETAR
Marco Polo, ahli pengembara bangsa Italy yang termashor itu, dalam pengembaraannya telah mendapati bahwa dari semenjak T.M. 1292 lagi pendudok-pendudok Perlak telah memeluk ugama Islam.



SULTAN HUSSAIN SYAH ALIRAH,
TAHUN 840 – 881 HIJRAH
(see pic of the tomb)





SULTAN SHEIKH ABDUL KADIR,
DI MAKAMKAN DI TANJONG INGGERIS, MUKIM LANGGAR,KOTA SETAR 881 – 903
(see pic of the tomb)

SULTAN MUHAMMAD SYAH I,
TAHUN 903 – 993

SULTAN RIAYAT SHAH,
MANGKAT DI PASAI (tomb in Pasai)
TAHUN 993 - 1094
DI MAKAMKAN DITANJONG INGGERIS, MUKIM LANGGAR,KOTA SETAR

SULTAN ALIUDDIN AL MUZALFAL SHAH
SULTAN PERLAK (tomb in Perlak)
TAHUN 1094 - 1179
(DI MAKAMKAN DI PERLAK INDONESIA)

SULTAN MUADZAM SHAH I
TAHUN 1179 – 1201
DI MAKAMKAN DITANJONG INGGERIS, MUKIM LANGGAR,KOTA SETAR

Seperti yang tercatat didalam Hikayat Merong Mahawangsa,
“Adalah pada suatu masa zaman Sultan Muazzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu waktu hari baginda keluar ke penghadapan...”


SULTAN MUHAMAD SYAH II, TUNKU MUHAMMAD SYAH BERGELAR SULTAN MUHAMMD SYAH YANG ADIL, NARA SUAN AYUTHIA (DULI YG DI PERTUAN AYUTHIA)
TAHUN 1201 – 1300
BERKAHWIN DENGAN PUTERI RAJA PARSI. BELAYAR KE TIMUR TENGAH.DI MAKAMKAN DITANJONG INGGERIS, MUKIM LANGGAR,KOTA SETAR.

Mengenai perpindahan pusat perpindahan ke Ayuthia pula,
“.., while Chinese sources merely state that San Fo Chi became increasingly weak and ceased to send missions”
DGE Hall,A history of South East Asia, Fourth Edition,1981,page 73

SALASILAH EMPAYAR BENUA ISLAM SIAM AYUTHIA, NAGARA KEDAH PASAI MA

Oleh anaianai



SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH
BERPINDAH KE AYUTHIA DAN MEMAKAI GELARANRAMA TIBODI I @ U THONG
BIASA MENETAP DI PARSI DAN CHINA. MENJADI MENANTU MAHARAJA YUAN CHINA, MENUNTUT ILMU AGAMA DI ROM. BAGINDA ADALAH RAJA MANDALIKA SEPERTI TERTULIS PADA BATU BERSURAT DITERENGGANU. BAGINDA MEMBINA MASJID PAPAN DI MANDALAY, MYANMAR SEMASA MEMERINTAH KERAJAAN ISLAM TOUNG OO DISANA. BATU BERSURAT ITU DIBUANG/DISEMBUNYIKAN KEDALAM SUNGAI KERANA THAI INGIN MEMECAHKANNYA DEMI MENUTUP BUKTI KEISLAMAN RANTAU INI SEKITAR TAHUN 1800-1900 DAHULU.TAHUN 1300 – 1369

Mengenai penetapan garis sempadan dianatara orang thai dan orang siam islam (malayu)
“The Yuan History in referring to a mission received from Rama Khamheg (Sukuthai) in 1295, says that the people of Siam (thai) and those of Ma li yu eul had been killing each other for a long time, but the latter had now submitted” DGE Hall,A history of South East Asia, Fourth Edition,1981,page 72.

"Menurut sumber sejarawan Cina, Yuan Shih (1295), orang Melayu disebut Mali-yu-erh, sedang Siam dijuluki Sien. Kedua bangsa itu sudah lama saling berperang. Pada masa itu, utusan Siam yang bernama Kan-mu-ting dari kota Petchburi menghadap Kaisar (Maharaja) Cina. Kaisar memerintahkan Rama Khamhaeng (keturunanAluangphaya,sukuthai) untuk menghentikan perang dengan Melayu. “Oleh karena orang Siam (thai) dan Melayu sering berbunuhan sekian lama, maka kamu hendaklah menunaikan perintah dan berjanji, jangan mengganggu lagi orang-orang Melayu”. Pada 1294 dibangun garis batas Melayu-Siam (bukan siam, tetapi thai) di Petchburi-Ratchburi, berdekatan dengan kota Bangkok sekarang".Dua ratus tahun penjajahan Siam, Majallah Saksi


TUANKU NAZREEN ( @ RAMESUAN ) IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III
1369 – 1395
BERKAHWIN DGN RATU IMAN ACHEH, DIMANA PADA BATU NISANNYA TERTULIS DALAM BAHASA KAWI SEPERTI BERIKUT,
Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat,
tujuh ratus delapan puluh satu tahun,
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,
menarok di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.

(Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh)

BOROMORACHA I
SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH

1370 - 1388

THONG CHAN
TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN @RAMASUAN,

SULTAN GANGGA NEGARA, BERUAS PERAK
AYAHNDA KPD PARAMESWARA MELAKA
1388 – 1395

RAMARATCHA
SULTAN RAHMAN LAKSEMANA
1395 - 1409

INTHARATCHA I
SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD,
RAJA TOUNG OO
1409 – 1424

RAMATIBODI II (Boromoraja II?)
SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA

1424 – 1448
Makam baginda terletak di Kota Seputih, Kubang Pasu Kedah. Ada pendapat yang mengatakan beliau adalah juga Boromoraja II. Dalam "Salasilah 1" dibawah, setelah berbincang dan mebuat rujukkan kami yakin beliaulah Ramatibodi II, (merujuk kepada buku DGE Hall). Pendapat kedua pula mengatakan Muhammad Johan Syah adalah nama Tunku Mohammad Chan, sedangkan nama baginda sultan hanyalah Sultan Rijaluddin sahaja.

BOROMOTAILOKANAT
SULTAN JALIL YAACOB SYAH
1448 – 1491

BOROMORAJA II
TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH
RAJA PASAI
1491 – 1533

RATSADA
1533 - 1547

YOT FA @ KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI
(PERNAH MENJADI RAJA DI TOUNG OO, BURMA). Ayahanda kepada Puteri Nang Che Yam, Raja Patani.
1547 – 1548

KHUN WARAN WANGSA
PUTERA JALIL YAACOB SYAH

SYAHBANDAR KOTA SETAR
1548

CHAKRAPHAT @ PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD
RAJA PASAI

ADINDA KEPADA SULTAN JALIL
1548 – 1569

MAHIN INTA TIRAL
@ TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH III
@BA YIN NAUNG (DI TOUNGU BURMA)
@AISYAH SULTAN BEGUM DI INDIA


DI KAHWINKAN DENGAN


MAHA TAMMARAJA,ZAHIRUDDIN MOHD BAHADUR SHAH @ BABUR MONGGOL
SULTAN AKHBAR INDIA KING NARYN AYUTHIA INDIA, KETURUNAN MONGGOL DARI AYUDHYA INDIA
, menghantar anak saudaranya Sultan Ismail Jammu Kashmir untuk berkahwin dengan Nang Che Yam (anak saudara permaisurinya) Raja Patani.
1498 -1530

NARUESAN @ NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG
RAJA BORNEO

BAGINDA MENYERANG DAN MENGALAHKAN SEBAHAGIAN BURMA(MYANMAR)YANG BELUM MEMELUK ISLAM DEMI MENGUKUHKAN EMPAYAR TOUNG OO SIAM ISLAM. DI THAILAND HARI INI BAGINDA DIANGGAP SEBAGAI WIRA DAN DIFILEMKAN KISAH HIDUP BAGINDA DALAM VERSI THAI.AKAN TETAPI MEREKA TIDAK TAHU DIMANA MAKAM BAGINDA DAN DIKATAKAN HILANG BEGITU SAJA ATAU MENJADI SAMI. BAGINDA SEBENARNYA PULANG KE BORNEO KERANA JAWATAN MAHARAJA SIAM DIGILIRKAN DIANTARA RAJA-RAJA JAJAHAN/KAWASAN SEPERTIMANA JAWATAN YANG DI PERTUAN AGONG DI MALAYSIA HARI INI(DIILHAMKAN DARI KERAJAAN SIAM ISLAM LAH, BUKAN IDEA ASAL TUNKU ABDUL RAHMAN !!!)
1530 – 1605

EKATOTSAROT
TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH

SULTAN RIAU, PAGOH
1605 – 1610


INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA
NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH

(BERKAHWIN DENGAN ANAK PEREMPUAN KHUN WARAN WANGSA)
MEMBINA KOTA BERUAS DI PERAK
1610 - 1628

CHETTHA @ TEH ABU
ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI RIAYAT SHAH
SULTAN RIAU
1628 - 1629

ATTHINAWONG
SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH @ HANG JEBAT

SULTAN RIAU
1629

PRASAT THONG
PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI

1629 – 1655

CIAO FA JAI
TUANKU JAAFAR @ HANG LEKIU

SULTAN SELANGOR
1655- 1656

SRI SUTHAMMARACHA @
SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH
KEKANDA SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA
1656 – 1688


MAKAM ISKANDAR MAHKOTA ALAM DI ACHEH
bergelar NARAI (di Ayuthia) @ LAKSAMANA HANG TUAH (di Melaka sewaktu muda) @ ISKANDAR MAHKOTA ALAM (sebagai pemerentah Acheh selepas tamat jawatan di Ayuthia yang menggelerkan baginda sebagai Narai) . Nama sebenar baginda ialah TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH. BAGINDA ADALAH ADINDA KEDUA SULTAN MAHMUD SYAH MELAKA.
SULTAN ACHEH
1656 – 1688

PRA PETRARAJA @ PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH
@ HANG KASTURI
, ADINDA KETIGA SULTAN MAHMUD SYAH MENJADI SULTAN LEGEH (KELANTAN)
1656 - 1688
ANAKANDA PIR ABU, IAITU TUNKU SULAIMAN (RAJA BERSIONG KEDAH) TELAH MELARIKAN DIRI KE LEGEH KERANA DIDAPATI BERSALAH MEMBUNUH ORANG CINA MUSLIM YANG MEMBINA BALAI BESAR.

SUA @ SULTAN MANSOR SYAH @ HANG LEKIR IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (@PIJA TUK NAKPHA). SALASILAH BAGINDA MEMBAWA KEPADA DYMM
SULTAN PAHANG (GELLANGI) HARI INI.
1703 - 1709


Makam Nang Che Puan di tepi sungai dibiarkan tanpa selenggaraan sebaiknya di tepi Mahkamah lama (Pejabat TDC) berhampiran Balai Bomba Alor Setar.

PHUMINTHARAJA @ NANG CHE PUAN
PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL ADILIN II
1709 - 1733


Sebagai Maharaja Siam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah memerentahkan supaya Balai Besar dibina bersama Istana Kuning dan Menara Balai Nobat, dulunya menara masjid dan mahkamah syariah. Didalam Mahkamah Syariah inilah Tunku Sulaiman (Raja Bersiong) dijatuhkan hukuman kerana membunuh dan memakan tentera China Manchu Islam yang membina Balai Besar atau dulunya di panggil Berahman Indera.


Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Pulau langkawi di kategorikan sebagai makam purba walaupun nama baginda ada tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah sebagai bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi. Makam ini disembunyikan dengan cara di timbuskan dengan tanah bagi menghalang ia di musnahkan oleh tentera Burma yang menyerang Pulau langkawi suatu ketika dahulu. Tentera Burma turut membakar hangus Kota Palas tempat baginda bersemayam.

BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN @ SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH
(TURUT DIKENALI SEBAGAI SRI SU TAMMARAJA II)
1733 – 1758
BERSEMAYAM DI KOTA PALAS LANGKAWI, MAKAM BAGINDA SULTAN TERLETAK DI ULU MELAKA, LANGKAWI. MAKAM TERSEBUT DIKATAKAN MAKAM PURBA OLEH PERSATUAN SEJARAH KEDAH. MEMBINA BERAHMAN INDERA,ISTANA KUNING DAN BALAI NOBAT.BANDAR HILIR TERLETAK DI MELAKA SEMENTARA ULU MELAKA TERLETAK DI PULAU LANGKAWI. BAGINDA BERKAHWIN DGN PUTERI HANG LI PO.

UTHUMPON @
SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL,

SULTAN PAHANG
1758 -1765


Makam Syah Alam Yang Maha Mulia, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Nagara Kedah di Makam Di Raja Siam Islam, Kampung Tualang Kedah. Perhatikan persamaan rekabentuk batu nisan Acheh dengan batu nisan di makam ayahanda baginda di Pulau Langkawi (gambar atas). Nama baginda tidak ada dalam salasilah raja-raja Kedah dan tidak sepatutnya ada kerana baginda bukannya Paduka Seri Sultan, Raja daerah tetapi bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia.

SYAH ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH IBNI SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH.BERGELAR KAHA EKATAAT(YG KAHAR[ALLAH] KAMI TAAT)DI AYUTHIA. Disebut didalam buku Undanu-Undang Kedah sebagai Sharif Yang Di Pertuan
1758-1767-1821
MAHA TAMMARAJA II

“Siamese King Chau Pija Si Thammarat, Sultan Sarib Shah Monggol, Siamese King, render of Islamic Emperor Pasai Siam which is in Siamese language known as Cau Pija Si Thammarat, Sultan Sarib Shah Monggol, Hereditary from Raja Siam of Dynasty Pija Maha Zin Tadhu Toung Oo Siam and Raja Ayu The Ya India, Sultan Bahador Shah Monggol, Son in law of Raja Siam Toung Oo Siam”. The Islamic Siamese King started from 1350 - 1767. -PROF DGE HALL, “A HISTORY OF SOUTH EAST ASIA”, 1955, London Mc Millian & Co Ltd, as reviewed by Datuk Ismail Salleh, Sejarawan Kedah


BAGINDA BERPINDAH KE KEDAH DAN MENETAP DI ISTANA KOTA MEANG KUANG,BANDAR DARUL AMAN JITRA KEDAH SETELAH DI AYUTHIA DITAWAN THAI DALAM TAHUN 1767. BAGINDA CUBA MENGATUR SERANGAN KEMBALI, TETAPI RAJA DAERAH KOTA SETAR PULA MAHUKAN KUASA LALU BERSUBAHAT DENGAN KAFIR THAI. AKHIRNYA BAGINDA DIBUNUH TENTERA THAI DALAM
TAHUN MUSUH BISIK 1821 BERSAMA 4 ORANG PUTERA BAGINDA.


SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG

PERNAH MENJADI SULTAN DI CEMPAKASARI KEMBOJA, 1758, BERGELAR PO CHUN,KEMBALI KEDAH
DAN MENJADI RAJA DAERAH DI KUALA KANGSAR SEBELUM MENGGANTIKAN AYAHANDA BAGINDA.DITABAL DI BERAHMAN INDERA (BALAI BESAR)ALOR SETAR,1821-1824

SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SYED ALANG ALAUDDIN ATAU PANGLIMA BUKIT GANTANG

BERSEMAYAM DI ISTANA KUNING, ALOR SETAR. MANGKAT TAHUN 1824-1862.
ANTARA ADINDA BAGINDA IALAH PADUKA SERI TUANKU SYED MOHAMMAD HATTA MOHAMMAD RAJA INDERA SAKTI(PERLIS), DATUK NAI INDERA JAYA, PADUKA SERI SULTAN ALI(TUANKU SYED LONG ENA)RAJA RIAU LINGGA, PADUKA SERI TUANKU SYED LONG ISMAIL, RAJA FILIPINA.


Sultan Jaafar Mad Azam Syah atau lebih di kenali sebagai Long Jaafar.

Teknik pembunuhan dengan cara dipijak dengan gajah telah dilaksanakan oleh tentera thai dan Sultan Abdul Hamid.
SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN JAAFAR MADZAM SYAH @ TUANKU SYED LONG JAAFAR
1862-1876
TUNKU LONG JAAFAR IBNI SYED ALANG ALAUDDIN, MELANTIK NGAH IBRAHIM MENJADI MENTERI DILARUT MENGGANTIKAN TEMPAT BAGINDA. ADINDA BAGINDA PADUKA SERI SULTAN TUNKU ABU TOHA MENJADI RAJA BAGAN SERAI PERAK DAN DIBUNUH INGGERIS DALAM TAHUN 1876. ADINDA BAGINDA DIGELAR KERAMAT TOK PERANG. BAGINDA SYAH ALAM YANG MAHA MULIA SULTAN JAAFAR TELAH DIBUNUH PENJAJAH INGGERIS DAN THAI DALAM TAHUN 1876 DI GURUN DAN BERMULALAH PENJAJAHAN KEDAH OLEH THAI SELAMA 5 TAHUN DARI 1876-1891.

SEBAGAI RAKYAT BIASA DI NEGERI KEDAH

PIHAK THAI TELAH MERAMPAS HARTA PENINGGALAN YANG ADA SEPERTI PERALATAN ISTANA, BUKTI-BUKTI BERTULIS DAN MEROBOHKAN 15 ISTANA MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM SEPANJANG 5 TAHUN MENJAJAH KEDAH. RAKYAT KEDAH HIDUP DALAM KETAKUTAN,PANGKAT DAN NAMA DI BUANG.SEKIRANYA DITANGKAP THAI PASTI DIHUKUM BUNUH.


TUANKU NAI LONG HJ YASSIN IBNI TUANKU NAI LONG JAAFAR
MENGURUSKAN PERNIAGAAN TERNAKAN DI KAMPONG DGN IDENTITINYA DISEMBUNYIKAN


TUANKU NAI LONG HJ MAHMUD IBNI TUANKU NAI LONG HJ YASSIN
BERSAHABAT BAIK DENGAN SULTAN BADLISHAH SEJAK KECIL KERANA DISISIHKAN OLEH SULTAN ABDUL HAMID KE KAMPONG TITI HAJI IDRIS. TUANKU NAI LONG HAJI MAHMUD BERANI BERSEMUKA DENGAN SULTAN ABDUL HAMID, SULTAN KEDAH YANG JUGA MENANTU CHU LA LONGKORN, DAN MEMPERKENALKAN DIRINYA SEBAGAI CUCU KEPADA TUANKU NAI LONG JAAFAR, WALAUPUN PARANG DILETAKKAN DILEHERNYA. SULTAN ABDUL HAMID KESAL DAN MELANTIK TUANKU NAI LONG HJ MAHMUD MENJADI KETUA PENGHULU NEGERI KEDAH. PERLANTIKKAN DITARIK BALIK APABILA T.A.R. MENJADI PERDANA MENTERI.

TUANKU NAI LONG HJ AHMAD IBNI TUANKU NAI LONG HJ MAHMUD
MENJADI PENGHULU MUKIM TAJAR


WARIS MUTLAK KETURUNAN MAHARAJA SIAM NAGARA KEDAH TERAKHIR

TUANKU HAJI NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD
AHLI PERNIAGAAN DAN PESARA

USAHA INI adalah UNTUK MENYATAKAN KEBENARAN DAN HAKIKAT SEBENAR BANGSA SIAM DARI RUMPUN MELAYU. DI THAILAND HARI INI KING CHAKRI BHUMIPHOL ADULYADEJ ADALAH RAJA THAI, BUKAN RAJA SIAM. KITA BANGSA MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG HEBAT DAN MEGAH WALAUPUN KITA PERNAH DIJAJAH DAN DITINDAS OLEH PENJAJAH INGGERIS DAN PENJAJAH THAI DAN DILABEL SEBAGAI MALAS DSBNYA. INILAH PERMATA YANG HILANG YANG PATUT KITA CARI SEMPENA 50 TAHUN KEMERDEKAAN, SALAM HORMAT.

TARIKH-TARIKH PEMERENTAHAN RAJA BESAR BENUA SIAM YANG TERDAPAT DISINI HANYALAH ANDAIAN SAHAJA KERANA DARI RUJUKAN YANG KAMI BUAT TERDAPAT PELBAGAI ANDAIAN TARIKH PEMERENTAHAN RAJA-RAJA DENGAN SEDIKIT PERBEZAAN ANTARA SATU SAMA LAIN.

Thursday, April 26, 2007

SEJARAH NAGARA KEDAH - Bahagian I

Orang Melayu Keturunan Siam

Oleh : anaianai

Di Malaysia hari ini, masyarakat Siam dianggap sebagai berasal dari Thailand. Mereka juga dilihat sebagai beragama Buddha dan mengamalkan budaya dan cara hidup orang orang Melayu tempatan. Dari aspek sejarah pula, orang-orang siam ini dianggap sebagai penjajah yang pernah menakluki negeri-negeri melayu disatu ketika dahulu. Asal-usul mereka dikatakan bermula dari Luang Phrabang dari puak Sukuthai. Maklumat-makumat ini mempunyai asas akan tetapi ia menceritakan tentang orang-orang thai, bukan orang-orang siam.

Pada hari ini orang Siam banyak terdapat di Kedah, Perlis dan Kelantan. Mereka beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Siam selain berbahasa Melayu, sepertimana di Selangor dimana orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Jawa. Telah menjadi lumrah dan kebiasaan di Kedah untuk orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Siam sewaktu keramaian seperti kenduri, qurban dsbya. Bertutur dalam bahasa Siam tidak membuat mereka kurang kemelayuannya, seperti juga orang Jawa di Selangor.

Terdapat tiga perkara yang ingin saya kemukakan kepada pembaca sekalian iaitu,
Tahukah anda,
- bahasa siam tidak sama dengan bahasa thai?
- bahawa nama-nama tempat di Malaysia mempunyai makna dalam bahasa Siam?
- raja-raja kita mengamalkan adat siam?

Pengkajian saya mendapati bahawa orang siam ini lebih kepada rumpun Melayu walaupun selama ini mereka di letakkan dibawah rumpun Mon khmer, sama dengan orang-orang Thai, orang Kambodia, orang Burma, orang Laos dsbnya. Agak menghairankan pula apabila orang Melayu Islam di Kambodia dikenali sebagai orang Melayu Champa, sedangkan mereka ini adalah juga dari keturunan Siam islam. Orang Melayu tidak boleh dikategorikan sebagai berada di Malaysia sahaja kerana pada zaman dahulu, Malaysia tidak ujud begitu juga sempadan yang ada sekarang dan bangsa melayu dari pelbagai keturunan bebas bergerak melalu perdagangan kerana melayu adalah ‘sea fairing nations’.

Seterusnya, banyak maklumat mengenai Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri adalah diperintah oleh raja-raja Siam Islam, yang merupakan rumpun Melayu. Sekiranya kita menolak orang-orang Siam dari rumpun Melayu, bermakna kita menolak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka juga. Selain itu adat orang Siam dalam kehidupan seharian masih lagi digunakan masyarakat melayu Malaysia hari ini seperti membasuh kaki sebelum tidor, hantar sirih pinang sewaktu meminang, pakaian kuning untuk raja-raja adalah juga merupakan adat siam.

Pemerintahan raja berpelembagaan seperti diamalkan di Malaysia dimana raja-raja negeri bergilir menjadi Yang Di Pertuan Agong, bukan lah perkara baru. Ia telah diamalkan di Kerajaan Benua Islam Siam, Dinasti Ayuthia semenjak tahun 1350 lagi. Oleh itu dari 33 orang raja yang memerintah Ayuthia, hanya 3 sahaja makam raja yang terdapat di Ayuthia, Thailand hari ini. Mana perginya makam 30 orang raja-raja yang memerintah Ayuthia dahulu? Jawapannya mudah sahaja, makam mereka berada di nusantara kerana mereka memerintah Ayuthia dari kawasan masing-masing seperti Melaka, Pattani, Acheh, dll.

Negara Thailand hari ini asalnya adalah negara siam islam. Mereka adalah puak kafir tantera sukuthai yang menawan Ayuthia siam islam dalam tahun 1767. Mereka kemudian memperkenalkan "Dasar Rathinayok" untuk meng thai kan bangsa siam islam.Pada masa inilah, ramai orang-orang Melayu Siam di Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh atas alasan menentang dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka dan menantu Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan di Kedah turut menguatkuasakan arahan ini.

Penulisan Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud dalam Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 membuktikan segalanya,

"Pibul telah mengubal Dasar Siam Rathaniyom atau dasar adat resam Siam(bermaksud thai disini). Di bawah dasar ini, kesemua penduduk di negara itu tanpa mengira kaum dan agama dikehendaki memakai pakaian potongan Eropah, bertopi, makan dengan sudu dan menggunakan meja sebagai tempat makan. Bagi memastikan dasar itu berjaya, Pibul Songgram terlebih dahulu telah bertindak menghapuskan penentang-penentangnya yang dianggap boleh menggagalkan rancangannya. Operasi menangkap musuh-musuh politiknya telah dijalankan pada awal Januari 1940 atas alasan untuk membersihkan anasir-anasir yang terlibat dalam komplot untuk menggulingnya. Antara mereka yang ditahan termasuklah Putera Chainat, bapa saudara Raja Ananda Mahidol, Kolonel Phraya Song dan Leftenan-Jeneral Phraya Thephusdin. Pibul memulakan rancangannya dengan mengumumkan tujuh dikri atau arahan bersifat perundangan dalam tahun 1939. Ketujuh-tujuh dikri itu adalah mengenai cara untuk menanamkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat negara itu. Sejajar dengan semangat itu nama negara itu telah ditukar daripada "Siam" kepada Thailand ".

Seperkara yang tidak disebut diatas ialah mengenai penggunaan bahasa. Bahasa Siam tidak lagi boleh dituturkan. Hanya bahasa thai saja boleh digunakan di Thailand, diajar di sekolah-sekolah dan pada hari ini bahasa siam tidak lagi digunakan, malah pupus di Patani pun. Ini tidak berlaku di negeri Kedah, Kelantan dan Perlis.

Dibawah ini saya bentangkan beberapa contoh perkataan untuk makluman pembaca semua:-

MELAYU -SIAM -THAI

Kasut -kasut -keak
Masalah -susah -lam bak
Air kopi - nam kopi -nam cha
Jambam - jaman -suam
Datuk - tok wan -na
Pelita - peta -telat
Salah - salah -jot
Kereta - kayta -rot

Seterusnya pula kita lihat makna-makna yang lain yang berkaitan,

NAMA- MAKSUD (bukan makna)
Merong Maha Wangsa-Naga Pembesar bangsaHarimau
Jit ra- henti rehat
Pen dang- senapang bunyi
Sik- empat
Na mi - muka beruang
Chang loon-gajah jatuh (gajah duduk)
Gu run - gerun, ngeri
Ta jar-Pengkalan gergasi
Kok bah-pulau gila
Kok diang - pulau merah
Che nang - nama puteri
A rau - kami
Per lis-bedak
Kang gar - betis patah
To biar - heboh maklumkan
Kam par- langkah hutan
Be ruas - puak kaya
Leng gong- turun duit
Gang ga -persisiran perniagaan
Kang sar - tepi harimau/tentera/laksamana
Ban ting -Kampung Cik
Jug ra - pindah/berangkat
Lukut - lombong bijih
Te reh (di Muar, Johor) - Istana Lama(Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir)
Se rem ban - beli rumah kampong
Se lan gor - teduhan tumbuhan/pokok hutan
Mu ar - topi/mahkota raja siam
Si ga pu ra - empat laksemana taring bertempat, empat laksemana yg garang
ini ialah,
1-Sultan Nai Hisbu Muadzam Syah, Song Tham Ayuthia.
2-Putra Santubong, Sultan Hassan, Raja Borneo.
3-Putra Rhiau, Sultan Pagoh,Shaari Riayat Syah Johor.
4-Putra penggiran, Sultan mustapha Kecil Bongsu, Sultan Berunai

Hang Tu ah - Laksemana berani (jadi) ketua
Hang Je bat - Laksemana rajin puasa
Hang Le Kir - Laksemana jadi terkenal/masyhur
Hang Le Kiau - Laksemana yang bertaring/garang
Hang Kas tu ri - Laksemana jaga ehwal perkapalan
Nu san ta ra - tunas pendek tunggu merebak((syiar islam)
Sa kai - rasa miang
Ma la ka - mari lah niaga
Ma la yu - mari lah duduk
Ma ni la - mari lah sini
Ke dah - surat kuasa
Mi nang ka bau - kaya(anak)perempuan ringan kerja
Rem bau - rumah pekerja
U lu lan gat - masyhur ikat tambatan kapal/perahu
A yu thia - tempat semayam raja
Raja Man da li ka - raja kami baik terkenal niaga
Se ri Lang ka - Laksemana itu, cucu beta.
(Titah Sultan Zahiruddin Babur Syah kepada rakyatnya, perihal cucunya Sultan Mahmud Syah yang pernah bersemayam di Pulau Sri Langka).
Fi li fi na - Abang Ali, Abang Beta.
(Berkata Tuanku Nai Long Ismail,Raja Filipina berkenaan abang nya Tuanku Nai Long Ena yang menjadi Raja Riau Lingga bergelar Paduka Seri Sultan Ali. Mereka berdua adalah anakanda Sultan Mad Zaffar Syah III, yang menjadi Raja Kuala Kangsar).



bersambung…..

SEJARAH NAGARA KEDAH - Bahagian II

Orang Melayu Keturunan Siam

Oleh anaianai

Dari mana pula kita hendak memastikan bahawa raja-raja kita mengamalkan adat siam sedangkan selama ini pembaca termasuk saya sebelum pada ini tidak mengetahui perkara ini. Untuk itu kita perlu melihat sebuah manuskrip lama yang di bukukan bertajuk Undang-Undang Kedah, terjemahan Maryam Salim, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,2005. Ia merupakan sebuah teks penulisan jawi perlembagaan Nagara Kedah dahulu (bukan negeri Kedah yang kecil seperti hari ni). Manuskrip ini baru dipulangkan oleh Inggeris sekitar tahun 2003/2004 setelah dirampas di Kota Beruas sewaktu mereka menyerang dan membakar istana raja siam islam disana. Inilah sikap penjajah yang cuba menutup kebesaran dan kemaraan agama islam di nusantara ketika itu. Manuskrip ini ditulis berperingkat-peringkat dan pada penghujung manuskrip di tulis seperti berikut,

“Tamat al kalam bilkhair wassalam, hijratun nabi sallah alaihi wasalam,dua ratus dua puluh tahun, pada bulan Rabiulawal, pada hari Selasa, zaman Sayyidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir duduk diatas takhta kerajaan di negeri Acheh Darussalam yang mashyur dibawah angin…….”

Sekiranya manuskrip ini telah mula ditulis sejak tahun 220 hijrah (800 M) lagi, ini bermakna Acheh ketika itu sudah mempunyai raja yang beragama islam bernama Sayyidina Ali. Ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, bersemayam di Bukit Tereh, Muar Johor. Sultan Sayyidina Jamalul Alam ini pula ialah anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa yang berkerajaan di Kuala Muda, Merbok Kedah. Istana Merong Mahawangsa terletak di Bukit Choras, Kulim Kedah (dikatakan sebagai kuil hindu). Permaisuri Merong Mahawangsa, Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri (keturunan Bani Hasyim) digelar Tok Soh. Makam dan Kg Tok Soh masih ada hingga kini.

Seperkara lagi ialah, jika manuskrip ini memperkatakan tentang undang-undang Kedah, mengapa pula ia ditulis di Acheh. Berdasarkan kepada salsilah diatas (cucu,anak dan datuk) membuktikan jajahan Nagara Kedah Islam ketika itu sedang membesar dan ia termasuk juga Acheh, semenanjung tanah melayu (disebut Melaka) dan Ligor.

“Hikayat Merong Maha Wangsa and The History of Kedah or Kedah Annals described Langkasuka as covering the Isthmus (se genting ke ra) from sea to sea, from the port of Pattani to Kedah, with Gunung Jerai as the centre of the kingdom.” :
Zulkifli Mohamad, “Evanescent Kingdoms, Everlasting Spirit,Seeking Langkasuka”,ms6.


Inggeris sewaktu menjajah negara kita, telah cuba menghilangkan bukti sejarah dengan membina loji air di dua kawasan ini iaitu di Bukit Choras dan Bukit Tereh sekaligus memusnahkan tinggalan istana disitu. Saki-baki tinggalan kota istana masih lagi terdapat di dua bukit ini. Malangnya, sejarah kita dah pun tertulis seperti yang kita ketahui hari ini, berversi barat. Manuskrip Undang-Undang Kedah ini samada kita setuju atau tidak membuktikan islam telah sampai ke Semenanjong Tanah Melayu dan Acheh (dalam Nagara Kedah) jauh lebih awal dari Melaka.

Petikan seterusnya,

“Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”.(ms 36)
Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut.

Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor,
“Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri. Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam.”


Mengikut manuskrip ini lagi, Maharaja Siam ini disebut Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia (diikuti nama mereka), sementara raja-raja daerah disebut Paduka Seri Sultan (diikuti nama mereka). Ini jelas kekal sehingga kehari ini.

“ Pada tarikh seribu enam puluh tahun, tahun Zai, pada tujuh belas hari bulan Jamadilakhir, hari jumaat, bahawa pada ketika itu maka adalah dititah Syah Alam yang Maha Mulia terjunjung keatas jemala paduka raja suruh salin ambil taruh undang-undang perbuatan Datuk Besar di Hulu alaihi rahmatullah supaya sudahlah tahu hukum sedikit-sedikit”, m.s.1.

Lagi bukti berkenaan Paduka Seri Sultan yang menjadi menteri,

"Maka adat ini daripada raja-raja duhulu sampai pada Marhum Naga turun pada Datuk Besar , turun pada Datuk Seri Tuan Tuha, turun kepada Datuk Maharaja Encik Yusuf dikurnia Paduka Marhum Kimbang akan Datuk Maharaja segala adat ini dan suatu dikurniai kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Tamat/" (m.s 40)

Marhum Naga ialah Almarhum Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah III. Dalam sejarah Thailand baginda dikenali sebagai Rama Tibodi II. Di Melaka, baginda bergelar Parameswara Melaka (1424-1448).

Ayahanda baginda, Tunku Mohammad Chan memakai gelaran Sultan Mohammad Johan Syah III dan bergelar Tok Temong di Beruas (Perak). Baginda pernah menjadi Raja Kota Beruas
(1388 - 1395). Sejarah Kedah ditulis dengan nama Sultan Rijaluddin Muhammad Syah sebagai satu nama sedangkan nama Muhammad Syah adalah nama ayahanda baginda !!

Seterusnya ayat, '...Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit', membuktikan bahawa Perdana Menteri Kedah menetap di Anak Bukit dan bergelar Datuk Seri Bongsu. Gelaran ini diberikan kerana Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin yang berkahwin dengan adinda bongsu Syarif Yang Di Pertuan. Pada hari ini, Istana di anak bukit adalah tempat bersemayamnya Sultan Negeri Kedah.

(Jika anak cucu Perdana Menteri kepada Maharaja menjadi Sultan Kedah, kemana perginya pulak keturunan Maharaja Siam (Syarif Yang Di Pertuan) Islam pada hari ini?)

Seterusnya,

“Hijrat Al Nabi sallallahu alaihi wasallam pada seribu tujuh puluh delapan tahun, tahun Dal, pada bulan / Rabbiulawal, hari Isnin, zaman hidirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang”. ms 17.

Datuk besar di hulu ialah memanda menteri yang menjadi paduka raja kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, Maharaja Benua Islam Siam yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi.

“Itulah asal nakhoda dalam negeri Melaka dengan titah Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia, ialah mengatakam segala hukum itu tatkala pada zaman negeri Melaka.”(ms98)

Di muka surat yang sama,

“Bermula disuruhnya titah Duli Yang Di pertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di negeri Melaka pada Hijrah Nabi sallahahu alaihi wasalam seribu enam puluh tujuh.”

Kita lihat pula perjanjian Raja Pulau Pinang Paduka Seri Sultan Abdullah, dengan Inggeris pada kali pertama dalam tahun1786 yang mana baginda tidak dibayar satu sen pun oleh Inggeris. Paduka Seri Sultan menyerang Inggeris dalan tahun 1791 tetapi tewas. Inggeris enggan membuat bayaran kerana mereka tahu Paduka Seri Sultan Abdullah tidak ada kuasa untuk mewakili Pulau Pinang, setakat raja daerah sahaja, bergelar Paduka Seri Sultan. Perjanjian kedua pada 20 April 1791 terpaksa dibuat kerana Inggeris telah pun mendudukki Pulau Pinang semenjak 11 Ogos 1786. Perjanjian kali kedua (1) ini mempunyai 9 syarat, dimana 3 syarat membuktikan kewujudan Maharaja Besar Benua Siam iaitu,

Fasal kedua, menyebut,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah bersetuju tidak akan menghalang atau mengenakan cukai keatas apa-apa bekalan yang dibeli di Kedah bagi keperluan Pulau Pinang dan kapal-kapal Syarikat Hindia Timur.

Fasal kelima,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah tidak akan membenarkan mana-mana kuasa Eropah yang lain mendudukki mana-mana tempat di Kedah.

Fasal kesembilan,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah tidak akan membekalkan apa-apa barangan keperluan kepada mereka yang bermusuh dengan Syarikat hindia Timur.

Berdasarkan kepada beberapa contoh yang diberikan diatas, pengkaji dan persatuan sejarah tempatan tidak seharusnya menafikan kewujudan Maharaja Benua Islam Siam ini. Mereka juga tidak sepatutnya berdolak dalih lagi. Jangan sekali-kali menggunakan perkataan titah dan Syah Alam Yang Maha Mulia kepada Paduka Seri mana-mana raja daerah yang memerintah ketika itu kerana adalagi kuasa yang lebih besar yang mereka bernaung dibawahnya.

Baginda Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Nagara Kedah, Maharaja Besar Siam, Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak mendapat apa-apa bayaran kerana fasal satu mengatakan Syarikat Hindia Timur akan membayar 6 ribu ringgit Sepanyol kepada Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang. Perjanjian ini pula dimansuhkan dalam tahun 1800. Pada tahun 1821(tahun musuh bisik), Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Permaisuri baginda Puteri Sultan Langkat Pasai dan 4 orang putera baginda telah dibunuh tentera Buddha thai, Raja Rama Chakri I di istana Kota Meang Kuang, Bandar Darul Aman, Jitra Kedah.

PS : Maklumat terbaru mengatakan bahawa Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak pernah menandatangani perjanjian dengan Inggeris atau mewakilkan sesiapa pun untuk pergi menendatangani perjanjian itu. Nampak gayanya macam ada konspirasi antara Paduka Seri Sultan Abdullah dengan Inggeris.



(1) Ibrahim Ismail, “Sejarah Kedah Sepintas lalu”, Universiti Utara Malaysia, 1987, ms63,64.

Monday, April 23, 2007

MASIH ADA YANG INGAT SEJARAH BANGSA

Oleh : Pak long Soda

Uploaded by anaianai , dalam loghat Kedah.

Anak saya tlipon saya dari kolumpo suruh baca satu cerita dalam internet, pasai “50 tahun medeka tapi buta sejarah bangsa”, dia kata saya mesti tau, mesti minat, sebab abah dok crita kat kami dulu-dulu…pas tukah… saya pun pesan orang muda kot kampung ni suruh p baca sat aih bawak mai kat saya (tolong print).Bila saya baca crita ni saya pun rasa ada sedih, sronok pun ada, seram sejuk pun ada. Saya pun ada benda jugak yang saya nak habag. Dah lama sangat dah, dok pendam dalam hati, (dalam radio kata nanti jadi daki noh, sambil tersenyum) kenela saya crita jugak…tumpang kita dok ada lagi umug, p abis kita ni ka, sapa nak habag kat depa lagi. Saya bukan nak buruk sapa-sapa yang masih hidup, dak, tapi ka, yang depa ni dok buat tahana sangat ni pasai apa, dok pusing kata depa baguih la, apa la, pasai apa? Dok dendam lagi ka depa nih?, dah brapa ratus ton (tahun) dah?. Medeka pun dah 50 tahun dah. Kami nak dok tengok saja kaaaa. Zaman pun dah berubah, tadak nak takut dah aih, mat rempit pun berani lebih-lebih dah la ni.

Zaman dulu tu, dah lah tuk nenek kami kena bunuh, harta pesaka tuk nek kami depa rampas kata depa punya, dosa besag tu, kita orang islam (tengok Qutbah Wida). Hari ni dah depa perintah jadi raja, sejarah pun depa tukag kot lain buang (lenyapkan, pesongkan) perelok depa, depa kata pulak depa yang buat yang tu yang ni. Pasai tu la orang kata raja-raja dulu tu penyamun,rampas kuasa. Depa ingat kita ni takdak dah kot, mau kalau kata ada pun, kita buat tak tau la kot noh, tak ingat dah kot apa yang tok nenek depa buat kat tok nek kita. La ni kita pulak nak cerita balik Hg ambik boh dalam komputer hang. Hang bagi smua orang tau. Nak pecaya tak pecaya ikut depa lah.

Dulu ka masa thai dok ada boleh la, puak raja kota setag ni tunjuk kahag sebab depa subahat sama. Puak thai zaman tu memang kejam, bukan bunuh tapi sembelih tok nek kami hidup-hidup, orang kampung, habih depa bunuh, pompuan mengandung depa toreh perot, budak-budak depa cantas kepala, satu istana di Kota Meang Kuang (bermaksud nagara luas@benua luas). Depa bunuh keturunan Maharaja Siam Islam di Kota Meang Kuang, puak raja Kota Setag yang subahat habag kat thai lokasi istana nih. Depa la pakat dengan thai. Mai serang hendap, bunuh raja besag benua Siam di situ.Raja Siam tu nama Sharib (Khalifah Syarif Abu Bakar Syah). Yang jadi dalang, lari pi sembunyi di Melaka (Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, Raja Kota Setag) dok bawah ketiak Inggeris bila cucu maharaja siam, Syed Alang Alauddin yang duduk di Istana Kuning Alor setag mai ligan (kejar) dengan tentera siam islam Kedah.

Tunku Anum lari pi sembunyi di Ligor, p duduk dengan thai sebab takut cucu raja siam ni, nama Syed Alang Alauddin dok cari dia. Jangan tukag sejarah la, depa ni bagi kerjasama dengan musuh (thai) pasai apa kita nak sanjung depa, Pasai apa nak puji depa panggil depa wira Kedah konon. Depa ni pengkhianat bangsa dan agama. Saya dan keturunan saya ni dah tau lama dah, cuma tak boleh cakap (wajah dah serius dah pulak), sebab depa pasang spy dikampung-kampung masa tu. Depa ingat depa akan ada kosa (kuasa) sampai bila-bila la kot. Samapai masa kita ni mati jugak. Dok bohong bok pa.

Nak ambik balik tanah jajahan Kedah nih, tentera Siam islam pimpinan Khalifah Sharib Syah dan Datuk bendahara Nagara Kedah pi serang Thai di Thalang dan menang disana. Tapi (Paduka Seri) Sultan Ahmad Tajuddin (Halim Syah), Raja Kota Setag senyap, suruh Datuk Bendahara Kota Setag dengan anak dia, Tengku Abdullah pi mengadap Raja Buddha Rama I Sukuthai tahun 1812-1813. Makna kata masa ni depa dok rancang dah nak bunuh raja siam, Sultan Sharif dengan Tengku Long Putera (Perdana Menteri Nagara Kedah merangkap penghulu Berahman Indera). Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, ni tau kalau dia bunuh Tengku Long Putera dengan adiknya Tengku Anjang Johan dia boleh jadi Sultan Kedah. Depa ni dah pakat siap dah dengan Thai.

Tahun 1814 pulak, pasai apa Datuk bendahara, Kota Setar ni, bila disuruh thai, dia hantag 3 utusan suruh Sultan Mad Zaffar Syah III ni tunduk kepada thai dan hantag bunga emas ke bangkok, tapi baginda tolak, sebab bukan raja Islam yang di Ayuthia masa tu. Akibatnya Raja Rama Chakri ni suruh Kedah ni p serang Perak dan berlakulah peperangan sesama Melayu islam di Kerian dalam tahun 1816. Tahun 1818 nak ambik balik tanah jajahan Kedah, tentera Siam Islam dari Kedah, pimpinan Syed Alang Alauddin, pi serang Thai di Pulau Tongka,tapi kalah pasai raja daerah kota setag tak mau bantu.

Tahun 1821 Thai ni mai kot Kota Kuala Kedah dengan 100 perahu, depa pakai bendera Siam Islam, orang Kedah kita ingat orang siam islam lah, macam maharaja benua siam islam kita dulu nih. Masa tu ada sambutan kenduri anak Dato Bendahara di Kota Kuala Kedah. Depa masuk tu ka, depa bunuh habis la, termasuk Tengku Long Putera (@Laksamana Datu) yang menjadi Penghulu Berahman Indera merangkap Perdana Menteri Maharaja Benua Siam Islam dengan adik dia, Tengku Anjang Johan. Kubug pun dok ada lagi disini. Yang tak berapa menjadi tu pasai Syed Alang Alauddin cucu Khalifah Syarif ni berjaya bertahan di Istana Kuning, Kota Setar.

Ayahanda dia, Sultan Mad Zaffar Syah III, masa tu bersemayam di Kuala Kangsar jadi raja Kuala Kangsar bawah Maharaja Siam Nagara Kedah. Dia ni tak kena apa-apa la sebab dia dok jauh tapi adik-adik dia (bapa saudara Syed Alang Alauddin), habis kena bunuh, Megat Terawis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Ada ka patut hari ni, makam-makam depa yang shuhadah ni, depa kata Kubug hindu. Siasat punya siasat rupa-rupanya yang jadi dalang, Tengku Anum dengan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, yang kononya tengok orang korek terusan di Merbok (di Sungai Petani), padahal dia dah tau Thai nak serang,dia cabut siap-siap. Takut kena tangkap, sorang cabut pi Ligor dekat Segenting Ke Ra (masa tu bawah thai), sorang lagi lari pi Pulau Pinang kat Inggeris, depa pula hantag dia p dok Melaka.

Pasai dok sebut siam-siam ni, hang gak-agak sapa depa ni? Jawapan dia kita la, (ingatkan tanya saya, dia jawap pulak) orang melayu kita la. Sama macam kita p slangok ka, johor ka, kita jumpa orang melayu, depa kata depa jawa, kita p kampong depa, depa cakap jawa. Orang melayu d kedah ni, melayu saja-saja kah? Mai kot mana kita Melayu Kedah ni? Kita ni betoi-betoinya orang siam, orang siam islam. Siam tu Islam, memang dari dulu lagi kita ni islam. Kita bukan baru masuk islam. Yang depa dok kata ni jahat bunuh orang bok (buat) pa, yang tu thai, sukutai, orang melayu kita kata, puak Thai. Bahasa Siam kata puak kapiag (maafkan saya, untuk makluman saja), tu la makna dia. Depa dok sebu-sebut Siam tu bukan pasai apa, pasai thai ni turun mai dari negeri siam, depa kata siam la.Tapi yang sebenagnya yang mai tu bangsa dah lain, agama pun dah lain. Zaman dulu bukan ada pepa (paper), tv lagu hari nih, sebab tu banyak rakyat tak tau crita sebenar. Tapi kami ni kaum kerabat raja siam islam tau semua dari ‘alif’ sampai ‘ya’. Depa bukan nak mai tanya kita la ni pun sebab depa dok ingat kita ni thai, depa tak tau.
Depa dok belajak sejarah orang putih disekolah tu, termasuk hang skali lah…