Sunday, September 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL



Kami ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Eid Mubarak kepada semua pengunjong setia blog ini yang beragama Islam. Kunjongan anda dari masa ke semasa amat kami hargai. Sesungguhnya, sebagai insan biasa kami tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Untuk itu kami memohon ribuan ampun dan maaf diatas penulisan kami yang kadang kala agak lantang, terlewat menjawap e mail saudara atau tidak dapat meyakinkan saudara mengenai sejarah realiti ini. Hanya Allah sahaja yang berupaya memberikan petunjuk ke jalan yang lurus lagi benar.

3 comments:

  1. TUAN

    tak sabar menanti artikel terbaru

    ReplyDelete
  2. Bersempena dengan Aidil Fitri tahun 2008 ini, Abang Bear mintak maaf atas segala keterlanjuran .....kita melangkah meninggalkan ramadhan yg barakah dgn berat hatinya di samping gembira menyambut tibanya syawal yg mulia.... semoga persaudaraan kita kekal dan sentiasa dalam redha Allah.....

    Ketupat diletak di atas para
    Rendang diletak di bawah titi
    Andai ada tersilap bahasa
    Maaf dipinta menyusun jari

    Adat jauh kata mengata
    Adat dekat puji memuji
    Andai ada tersilap kata
    Maaf dipinta sepuluh jari

    Sungai disusur sepanjang sehari
    Dalam gelap menangkap ikan
    Kami menyusun sepuluh jari
    Salah dan silap harap maafkan

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf zahir dan batin dari Abang Bear

    wassalam

    ReplyDelete
  3. Tahniah!
    Saya terpanggil untuk mengucapkan syabas kepada anda sekalian kerana saya sendiri adalah generasi ke empat seorang pelarian dari daerah Asun/Hosba/Changlun lebih kurang 150 tahun yang lalu. Belaiu ialah NaiMan, ahli keluarga NaiSim, NaiPa dan NaiYa yang menjadi penguasa daerah Asun/Hosba/Changlun. Saya memperolehi cerita ini turun temurun.

    ReplyDelete