Wednesday, October 8, 2008

SENARAI KESAN PEMBUNUHAN DAN KEMUSNAHAN HARTA WARISAN BENUA ISLAM SIAM KEDAH PADA TAHUN 1876 MASIHI.

UPDATED

1. Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah iaitu Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah mati dibunuh di Gurun Kedah. Al-marhum dimakamkan di Makam Diraja Siam, Kampung Tualang, Mukim Tualang Kedah Darul Aman.

2. Paduka Perdana Menteri Benua Islam Siam Kedah iaitu Sultan Tunku Mohammad Chan Mad Sirat @ Keramat Tok Tekai juga dibunuh di Permatang Harimau, Mukim Lesung Kedah. Al-marhum dimakamkan di puncak bukit di Kampung Permatang Harimau. Isteri almarhum ialah puteri raja cina Manchu (dua beradik dengan permaisuri Syed Alang Alauddin). Tentera cina Manchu serta isteri al-marhum juga dimakamkan di puncak bukit tersebut. Makam mereka berdua dan keturunan mereka masih ada hingga kini. Padang Mat Sirat di Pulau Langkawi adalah merujuk kepada nama baginda

3. Nai Long Ibrahim Putera Sultan Nai Long Abu Toha Raja Siam Selama, Perak mati dibunuh dan dimakamkan bersama para syuhadah yang menentang penceroboh iaitu tentera raja Buddha Rama V Chula Luang Khun. Mereka dimakamkan ditanah perkuburan Islam Kubur Panjang (kubur beramai-ramai), Mukim Rambai, Pendang Kedah.

4. Pada tahun 1876 masihi juga Laksemana Khweng Wi dan para Syuhadah dibunuh Di Kampung Alor Berhala, Padang Besar Tobiar, Tobiar, Pendang Kedah.

5. Di Bukit Raya daerah Pendang juga mereka membunuh cucu Sultan Idris Jammu Patani iaitu Radin Megat Haji Osman Ibni Radin Megat Mad. Beliau dimakamkan di Makam Diraja Patani, masjid Kampung Sena, Mukim Tobiar Pendang. Warisnya berjaya disembunyikan dan masih ada hingga kini.

6. Laksemana Tunku Ibrahim menemu ajalnya dengan dibunuh di Kampung Sungai Mas, Kuala Muda Kedah. Makamnya terdapat di Makam Langgar, Sungai Emas, Kuala Muda Kedah.

7. Manakala Raja Siam Negeri Salama Benua Islam Siam Kedah Sultan Nai Long Abu Toha Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (adinda Long Jaafar) dibunuh di Kampung Ayer Melintas, Kepala Batas Pulau Pinang (ayahanda Nai Long Ibrahim). Salasilahnya membawa kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

8. Sultan Ismail Raja Kinta dan Sultan merangkap Menteri Larut Matang Nai Ngah Ibrahim,ditangkap di Kampung Raja Berlindung, Sidim Baling Kedah oleh Inggeris setelah kembali dari majlis pengkebumian Almarhum Sultan Jaafar Muadzam Syah dan dibuang ke benua Afrika. Maklumat kedudukkan mereka di Baling ini diberikan oleh Sultan Abdul Hamid bakal Sultan Kedah yang mahukan kuasa dan sanggup berpakat dengan thai untuk membunuh Nai Long Jaafar @ Sultan Jaafar Muadzam Syah, Raja Besar Benua Siam terakhir, dari waris Bani Hashim.



Paduka Seri Sultan Abdul Hamid : Cantikkan pakaian ala barat ini? segak dan bergaya tanpa jubah mahu pun serban. Pelaris di kedai-kedai?... betulkan iqtikad anda dahulu. Cuba bandingkan dengan pakaian rasmi Rama V Chulalongkorn yang memerentahkan agar Sultan Jaafar Muadzam Syah dibunuh dalam tahun 1876 dahulu. Tak banyak bezanya, bukan. Dah tengok gambar Sulltan Selangor yang pertama? berbaju melayu, bertanjak atau Sultan Yusuf Al Mahdi yang segak bersongkok. Cuba anda buat perbandingan.


9. Selain membunuh sultan dan pembesar negeri, penjajah raja Buddha juga memusnahkan banyak harta-harta peninggalan yang membuktikan sejarah keagongan Islam Benua Siam Kedah. Antaranya,

i. Istana Raja Iskandar Zulkarnain dan masjid di Lakhokna (Laguna Merbok) Pulau Tiga Sungai Merbok. Masjid tersebut adalah tempat perlindungan Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah pada tahun 1876 Masihi. Ini sudah pasti tidak diceritakan akan tetapi yang di ceritakan bahawa Ahmad Tajuddin Halim Syah pun pernah singgah di istana ini sebelum berangkat ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Melaka.

ii. Penceroboh juga memusnahkan Istana Pho Diset Sultan Saidina Jamalul Alam Badrul Munir di Ayut’ia Pinang Tunggal, Kedah Darul Aman.

iii. Istana Sultan Syed Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir yang terletak di puncak Bukit Choras dan gudang yang terdapat di Bukit Gedong juga dimusnahkan.

iv. Mereka memusnahkan istana Sultan Saidina Hussin Ali Rah yang terdapat di Kota Pagar Ayer, Mukim Limbong, Kedah

v. Istana milik Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Hussin Syah Ali Rah yang berada di Alor Raja, Mukim Langgar, Kedah turut dimusnah. Makam Sulltan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masihi dijumpai ditimbus bagi mengelak ia di musnahkan oleh penjajah thai dan kini berada di Tanjong Inggeris, Langgar.

vi. Di Alor Ganu, Anak Bukit Kedah, iaitu di Kota Sarjana mereka memusnahkan istana Sultan Mohammmad Syah Yang Adil bergelar Baba Ghiyai.

vii. Istana Kota Naga milik Sultan Rijaluddin ibni Mohammad Syah yang Adil. Baginda bergelar Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia dan tapak istana itu terletak di Kampung Naga, Jenan, Kubang Pasu Kedah juga turut jadi sasaran penjajah ini. Baginda Sultan Rijaluddin ini lah yang bergelar Parameswara sewaktu semenanjong ini masih bergelar semenanjong Melaka.

viii. Selain itu istana di Kampung Kota Siputih, daerah Kubang Pasu Kedah juga dimusnah. Istana tersebut ialah milik Aishah Begum @ Mah In Intatiral dari Dinasti Ayut’ia 1530 masihi. Baginda adalah permaisuri Syah Alam Yang Maha Mulia Zahiruddin Bahadur@Babur, Raja Monggol India.

ix. Istana Raja Siam Tenasirim Nai Chau Abu Kasim @ Megat Manja Abu Kasim yang terdapat di Kota Kerengga Gunong, Kedah turut dimusnahkan.

x. Istana Kota Meang Kuang yang terletak di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu, Kedah milik Maharaja Siam dinasti Ayut’ia ke 33 iaitu Boromoraja V Ekataat Maha Dammai Yaza Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah.

xi. Istana Persinggahan Tong Bau Kerut Raja Siam Songkhla milik Nai Lang @Syed Alang Alauddin yang terdapat di Kampung Tualang, Mukim Tualang Kedah juga turut menjadi mangsa kemusnahan.

xii. Istana milik Sultan Tunku Long Taha iaitu raja negeri Legeh juga turut dimusnah. Istana bernama Kota Burha tersebut terletak di Kampung Chelong, Mukim Padang Kerbau, Pendang Kedah.

xiii. Istana Kota Bukit yang terdapat di Kampung Kota Bukit, Jeniang Kedah milik Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah juga dimusnahkan.

xiv. Istana Kota Ruman milik Radin Megat Tamtunggal, Radin Megat Tamtunggal ialah putera Raja Jammu Patani. Istana tersebut didirikan di Kampung Kuala Ruman, Sik Kedah juga jadi sasaran penceroboh untuk melenyapkan keagongan Benua Islam Siam Kedah.

xv. Di Kampung Pelantik, Sik Kedah terdapat Istana Kota Aur milik Sultan Idris Jammu Patani juga turut dimusnahkan tentera mereka.

xvi. Di Kuala Ketil, Kedah Istana Tanjung Puteri milik Tunku Dayang, (juga turut dibunuh).

xvii. Istana Kota Palas, Gunong Raya, Padang Mad Sirat Langkawi Kedah ialah milik Sultan Muhiyuddin Mansor Syah turut dimusnahkan (rujuk Undang-undang Kedah ms 17). Makam baginda ditimbus dengan tanah dan baru sahaja ditemui semula. Taktik yang sama digunakan untuk menggaburi mata penceroboh Buddha Thai sepertimana mana pada makam Sultan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masihi. Namun begitu walau telah hampir 2 tahun didedahkan diblog ini, masih tertera "MAKAM PURBA" pada makam baginda.

xviii. Istana Raja Siam Khun Waran Wangsa dinasti Ayut’ia tahun 1548 M iaitu Sultan Jalil Yaacob Syah (UUK,ms2) yang terletak di Tanjung Kuah, Pulau Langkawi Kedah juga jadi sasaran kemusnahan oleh penceroboh.

xix. Istana ayahanda Raja Negeri Kubang Pasu Nai Doi. Manakala istana Sultan Maharaja negeri Siam Tenasirim Nai Chau Abu Kasim @ Megat Manja yang terdapat di Kampung Pulau Maharaja Mukim Padang Perahu daerah Kubang Pasu juga turut dimusnahkan.

xx. Dengan kekuatan peledak (bom) yang dibekalkan oleh penjajah Inggeris kepada penceroboh, mereka terus menerus cuba melenyapkan bukti-bukti kegemilangan pemerintahan raja Islam Benua Siam di sini. Mereka terus memusnahkan Istana raja Siam Kamboja iaitu Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar Syah III Kedah yang terletak di Dusun Raja, Padang Sanai, daerah Padang Terap Kedah.

xxi. Di belakang masjid Kampung Alor Ganu, Anak Bukit Kedah ada terdapat Istana Putera Maharaja Siam Ligor Pho Chan Koya Long Mud Zafar Syah III Kedah. Istana tersebut juga turut dimusnah.

xxii. Di Kampung Pengapit Batu, Mukim Tajar Kedah istana raja daerah Kota Setar iaitu Sultan Datuk Tajuddin Yahya (Nai Inderajaya) ibni Sultan Mudzafar Syah III Kedah juga dimusnahkan. Ada yang mengubah sejarah dengan mengatakan bahawa baginda adalah Ahmad Tajuddin Halim Syah II. Ini tidak benar.

xxiii. Istana Bukit Mariyam (merujuk kepada Syarifah Mariyam, permaisuri Raja Merong Mahawangsa) di Kuala Muda Kedah juga dimusnahkan oleh penceroboh raja kafir Thai. Hari ini bukit tersebut ditukar nama kepada Bukit Meriam bagi menutup sejarah realiti.

(Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk dapatkan maklumat ini untuk tatapan saudara/i. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh para syuhadah yang berjuang menegakkan agama islam dizaman itu - Al Fatihah)

Sunday, September 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL



Kami ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Eid Mubarak kepada semua pengunjong setia blog ini yang beragama Islam. Kunjongan anda dari masa ke semasa amat kami hargai. Sesungguhnya, sebagai insan biasa kami tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Untuk itu kami memohon ribuan ampun dan maaf diatas penulisan kami yang kadang kala agak lantang, terlewat menjawap e mail saudara atau tidak dapat meyakinkan saudara mengenai sejarah realiti ini. Hanya Allah sahaja yang berupaya memberikan petunjuk ke jalan yang lurus lagi benar.

Wednesday, September 3, 2008

SAAT YANG DINANTIKAN UMAT ISLAM


IKHLAS DARI KAMI UNTUK SEMUA PENGUNJONG BLOG INI, SALAM HORMAT

Sunday, August 17, 2008

WAT @ ISTANA PRASAT PREAH VI HEAR?


Baru baru ini kita pasti ada terbaca di dada akhbar tempatan mengenai kekecohan perebutan sebuah bangunan bersejarah di sempadan Thailand dan Kemboja yang bernama Wat Preah Vi Hear. Jika kita membaca berita ini sekali lalu, kita pasti akan mengatakan bahawa ia tidak ada kaitan dengan sejarah negara kita. Jangkaan saudara meleset sama sekali.

Prasat Preah Vi Hear bukannya sebuah wat atau kuil malah ia adalah sebuah bangunan istana yang pernah didiami oleh Raja Siam Islam Kemboja Cempaka Sari bernama Po Chan Koya Long. Maksud Prasat-Prah-Vi-Hear ialah, Pertahanan-abang-pusingan-kelima. Sila rujuk salasilah Koya Long yang mempunyai 5 orang beradik dibahagian bawah blog ini.

Sebelum pada ini kami ada menceritakan mengenai anakanda sulong Khalifah Syarif Abu Bakar Syah yang bergelar Po Chan bermaksud Putera Sulong yang pernah memerentah di Kemboja Cempakasari sebelum diusir oleh tentera Raja Buddha Thai dan baginda kembali ke Legeh (Patani, Yala, Narathiwat, Kelantan dan Trengganu) bersama-sama ribuan pengikutnya.


Yang memanjang disebelah kiri dan kanan itu ialah Naga sepertimana terdapat pada tangga Wat Kai (ayam) di Ayuthia. Naga ialah simbol Maharaja China yang beragama islam semenjak dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Contoh naga sebagai simbol di kalangan raja-raja melayu seperti gelang kaki dan peralatan di raja Sultan Ismail kinta dan nama tempat seperti Kota Naga di Bandar Darulaman Kedah masih ada hingga kini.



Ayahanda baginda, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah yang pada ketika itu bersemayam di istana Nakhon Si Thammarat bergelar Raja Nam Bang (bermaksud Air Telok, kerana kawasan Ranot yang bertelok) telah menabal baginda menjadi raja di Perak bergelar, Sultan Mud Zaffar Syah III Perak.

Kenapa bergelar Sultan Mudzaffar Syah III? Kenapa tidak I atau II?. Mudah sahaja, ini kerana Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan Muzaffar Syah I dan anakandanya Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir bergelar Sultan Muzaffar Syah II.

Bijak juga usaha menggunakan gelaran ini memandangkan nama gelaran Po Chan di Kemboja sebagai gelaran kepada Koya Long mungkin dianggap tidak sesuai di sini lalu diberi gelaran asal usul keturunannya yang amat bersesuaian dengan baginda. Kami kira gelaran ini bertujuan untuk mengingatkan raja-raja daerah yang sudah bermula berbaik-baik dengan penjajah Inggeris bahawa waris raja Merong Mahawangsa masih ada.


Sewaktu memerentah di Perak sebagai Bendahara (dulu Bendahara adalah Raja Muda) baginda menabal Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama, iaitu anak saudara kepada Permaisurinya Puteri Seri Andalas dari keturunan Bugis. Sultan Selangor yang pertama ini pada ketika itu telah bersemayam di Kuala Selangor.

Alangkah satu "privilege" nya ditabal menjadi raja pertama Selangor, menaikki takhta kerajaan oleh waris Bani Hashim
(dari keturunan baginda Rasulullah saw) tidak seperti negeri lain yang di lantik oleh penjajah yang tidak tahu apa pun mengenai agama islam. Contohnya, satu negeri di selatan tanah air dilantik oleh Stamford Raffles setelah menyerahkan Singapura kepada Inggeris pada hal Raja pemberontak itu telah engkar kepada Yang Di pertuan Agongnya yang beragama Islam? Hari ini jika fikirkan semula, sahkah, berbanggakah dilantik oleh kafir Inggeris laknatullah pada tahun 1819 itu?.

(Temenggung hanyalah jawatan Ketua Polis dengan itu hari ini sultan dari negeri tersebut masih ada pasukan polis nya yang tersendiri)



Perlu diingatkan bahawa Khalifah Syarif Abu Bakar Syah juga diusir dari Ayuthia oleh Tentera Buddha Aluang phaya Chakri Sokho Thai sekitar tahun 1767. Sewaktu di Ayuthia dulu baginda di gelar Boromoraja Ekataat V Mahadaimayaza, Maharaja Siam Dinasti Ayuthia ke33. (Sejarah Thailand hari ini mengatakan selepas Ayuthia ditawan mayatnya tidak dijumpai bagi menutup realiti sejarah kerajaan Siam Islam ini).

Ini mengesahkan bahawa Kerajaan Siam dahulu beragama Islam sebelum ia ditawan oleh puak Chakri Sukhothai Buddha Aluangphaya dalam tahun 1767. Dalam Hikayat Patani nama baginda ada tercatat sebagai Raja Bakar yang berkuasa melantik beberapa orang raja daerah termasuk lah cucunya Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang menjadi raja di Singgora @ Songkhala yang bermaksud, menghantar benih (Sila baca artikel kami yang telah lepas).

Ban Nai Lang di Thailand hari ini bermaksud Kampung Syed Alang merujuk kepada Syed Alang Alauddin ini. Baginda berjuang habis-habisan menentang tentera thai yang menyerang Kedah lalu diberi gelaran Panglima Bukit Gantang (Bukit Gantang sebelum 1874 adalah wilayah Kedah).

Berbalik kepada Po Chan Koya Long, baginda pernah bersemayam di istana ini sekitar tahun 1758. Di sekitar tahun yang sama jugalah tentera islam baginda telah berjaya membunuh Aluang Phaya di satu tempat bernama
Taikala bermaksud, Kafir mati dibunuh.



Sekiranya saudara/i pembaca membuat ‘Yahoo’ atau ‘Google search image’, saudara akan mendapati bahawa pada runtuhan bangunan tersebut tidak terdapat pun patung-patung Buddha sepertimana tinggalan sejarah ditempat lain sekitar Thailand. Tidak seperti bangunan di Ayuthia yang didirikan patung-patung bertujuan untuk menutup bukti keislaman kerajaan Islam Ayuthia.

Prasat Preah ViHear telah terlepas dari tindakan raja dari keturunan Buddha Chakri Sukhotthai untuk menutup bukti sejarah kerana lokasinya yang menjadi perebutan dua kerajaan. Sekiranya Ayuthia sebuah bandar kerajaan Buddha, mana mungkin Hamzah Fansuri datang untuk mendalami ilmu agama Islam disana. Mana mungkin ia menjalankan sistem Syahbandar seperti mana pelabuhan Islam yang lain di nusantara Benua Siam.


'A fairly recent Buddha statue placed in the ruined pagoda '

Catatan berbahasa Inggeris pada gambar ini yang kami temui dalam internet, begitulah scenario di Ayuthia sekarang ini.

Walau bagaimanapun hak keatas istana Preah Vi Hear telah diberikan oleh ICJ (International Court of Justice) kepada Kemboja, bukan Thailand semenjak tahun 1962 lagi. Dengan sebab itu usaha untuk membuddhakan kawasan Istana tinggalan Po Chan Koya Long ini tidak kesampaian kerana ia terletak didalam wilayah Kemboja.

Menteri Luar Thailand, Tej Bunnag telah menggesa Kemboja agar tidak membawa perebutan ini ke PBB. Bagi kami jika dibawa pun tidak mengapa kerana ia boleh mendedahkan lagi sejarah realiti Thailand yang sebenar. Sudah pasti merasa takut ibarat cacing kepanasan untuk menghadapi realiti sejarah ini.


'Remains of Prasat Pra Narai Cruciform di Ayuthia', kata ungkapan pada gambar ini.

Prasat Pra Narai adalah Sultan Iskandar Mahkota Alam, Raja Acheh. Baginda adalah adinda kedua kepada Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka. Sewaktu berusia muda, baginda menetap di Melaka sebagai laksemana dan di gelar Laksemana Hang Tuah (bahasa Siam islam, bukan bahasa thai Buddha).

Bangunan ini telah dikupas 'plaster' nya, begitu juga dengan bangunan lain di Ayuthia yang berkemungkinan besar terdapat tulisan seni khat sebagai hiasan. Lihat bentuk arch tingkap dan pintu yang merupakan senibina Islam Parsi dan Monggol India.

Saudara pembaca harus sedar bahawa rakyat Thailand hari ini tidak berani langsung bercakap mengenai sejarah raja-raja mereka kerana takutkan undang-undang ‘Le majeste’. Sesiapa yang disyakki akan ditangkap oleh Polis @ tentera mereka diwaktu malam dan tidak akan dikembalikan lagi, hilang entah kemana.

Hari ini pun situasinya tetap sama. Inilah diantara punca-punca berlaku perbalahan di kalangan penduduk Islam Patani dimana ramai kenalan mereka hilang begitu saja dibawa pergi oleh pihak berkuasa diwaktu malam.

Interesting readings can be found here (reader wise discretion required)

http://www.puloinfo.net/?Show=Gallery

Di dalam artikel mereka, kerajaan thai disebut sebagai siam. Kenapa jadi begitu? Ini adalah kerana semenjak dari zaman dahulu negara itu memang disebut sebagai siam sehinggakan apabila bertukar ke thai pun masih lagi disebut/dirujuk sebagai siam pada hal yang memerentah di Ayuthia (selepas 1767) dan kemudiannya Bangkok hari ini ialah bangsa tai dari keturunan Sukhothai Buddha dan raja yang memerentah pun Raja Thai.

Malah di Kedah, Perlis, Kelantan dan Pulau Pinang, negara Thailand pun hingga ke hari ini disebut sebagai Siam. Hari ini jika ditanya,"Hendak ke mana?" "Oh,Saya hendak ke Siam". Nama Thailand tidak digunakan. Mereka di Patani telah mengikut situasi di Malaysia dimana bangsanya sudah menjadi bangsa Melayu.

Akan tetapi mereka tidak mengetahui secara mendalam bahawa rumpun Jawa, Minang, Bugis, Banjar, Acheh dll masih ada di Malaysia hari ini. Jika demikian. apakah rumpun kamu wahai saudaraku orang Patani?
Tak lain tak bukan adalah rumpun Siam yang sejak zaman berzaman menganuti agama Islam.

Elok sangatlah jika dikaji semula siapa sebenarnya Khalifah Syarif Abu Bakar Syah yang mana di sebut dalam Hikayat Patani sebagai Raja Bakar berkuasa melantik raja-raja daerah.

Rakyat biasa yang ditemui rakan kami pun tak berani lansung bercakap mengenai sejarah raja thai hari ini. Mereka berbisik-bisik, sambut sedikit percakapan dan terus tukar topik lain. Puji tak mengapa, komen padah jawapnya. Sila saudara baca lapuran 'Human Right's Watch' mengenai Patani.

Penyelidik kita yang menjalankan penyelidikkan bersama penyelidik dari thailand beberapa tahun lepas telah melawat istana dan tinggalan sejarah di sekitar Patani. Penyelidik kita turun dari kenderaan untuk mengambil gambar namun penyelidik dari thailand enggan turun kerana bimbang keselamatannya, takut dijemput di waktu malam.

Lawatan kami ke Songkhala mendapati sebuah Kota/kubu lama dipagari tanpa pintu pagar dan ia terletak dalam kawasan larangan pihak berkuasa tempatan. Pengunjong dilarang masuk dan hanya boleh melihat Kota/kubu ini dari jalanraya sahaja.

Akan tetapi itu situasi di Thailand. Lain pula apabila rakyat Thailand Islam ini apabila mereka berada atau berkerja di Malaysia. Ramai diantara mereka membuka kedai-kedai makanan Tom Yam disekitar bandar-bandar besar di negara kita (terutama sekali di semenanjong).

Dari segi rupa paras tak beza dengan orang Melayu tempatan kerana mereka pun melayu juga dan beragama islam. Mereka mengakui bahawa Raja Siam dizaman dahulu beragama islam tetapi siapakah yang berani membuat pengakuan secara terbuka di Thailand.

Kami menunjukkan kepada mereka manuskrip Undang–Undang Kedah yang dibukukan, rujukkan utama kami. Tahukah saudara apa respon sepontan dari mereka? Jika kami menyimpan buku ini di Thailand, kami pasti akan ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menyimpan dokumen yang menghina raja ! ! !

Di sekitar kawasan Istana Prah Vi Hear ini masih lagi terdapat orang-orang Siam Campa yang beragama islam menetap disitu terutama sekali disekitar kawasan perkampungan Syed Pew dan Kg Syed Sokun. Kem-bo-ja adalah dari perkataan Siam (Cham) bo-ja yang bermaksud puak penasihat/ubat. Sham-pa-ka bermaksud, puak penasihat bawak perniagaan. Sa-ri bermaksud, Laksemana/harimau-duduk/ditempatkan disitu.

Di lapurkan bahawa terdapat ramai orang-orang Kemboja islam ini yang menjadi rakyat Thailand dan bertutur dalam bahasa Kemboja dengan sedikit perbezaan dari segi sebutan dengan penduduk asal di Kemboja. Bangsa Thai di sekitar Surin , berhampiran sempadan tidak suka negara mereka di sebut Siam kerana ia melambangkan zaman kegemilangan Islam dan mereka lebih suka negara mereka di sebut Thailand.

Apabila sejarah dikuburkan, bahasa Inggeris tidak di kembangkan kita dapati banyak penulisan sejarah raja-raja siam Islam (sebelum 1767, Dinasti Chakri Sukhothai belum berkuasa) didalam internet misalnya ditulis semula dalam konteks seolah-olah raja siam dahulu beragama Buddha. Awas ketika membaca.

Janganlah kita tertipu oleh dakyah mereka ini kerana Raja mongkut dahulu yang berbaik-baik dengan Inggeris dan mengikut peradaban Inggeris telah pun dinasihatkan oleh mereka agar berbuat demikian melalui penulisan semula sejarah bangsa Siam Islam yang berpusat di Ayuithia. Hanya bangsa yang kecundang tamaddun akan merampas tamadun Islam milik Raja Siam Islam sebagai tamadun mereka.

Lalu bermegah lah mereka sebagai bangsa yang tidak pernah dijajah di Asia, padahal mereka, bangsa thai adalah penjajah negeri Siam islam, raja yang ada bukan raja Siam Islam tetapi Raja Thai buddha.......... dan habuan kita, hanyalah menjadi Melayu di Semenanjung ini. Renungkanlah.

PS : Rakan saya baru saja pulang dari Surabaya untuk bercuti dan menyelidik. Menurut beliau disana terdapat ramai orang Jawa, Sulu, Sunda, Madura dll. Yang pasti, mereka tidak mahu dikenali sebagai Melayu kerana Melayu itu bahasa, bukannya bangsa.


Tuesday, July 8, 2008

Sejarah sedang ditukar?

Terbaru, kami dapati ada usaha-usaha mereka yang berkepentingan yang cuba menukar sejarah dengan mengatakan Raja Lumu (Sultan Selangor pertama) di tabal oleh Sultan Mahmud Syah.

Padahal, sebelum pada ini kami telah pun meneliti banyak artikel yang menyebut Sultan MudZaffar Syah III Perak telah menabal Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama dan baginda bersemayam di Kuala Selangor. Pertabalan itu dikatakan telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan adat istiadat diraja serta dipersetujui oleh Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Kedah kerana Raja Lumu adalah anak saudara kepada permaisuri (isteri) Sultan Mud Zaffar Syah III iaitu Permaisuri Sri Andalas (ingat Andalusia di Sepanyol, dulunya beragama Islam) yang berketurunan Bugis.

Tak hairan lah kalau sekiranya di Kelang Selangor terdapat perumahan yang besar iaitu Taman Seri Andalas malah nama bandaraya Shah Alam adalah menurut gelaran kepada Raja Besar Benua islam Siam sepertimana yang termaktub dalam Undang-Undang Kedah dan juga lagu Seri Andalas adalah merujuk kepada permaisuri baginda Sultan Mud Zaffar Syah III, menantu kepada Khalifah Syarif Abu Bakar Syah.

Dalam mengkaji semula sejarah, kami melihat ada pihak tertentu yang mungkin mengetahui sejarah realiti, namun enggan berterus terang. Adakah mereka takut kehilangan kuasa ? Entahlah, sukar bagi kami membuat andaian.

Bagi kami, situasi Kesultanan Selangor adalah sah, langsung tidak tergugat kerana perlantikkan dan pertabalannya adalah resmi dan diakui Raja Besar Benua Siam Islam ketika itu dan diwakil kepada anakandanya, Sultan Mud Zaffar Syah III Perak. Namun begitu apa yang berlaku dizaman penjajahan Jepun dan kembalinya penjajah Inggeris adalah agak rumit dan terkemudian untuk kami pertimbangkan.

Tindakan memetik nama-nama tertentu dari rekod arkib mereka untuk dijadikan nama tempat dan sebagainya seolah-olah ada udang disebalik batu. Masakan mereka yang berkepentingan ini tidak tahu, sebagai contohnya untuk menamakan sebuah bandar baru sebagai bandar Shah Alam sedangkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat nama Syah Alam Yang Maha Mulia, hanya dikembalikan oleh Inggeris dalam tahun 2003 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 2005.

Mungkin juga dalam sangkaan baik, mereka ini bukan pakar sejarah dan hanya sekadar meneliti nama-nama tertentu dalam mana-mana rekod yang ada sebagai rujukkan sahaja, wallahualam. Namun yang jelas, rekodnya mungkin masih ada.

Sekiranya Inggeris tidak memulangkan manuskrip ini, adakah kita sebagai rakyat Malaysia hari ini akan tahu sejarah realiti? Kami difahamkan bahawa salinan manuskrip ini ada disimpan oleh pihak istana tertentu semenjak zaman berzaman.

Yang menanggung cemuhan orang yang tidak berpengetahuan mengenai sejarah bukannya kita, akan tetapi TNL Kassim dimana wasiatnya pernah dipertikaikan disuatu masa dahulu. Malah ada pihak yang mempertikaikan kenapa TNL Kassim dijemput untuk menjadi panel "Forum Sejarah Realiti Kedah" pada 13 September 2006 dahulu oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Masakan tidak, kehadiran beliau pasti akan mencemaskan banyak pihak.

Hari ini ternyata ramai diantara mereka menghormati beliau setelah meneliti tulisan sejarah realiti yang tidak seberapa diblog ini dan mengkaji sendiri perisian manuskrip Undang-Undang Kedah.

Interesting reading can be found here,
http://www.mdks.gov.my/v2/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=40

lihat senarai Sultan ke 13 dan 23 (bukan diedit oleh kami) di sini,
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_of_Perak

PS : Nantikan artikel seterusnya, artikel yang merujuk kepada Masjid Koya di Pulau Pinang. (Koya Long atau Po Chan di Kemboja Cempakasari, kembali bersama pengikutnya dan memakai gelaran Sultan Mud Zaffar Syah III, Perak).

Monday, June 30, 2008

KEUNIKAN MASYARAKAT SIAM ISLAM KEDAH:


BUDAYA DAN JUADAH ISTIMEWA

Oleh Mohd Salmi Baharom

Pengenalan

Sekiranya kita merujuk kepada manuskrip Undang-Undang Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005 (teks asal bertulisan jawi) , terdapat bukti-bukti bahawa adat istiadat masyarakat Melayu di Malaysia hari ini seperti penggunaan sireh pinang dalam adat meminang, penghantaran cincin, membasuh kaki sebelum tidur, pantang memegang kepala dan lain-lain adalah berasal daripada adat orang-orang Siam Islam zaman dahulu yang merupakan akar umbi bangsa Melayu hari ini.

Saya juga adalah salah seorang yang membesar dalam masyarakat Siam Islam Kedah (saya menggunakan terminologi ini pada permulaan penulisan kalau-kalau masih ada pembaca yang tidak dapat membezakan antara Siam dan Thai) dan berasal dari keturunan pembesar yang berkhidmat dengan raja-raja Siam Islam Kedah bergelar Dato’ Nai (Syed) Lela Indera Jaya. Kehidupan kami sekeluarga dikelilingi oleh keturunan tentera-tentera dan pengikut-pengikut setia baginda.

Keberadaan kami disini hari ini sebagai penduduk kampong adalah jelas sepertimana menurut catatan TNL Kasim dalam tulisan beliau (sila rujuk Utusan Malaysia 13 Feb 07), bahawa Po Chan Koya Long bergelar Sultan Mudzaffar Syah III ada menempatkan tenteranya di Mukim Rambai, Kedah setelah kembali dari Kemboja Cempakasari bersama pengikut-pengikutnya berikutan serangan tentera Buddha. Pada masa yang sama saya juga dapat memerhatikan keunikan masyarakat Melayu dari rumpun Siam Islam yang mana saya kira tidak terdapat dalam masyarakat Melayu di kawasan lain yang sudah pupus atau tidak menggunakan bahasa Siam nya.

Masyarakat Melayu dari rumpun Siam Islam di Kedah ini masih lagi memelihara bahasa Siam sejak turun temurun melalui perkahwinan sesama saudara yang dekat seperti sepupu, dua atau tiga pupu dan daripada kawasan lain yang berbahasa Siam juga. Dengan cara ini budaya tertentu masyarakat mereka yang lebih unik akan tetap turut terpelihara selain daripada bentuk rupa paras yang mempunyai ‘features’ tertentu seperti bola mata dan rambut keperangan, bermuka agak leper dan sedikit sepet .

Saya dapati seni budaya masyarakat setempat seperti wayang kulit, gendang keling dan gendang silat tidak terdapat dalam masyarakat yang tidak menggunakan bahasa Siam. Sesudah 6 tahun saya tinggal di Selangor tidak sekali pun saya mendengar bunyi serunai yang dimainkan bersama gendang silat dan gendang keling di mana-mana majlis perkahwinan atau keraian melainkan paluan kompang sahaja. Alangkah rindunya saya kepada bunyi tiupan serunai yang merdu menyentuh kalbu itu.

Wayang kulit

Wayang kulit merupakan satu permainan rakyat yang menghiburkan dan kerap kali dimainkan dalam ‘funfare’ di kampung-kampung sehingga awal tahun 80an terutamanya selepas musim menuai ataupun pada malam hari perkahwinan. Sekarang ini pertunjukannya begitu kurang dianjurkan oleh penduduk kampung dan kalau ada pun ia banyak dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan sempena majlis-majlis tertentu atau pesta keramaian.

Walaupun cerita dan karektor tertentu asalnya ada unsur-unsur pengaruh Hindu seperti Rama dan Sita dan kitab Mahabhrata dan Mahayana, tetapi pada zaman sekarang sudah banyak diubahsuai mengikut peredaran zaman dan persekitaran tempatan, isu-isu semasa dengan unsur-unsur nasihat dan lawak jenaka yang cukup menghiburkan. Kemungkinan pengaruh ini dibawa oleh pedagang-pedagang India atau hasil interaksi dengan kerajaan Moghul India yang turut mempunyai rakyat beragama Islam dan Hindu.

Thailand yang hari ini majoriti rakyatnya beragama Buddha turut mempunyai wayang kulit semenjak zaman Raja Besar Siam Islam memerentah disana. Walaupun selepas pihak Sukhothai menakluki Siam, melakukan ‘ethnic cleansing’ budaya dan bahasa, menciplak sejarah Ayuthia kononnya sebagai sejarah bangsa Thai, budaya ini terus kekal. Hakikatnya, siapa yang mengambil budaya siapa? Majoriti masyarakat siam di Thailand bertukar agama tetapi tidak budayanya kecuali di Satun (Setol), Patani, Yala dan Narathiwat dimana pengaruh Islamnya begitu kuat lantas mereka menolak agama Buddha yang dibawa oleh pendakwah thai. Penulisan disini tidak cuba menjawab siapa ambil siapa punya tetapi lebih menjurus kepada keunikannya dalam alam Melayu hari ini.

Saya pernah terbaca wawancara dengan seorang dalang wayang kulit Kedah dalam sebuah akhbar yang berkata syarat utama untuk belajar menjadi dalang ialah minat dan kebolehan seni membuat karektor wayang kulit menggunakan kulit lembu di samping mahir berbahasa ibunda iaitu bahasa Siam Islam Kedah.

Kelantan turut mempunyai wayang kulit ini walaupun karektor utama seperti Ekheng dan Etong (nama Siam) telah bertukar menjadi Wak Long dan Wak Dogol. Ini kerana Kelantan turut mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah Siam kerana Sultannya dahulu Nik Muhammadiah bergelar Sultan Muhammad I juga adalah dari keturunan raja Siam Islam (Sultan Maulana Muhiyuddin Mansur Syah), Marhum Kota Palas Pulau Langkawi yang berasal dari Kedah (rujuk makam Purba di pulau Langkawi). Pada masa yang sama ayahanda Sultan Muhammad I ialah Mat Sirat dan bondanya adalah juga puteri raja China Manchu, adik kepada kakaknya yang dikahwinkan dengan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (dua puteri dihantar ke sini oleh Maharaja China Manchu).

Di Kedah kumpulan wayang kulit yang masih aktif dan paling tersohor ialah wayang kulit Seri Asun, Jitra sementara yang lainnya seperti wayang kulit Kg. Nawa yang beberapa kali menjuarai Pesta Kedah sekitar tahun 70an dahulu. Hari ini, dalangnya sudah pun bersara. Wayang kulit juga dijadikan alat dakwah Islamiah di Pulau Jawa satu ketika dulu oleh Wali Songo (wali sembilan) dan ada riwayat mengatakan Wali Songo ini asal usulnya daripada benua China (berbangsa China).

Ada versi lain wayang kulit seperti Wayang Purwo dan Wayang Gedek yang terdapat di daerah lain di nusantara seperti di Pulau Bali. Malah pertunjukkan wayang kulit versi masyarakat tempatan turut ada di Kemboja. Akan tetapi dalam konteks wayang kulit Siam Kedah, ia lebih mirip kepada wayang kulit Kelantan.

Saya sengaja tidak membincangkan tentang Menora, Makyung, Hadrah dan lain-lain kerana cuba memberi tumpuan kepada rumpun Siam Islam di Kedah ini sahaja. Malahan ada lagi permainan hiburan rakyat di tempat saya seperti Tajai (mungkin mirip makyung) dan Dikir (bukannya dikir barat Kelantan) yang sinonim dengan masyarakat Siam tetapi sudah pupus dan tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi lagi. Agak hairan juga sekiranya kita fikirkan kenapa dikir barat itu tidak dinamakan dikir timur sedangkan ia dikatakan berasal dari pantai timur.

Gendang Keling

Gendang Keling biasanya dimainkan dalam majlis perkahwinan semasa menyambut atau mengarak pengantin dan kadang-kadang meraikan kedatangan pemimpin ke majlis tertentu. Peralatannya terdiri daripada gendang penganak, gendang pengibu, gendang pribumi, rebana ubi, serunai, gambus, kompang, biola, dan terkini accordion yang sama dimainkan bersama gendang silat dan gong. Kalau dimainkan semasa berjalan, gendang digantung dengan tali di leher umpama gendang tarian Bhangra (Punjabi) dan dipukul dengan rotan. Di Kelantan ada Gendang Tari Inai mirip Gendang Keling yang juga dimainkan semasa majlis perkahwinan.

Di Kedah sendiri budaya ini lebih tertumpu kepada daerah yang ramai masyarakat yang boleh berbahasa Siam. Namun begitu, penulis mendapat maklumat bahawa Gendang Keling juga ada di Perlis dan di Seberang Perai.

Maklumat berikut (termasuk gambar) saya perolehi daripada website berikut,

http://serunaifaqir72.fotopages.com (ulasan saya dalam huruf italic)


As ‘Gendang Keling’ is another form of Malay traditional music that are rarely found in other states except in Kedah. Since now and then, few theories has been adapted to signify its existence since no documentation has been made before this.

i) The first theory referring to the assimilation between Malay and Indian society. It was long, long ago during the Sultanate period. (maybe 400 – 500 years ago).

Memang benar seperti tercatat dalam blog anai-anai, asimilasi ini berlaku melalui perkahwinan Putri Tunku Nur Aishah (sejarah India menyebut Aisyah Begum) dengan Raja Moghul Bahadur Shah di Istana Kota Naga, Kedah. Telah berlaku perarakan disertai beribu-ribu askar mengiringi pengantin ke istana yang diserikan di antara lain muzik Gendang Keling ini.

ii) Others said that it derives from the word ‘Keliling’ (surrounding), during that period when Sultan or his man came to the village, Gendang Keling will be played as a sign of greeting. There you can see ‘Silat Pulut’ is being held by a couples.

Sebagai seorang yang mahir dialek Kedah, agak sukar bagi perkataan “keliling” bertukar menjadi “keling” kerana keling biasanya merujuk kepada kaum India (dengan maaf, ia terminologi yang baik sebenarnya, tanpa sangkaan buruk atau menghina mana-mana kaum). Sementara silat pulut pula diiringi gendang silat, juga biasanya di majlis perkahwinan.

iii) According to my Guru, many of the Indians who are attracted to the sound came over to watch, some how later on the term ‘Keling’ is used to refer to the show or gendang.

Tidak ada orang-orang India di sekitar tempat asal saya yang dipenuhi sawah padi yang luas datang untuk melihat kumpulan Gendang Keling ini. Tidak tahulah kalau dimainkan di tempat dimana terdapat ramai orang-orang India ini jika mereka turut juga berminat. Yang pasti bunyinya tidak sama dengan gendang Bhangra.

Ikuti persembahan Gendang Keling disini,

http://www.youtube.com/watch?v=Q0X0sg0e5MA

Kumbloi

Kumbloi merupakan sejenis tanglung berbentuk cylinder lebih kurang 3 kaki garispusat dan 7 kaki tinggi dibuat rangka dengan buluh dan dikelilingi kertas putih yang sama dengan kertas wau. Menggunakan prinsip seperti belon panas, ada kepingan isi kelapa kering diikat pada bahagian bawah dan dibakar untuk memanaskan udara bagi mengapungkan kumbloi itu di udara dan perlahan-lahan terbang ke atas. Pembuatannya memerlukan kemahiran yang tinggi lebih-lebih lagi isi kelapa perlu dijemur berminggu-minggu dan beratnya mesti kurang daripada berat badan kumbloi itu.

Beberapa bulan lepas saya ada menyaksikan sebuah filem Vietnam dalam siaran Astro yang mengisahkan seorang raja zaman purba memakai jubah dan kopiah hijau yang kematian isteri dikasihi seolah-olah raja zaman Champa yang pernah berkerajaan di Vietnam. Salah satu acara keramaian ialah memasang kumbloi ini pada waktu malam. Jumlah yang banyak dipasang cukup meriah menghiasi kegelapan malam.

Lalu saya terfikir inilah juga yang dimainkan di kampung saya semasa malam raya. Menurut ayahanda saya, semasa beliau muda dahulu kumbloi ini memang menjadi kebiasaan disediakan dan dipasang untuk menyambut malam raya. Semasa menyambut aidilfitri pada 2001, beliau telah membuat kumbloi ini untuk menunjukkan kepada generasi baru budaya tradisi yang sudah terhakis ini (seperti gambar).

Kumbloi mula-mula didirikan


Api dari lilin dinyalakan dibahagian bawah


Kumbloi mula diapungkan


…dan dilepaskan ke udara.

Bukanlah niat penulis untuk membuat tuntutan bahawa kumbloi ini hak mutlak budaya orang Melayu dari rumpun Siam sahaja. Sekiranya ada persamaan dengan kaum utama lain di Asia Tenggara seperti di Kemboja Cempakasari, sudah pasti tidak menghairankan oleh kerana ‘China connection’ itu tetap ada dalam masyarakat Melayu dari rumpun Siam Islam di Kedah hari ini.

Letupan bedil

Blog sahabat kita, The Malay Press ada menyatakan perihal Sultan Pahang yang masih mengekalkan tradisi bedilan meriam 11 das sebelum dan selepas berangkat menunaikan solat sunat hari raya seperti yang ada tercatat dalam UUK, ms45, sebagai adat istiadat raja-raja zaman dahulu.


Ini saya boleh kaitkan dengan beberapa majlis perkahwinan yang pernah dihadiri di kampung di Kedah yang mana ketibaan pengantin disambut dengan bedilan senapang patah ke udara, bahkan ada yang sampai beberapa laras sampai berdentum dentam. Bukankah pengantin itu raja sehari? Pada zaman dahulu rakyat biasa dilarang memakai pakaian kuning tetapi diberi pengecualian untuk majlis raja sehari. Hendak mencari meriam memanglah sukar dengan itu senapang patah atau meriam kabat sahaja menjadi ganti bedilan meriam.

Disamping itu balai-balai dibina dari batang-batang buluh untuk jemputan kenduri. Daun pokok kelapa di potong bagai arch untuk menghiasi dinding balai-balai tetamu sementara balai memasak dinamakan 'rong bau' turut didirikan. Di sini kita dapat lihat semangat kemuafakatan masyarakat Melayu dari rumpun Siam ini apabila tiba majlis perkahwinan. Pendek kata sekiranya kenduri itu tempohnya tiga hari tiga malam, orang-orang kampung tidak akan balik untuk makan nasi dirumah dalam tempoh tersebut, cukup dengan singgah makan dirumah kenduri.

Apabila menyambut hari raya orang-orang Melayu dari rumpun Siam ini secara keseluruhan masih gemar bermain meriam buluh, meriam tanah, mercun dan pelbagai jenis bunga api walaupun dilarang oleh pihak berkuasa. Meriam yang menggunakan kabat (carbide) diletupkan sewaktu berbuka puasa dan sahur disamping pada malam raya. mercun dan bunga api turut digemari oleh kaum-kaum lain di Malaysia terutamanya kaum Cina bila menyambut Tahun Baru. Ini tidaklah menghairankan kerana teknologi mercun dan ‘gun powder’ itu sememangnya berasal dari negeri China.

Keunikan juadah

Mayarakat Siam Islam Kedah turut mempunyai beberapa juadah kegemaran yang diwarisi turun temurun dan tidak terdapat atau sukar diperolehi dalam masyarakat Melayu lain.

Di antaranya ialah gulai daging lembu atau kambing bersama umbut batang pisang yang paling dalam yang biasanya dimasak untuk hidangan kenduri. Gulai yang dimasak dalam kawah besar ini mempunyai aroma yang sangat menyelerakan dan enak dimakan semasa masih panas. Bangsal memasak ini didirikan khas berdekatan rumah dan dikenali sebagai “kedohok” sementara ketua tukang masak lelaki dipanggil “Tok Khrua”. Resepi pelbagai masakan kenduri ini diwarisi oleh beliau secara turun temurun.

Baru-baru ini turut disiarkan dalam harian Kosmo! rencana mengenai gulai ini yang menurut tukang masaknya seorang pak cik di Kodiang, gulai ini lebih sedap kalau umbut batang pisang itu diambil dari pokok pisang hutan yang tumbuh liar. Ada maklumat mengatakan asalnya umbut pisang ini digunakan untuk menghilangkan bau hamis daging kambing tetapi selepas turut dicuba dengan daging lembu ia menjadi sedap juga.

Daging lembu mentah yang sudah dibersihkan juga dijadikan kerabu dipanggil “kerabu daging mentah”. Daging mentah yang dibuang darahnya dipotong halus dicampur dan diadun dengan bahan-bahan lain seperti serbuk lada hitam, santan dan lain-lain herba sehingga pemakannya jika tidak diberitahu tidak akan perasan bahawa daging itu tidak dimasak menurut kaedah biasa. Ia masak dengan sendirinya berikutan campuran (marinate) pelbagai herba tempatan yang panas sahaja.

Daging panggang yang dicicah dengan air asam campur belacan dan bercili api seakan sudah menjadi hidangan harian semasa bulan Ramadhan. Sebelum dipanggang atas bara api, daging itu dibersihkan, dikapit pada batang buluh dan disapu kunyit bercampur garam secukup rasa. Variasi kepada daging panggang ini ialah lidah dan hati panggang yang juga lazat. Di pekan-pekan kecil seperti Tualang, Tanah Merah dan Kubur Panjang memang setiap hari bulan Ramadhan ada disembelih lembu untuk bekalan daging segar yang sangat tinggi permintaannya. Daging yang lebih boleh pula dikeringkan dengan dijemur bawah sinaran matahari dan boleh digoreng sebagai juadah.

Ada lagi sejenis gulai yang unik dibuat menggunakan pucuk juar atau nama lain pucuk joha. Menurut ibu saya yang pernah menghadiri kenduri perkahwinan saudara mara di Patani, gulai pucuk johar menjadi hidangan utama kenduri di samping pulut kuning sementara di tempat kami ia hanya hidangan biasa. Orang-orang Melayu dari rumpun Siam di Kedah hari ini masih lagi mempunyai saudara mara di Patani Yala dan Narathiwat. Kedudukkan tempai ini sebenarnya tidak jauh kerana ia boleh di masukki melalui pekan Durian Burung (lihat peta voyage map di sebelah kanan).

Pelbagai jenis kerabu daripada hasil tumbuhan juga sangat enak dimakan. Di antaranya yang saya kira unik ialah kerabu umbut pokok rumbia, nyiur, dudor (sejenis pohon palma tumbuh di belukar), kerabu udang bendang, siput pahit masak lemak daun kadok, nasi lemak kuning, buah beka dan jantung pisang. Ulam kegemaran pula ialah seperti petai bakar atau rebus, pucuk cemamar dan sejenis pucuk hutan dipanggil setang berasa pahit campur lemak yang perlu dilayur pada api dahulu.

Ada sejenis cendawan dipanggil kulat tahun atau “het pi” yang sangat enak dibuat kerabu bercampur kerisek kelapa dengan rasanya pahit-pahit lemak. Cendawan ini berwarna putih campur kehitaman tumbuh selepas musim hujan di bawah sejenis pokok bakau di darat. Di kawasan yang orang-orang tidak tahu cara memakannya, cendawan ini hanya dibiarkan begitu sahaja kerana tidak tahu ia boleh dimasak dan dimakan.

Satu lagi yang unik ialah sejenis tumbuhan sayur dipanggil daun maman yang dijadikan jeruk. Jeruk maman dicampur dengan menghiris bawang kecil dan cili padi dan di makan dengan nasi. Memang menyelerakan. Juadah ini turut menjadi salah satu sajian di istana Sultan Kedah sekarang. Tak lupa juga ikan sepat pekasam memang tetap menjadi hidangan yang cukup istimewa.

Seterusnya, sejenis ketupat dipanggil chang yang diperbuat dengan pulut dan dibalut dengan daun buluh. Bagaimana pun hanya generasi tua yang mahir membuatnya dan ia sudah mula pupus dalam masyarakat Siam Islam. Orang-orang selatan Thai juga ada ketupat ini tetapi lagi sekali siapa ambil siapa punya? Tidak hairanlah jadi begitu memandangkan mereka juga dari rumpun yang sama dengan orang-orang Siam Islam di Kedah. Sekiranya mereka-mereka ini berada didalam Malaysia sudah pasti mereka dikenali sebagai Melayu.

Selain laksa yang menjadi hidangan keseluruhan masyarakat Melayu, kami juga ada laksam yang berupa kepingan tepung beras kukus yang dipotong seperti koay teaw. Laksam ini juga boleh didapati di Lembah Kelang yang dijual peniaga dari negeri Kelantan tetapi Laksam Kelantan sedikit berbeza kuahnya daripada Laksam Kedah.

Walaupun secara umumnya, juadah Kelantan banyak menggunakan gula tetapi beberapa juadah seperti Daging Bakar, Daging Kering, Laksam dan pelbagai jenis kerabu memang hampir sama dengan masakan orang-orang Melayu dari rumpun Siam Islam di Kedah. Apabila membuat perbandingan dengan Kelantan, perlu diperhatikan bendera kedua-dua negeri ini mempunyai latar belakang merah yang sinonim dengan ‘China connection’ dari sejarah zaman silam. Tidak menghairankan bagi mereka yang mengetahui sejarah realiti.

anaianai:Bercakap mengenai hubungan kebudayaan dengan China saya teringat mengenai satu kepercayaan iaitu sewaktu gerhana bulan dizaman dahulu. Orang-orang kampong di Kedah akan turut memukul periuk belanga sewaktu gerhana sedang berlaku. Kaedah ini dilakukan kerana kepercayaan bahawa Naga sedang menelan matahari dan harus dihalau dari terus berbuat demikian. Anehnya, kepercayaan ini berasal dari kepercayaan orang-orang China. Seperkara lagi kalendar orang orang Melayu dari rumpun Siam Islam juga mengambil kira tahun-tahun binatang menurut calendar China akan tetapi tahun khinzir telah ditukarkan ke tahun kura-kura.

Pasai makan nie ish ish...rugi hampa dok sana no?....aku nak p pekena dah nie...jom aku belanja..hehehe, terima kasih mi untuk artikel nie.

Tuesday, June 24, 2008

BE-RUAS BERMAKSUD, PUAK-KAYA

Kami bersyukur dan berterima kasih diatas emel yang kami terima dimana ramai pembaca dan peminat sejarah akhirnya menjumpai sesuatu yang amat bernilai dalam penulisan sejarah diblog ini. Bukanlah tujuan kami untuk mempengaruhi minda saudara pembaca, sekadar menceritakan semula sejarah realiti dengan petunjuk dari sedikit ilmu yang ada.

Saudara/i pembaca berhak untuk membuat penilaian sendiri dengan merujuk kepada mana-mana rujukkan lain atau pengalaman yang telah sedia ada. Bagi kami, yang akan menunjuk kebenaran kepada saudara/i ialah Allah swt juga, bukannya kami kerana itulah kebenaran agamanya, zaman Empayar Islam milikNya.

Namun begitu, bukti-bukti sejarah kita zaman dahulu masih ada dan harus di kaji dan dilihat semula. Pada masa yang sama waris-warisnya juga masih ada untuk menceritakan semula sejarah realiti sebagaimana ia pernah berlaku disatu ketika dahulu.

Baru-baru ini kami di hubungi oleh saudara Salmi mengenai satu artikel di akhbar Kosmo! bertajuk ‘Teruskan penerokaan artifak di Beruas” . Sila saudara/i rujuk dibawah.

Sila klik untuk membesarkan imej diatas

Kami amat bersetuju dengan penulis artikel tersebut memandangkan banyak makam-makam lama sejarah kita terpinggir dengan begitu sahaja terutama sekali di Beruas. Ini berikutan tindakan pemerentah dahulu yang menjemput penjajah Inggeris membuka ladang-ladang getah dan penempatan baru tanpa menghiraukan samada ia tapak bersejarah atau tidak. Dengan sebab itulah, hari ini kita mendapati banyak makam-makam lama yang bersejarah milik kita berada ditengah laman rumah penduduk, dalam dusun, dalam ladang getah dsbnya.

Jemputan untuk membuka ladang-ladang getah tanpa menghiraukan kesan-kesan sejarah dikawasan-kawasan Lubuk Pusing Sungai Merbok menyebabkan Makam Raja Merong Mahawangsa berada dalam ladang getah.

Di Malaysia hari ini seolah-olah ada trend dimana peninggalan sejarah tidak begitu dititikberatkan sehingga ia terhad kepada pengkaji tertentu sahaja. Jangan katakan peningalan sejarah yang lama, yang agak terbaru pun di buang/dimusnahkan begitu sahaja tanpa memikirkan apakah generasi akan datang akan dapat berpeluang menikmati atau mengetahui mengenai sesuatu sejarah itu. Di Pulau Pinang, contohnya keretapi tram membawa penumpang sepertimana di San Francisco tidak ada lagi untuk kita generasi hari ini melihatnya, namun nama dan laluannya masih ada.

Perumahan kakitangan kerajaan di Jalan Pegawai, Alor Setar dirobohkan dan didirikan kompleks kedai 3 tingkat dan nama jalan pun turut ditukar. Penulis berpendapat banyak kesan sejarah kita walaupun masih baru lebih baik dikekalkan. Diatas nama pembangunan untuk rakyat, kerajaan harus membina bandar baru di tempat lain demi untuk membesarkan kawasan bandar. Setakat ini di Sungai Petani yang pesat membangun belum lagi berlaku tindakan sedemikian rupa.

Berbalik kepada sejarah Bruas, dikawasan makam-makam peninggalan sejarah ini bukanlah terdapat satu makam sahaja tapi terdiri dari banyak makam-makam lain yang telah dibuang batu nesannya untuk dijadikan penempatan baru penduduk. Namun begitu bagi makam-makam yang unik rekabentuk seperti berbatu nisan Acheh, ia tidak diusik walaupun generasi hari ini yang tinggal disitu tidak lagi mengetahui makam siapakah itu.

Situasi sebegini samalah sepertimana yang berlaku di Sungai Mas dimana ditemui Istana Raja Merong Mahawangsa yang diletupkan oleh tentera Thai antara tahun 1876-1881 sewaktu mereka menjajah Kedah, Istana Kota Naga yang kini menjadi ladang getah, Istana Kota Mengkuang (Meang Kuang bermaksud Nagara luas) yang dijadikan kuari, Istana Pinang Tunggal (jadi permaisuri tunggak Negara) telah dijadikan loji air.

Seterusnya Istana Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan Madzaffar Syah I di Sungai Mas, berhampiran Kota Kuala Muda telah dijadikan penempatan penduduk, Istana Bukit Tereh di Johor yang turut dijadikan loji air, Istana Kota Aur, Kota Sarang Semut, Kota Raja Kuala Ruman, Istana Pulau Tiga di Bandar Laguna Merbok Sungai Petani yang kini hanya tinggal sebutan nama sahaja (tiada papantanda) walaupun kesannya masih ada dan banyak lagi contoh-contoh yang boleh kami berikan.

Sekitar tahun 1821, Istana Pulau Tiga ini masih ada kerana Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pernah tinggal buat sementara waktu (melarikan diri dari Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang) sebelum berangkat ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Melaka. Kemudian, sekitar tahun 1876, Sultan Jaafar Mad Azam Syah pernah juga bersemayam disitu sebelum berlepas ke Merbok dimana baginda ditangkap, di siksa di Ruat, dan dibunuh di Gurun.


Pintu Gerbang Kota Kuala Muda dengan kesan pahat pada ‘arch’ nya. Adalah dipercayai asalnya terdapat tulisan kalimah Syahadah pada kesan tersebut.

Lambang teratai ini sama rekabentuknya dengan rekabentuk teratai di dalam Istana Raja Monggol India dan juga di Masjid Xian di China. Sila saudara/i baca artikel Raykinzoku Fotopages di link sebelah kanan mengenai lawatan beliau ke china baru-baru ini.

Tidak mungkin penduduk dizaman dahulu sekadar memberikan nama pada kota, namun kotanya tidak ada. Janganlah kita ingat orang-orang kita dahulu malas dan bodoh sepertimana kata penjajah Inggeris dalam penulisan mereka. Angkara ini semua adalah kegiatan penjajah zaman dahulu yang berjaya menutup sejarah bangsa kita, bangsa yang telah lama bertamaddun dan hari ini dikenali sebagai Melayu. Sesungguhnya, bangsa Melayu hari ini banyak rumpunnya dan merupakan satu bangsa yang hebat sejarahnya semenjak zaman dahulu.

Shah Alam Bahadur as Muazzam,

Extremely rare tata mint silver rupee of Muazzam Syah, 1707, mughal Empire,

Di petik dari,

http://www.vcoins.com/ancient/ancientcoinscanada/store/listCategoriesAndProducts.asp?idCategory=194

Apabila adanya kaitan sejarah kita dengan Raja Monggol India dalam berkerajaan, kita tak perlu hairan lagi kenapa ada Mamak Bendahara di Melaka, mengapa Tun Seri Lanang pengarang Sulalatus Salatin berketurunan India Muslim, begitu jugalah dengan raja-raja Patani.


Nai Hisbu Mad Azam Syah adalah cicit kepada Tok Temeng, Raja Gangga Nagara (Tei-meng, bermaksud tempat-kamu) yang membuka Gangga Nagara. Gan-ngga adalah dari bahasa Siam Kedah bermaksud, barang-perdagangan.

Tok Temeng hanyalah gelaran dalam bahasa Siam sahaja. Nama sebenar baginda ialah Tunku Mohammad Chan dan baginda memakai gelaran Sultan Mohammad Johan Syah III. (rujuk salasilah 2 dan 3). Maklumat terbaru yang kami temui dalam Adat Acheh, terdapat nama-nama jawatan yang mengendalikan perdagangan dan pelabuhan seperti Syahbandar Mutabar Chan, Seri Purba Chan, Nadhar Majelis Chan. Nama atau gelaran ini asalnya datang dari nama Tunku Mohammad Chan yang pernah memegang jawatan ini ketika usia baginda muda.

Baginda datang dari Acheh berserta pengikutnya untuk membuka lombong-lombong bijih disekitar Pantai Remis (re-meh bermaksud, kaya-perahu). Bonda baginda adalah Ratu Minye Acheh yang berkahwin dengan Tunku Nazreen (bergelar Ramesuan di Ayuthia). Ratu Minye Acheh adalah puteri raja Parsi berketurunan Arab yang beragama Islam. Dengan itu tidak hairanlah mereka berkuasa keatas Kedah dan Pasai sepertimana catatan pada batu nesan Ratu Minye Acheh (Gusta barubahsa...). Mereka tidak perlu menyerang Kedah atau semenanjong melaka kerana pemerentahnya bersaudara.

Batu nesan Ratu Minye Acheh (Gusta barubahsa...).

Nama Muhammad Syah ada termaktub dalam UUK, di ms 14. Kesilapan pengkaji sejarah kita barangkali ialah membaca secara terus sebagai satu nama. Ia sepatutnya, Sultan Rijaluddin ibni (bin) Muhammad Syah. Muhamad Syah ialah nama sebenar Tok Temong. Sultan Rijaluddin (1424-1428) inilah yang bergelar Parameswara Melaka dan bersemayam di Istana Kota Naga, Jitra Kedah. Parameswara bermaksud, bawa ditempatkan kamu kaya atau ringkasnya membawa orang-orang Kedah untuk berlombong bijih timah di Kota Lukud ketika itu. Lukut terletak berhampiran dengan Port Dickson dan dulunya berada dibawah Melaka. Lu-kut bermaksud, masyur-korek iaitu melombong bijih timah. Disinilah terdapat istana yang mana kemudiannya keturunan baginda iaitu Sultan Mahmud Syah Khalifatullah Akhirul Zaman bersemayam sewaktu belanda menyerang dalam tahun 1641 dahulu.


Bilakah zaman Sultan Rijaluddin itu? Tahun masihi 1414-1424 bukannya terkemudian. Sebab itu kami sebut ia ditulis berperingkat peringkat, tulis hari ini rujuk zaman pemerintah terdahulu. Penghujongnya, tercatata tahun 812 masihi (222 hijrah) tarikh mulanya undang-undang ditulis, kerana pada masa itulah tarikh asal UUK mula termaktub menjadi undang-undang, lebih dahulu dari zaman Sukhothai sekitar tahun 1100-1200 sahaja. Maharaja kita membuat penambahbaikkan mengikut zaman mereka memerintah namun tarikh mula-mula termaktubnya undang-undang itu tetap tidak ditukar.

Makam Sultan Rijaluddin bergelar Parameswara Melaka dan permaisurinya Puteri Lindungan Bulan di Kota Seputeh (sebenarnya Si Puteh). Putri Lindungan Bulan ini adalah adinda kepada Laksemana Cheng Ho yang beragama Islam, segak, puteh melepak lalu baginda digelar Si Puteh.

Sekiranya kita meneliti semula, ketika itu Semenanjong Tanah Melayu masih lagi bergelar Melaka. Dengan itu, minda kami mula terfikir zaman kegemilangan Melaka ketika itu berada di mana? Adakah berada di Melaka Bandar Hilir sekarang ini ATAU di Kedah (termasuk Beruas) atau seluruh semenanjong Melaka? Di permulaan manuskrip UUK, ia menceritakan suasana pelabuhan di Kedah lengkap dengan nama tempat (Tanjong Pauh, Ampang Jajar) yang masih ada hingga ke hari ini. Bagi kami, kemasyuran Melaka ketika itu bukan saja terletak di Pelabuhan Melaka malah seluruh Semenanjong Melaka (nama lama bagi semenanjong Tanah melayu).

Undang-undang Kedah dikatakan ditiru dari Undang-Undang pelabuhan Melaka, tetapi Melaka yang mana satu? Di Kuala Muda Kedah kami telah berjumpa dengan orang-orang China yang datang kesini lima ratus tahun yang lampau, wajah mereka mirip orang-orang melayu tempatan. Generasi mereka dahulu telah membawa batu yang diukir naga (seperti jenis batu pengisar tebu) dari negeri China. Mereka ini nampak gayanya bukan terdiri dari gelombang terakhir yang berhijrah ke Semenanjong Melaka. Batu pengiisar tebu turut juga ditemui di Beruas, bukan sahaja di Lembah Bujang.

Jika kita nilai semula angkatan Laksemana Cheng Ho untuk berjumpa dengan Sultan Rijaluddin yang bergelar Parameswara ini, dimanakah lokasi sebenarnya, di Melaka Bandar Hilir atau di Kota Naga? Sedangkan kita baru tahu Sultan Rijaluddin adalah adik ipar Cheng Ho melalui perkahwinan Sultan Rijaluddin dengan adindanya yang dikenali sebagai Puteri Lindungan Bulan (disebabkan putih kulitnya) . Lagi pun Laksemana Cheng Ho beragama Islam pun kita baru saja mengetahuinya.

Kalau benar pertemuan berlaku di Melaka Bandar Hilir, dimanakah Istana Sultan Melaka hari ini? Replika yang ada hari ini hanyalah berdasarkan kepada pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat sahaja, lalu dihasilkan rekabentuk istana tersebut. Kota yang ada di Bandar Hilir pula adalah Kota Portugis bukannya Kota Melaka. Kota melaka sebenarnya berada di Kota Lukut tetapi sudah pun dimusnahkan bangunannya. Pada ketika itu Lukut berada dibawah wilayah Melaka kerana Negeri Sembilan belum wujud lagi. Patutlah Istana Kota Naga boleh dimudikki melalui sungai ke Makam baginda Sultan Rijaluddin di Kota Seputeh.

Istana ini dimusnahkan oleh tentera thai sepanjang 5 tahun mereka mula menjajah Kedah (Terdahulu mereka telah membunuh Sultan Jaafar Muadzam Syah di Gurun Kedah dalam tahun 1876). Malah berhadapan pintu masuk jalan besar ke Kota Seputeh terdapat sebuah Wat Buddha. Mereka ini adalah keturunan dari tentera thai yang diarahkan berkampung disini sewaktu Kedah dijajah mereka antara tahun 1876-1881. Ingatlah, sebelum daripada tarikh 1876, tidak ada Wat Buddha di negeri Kedah ini. Mereka kekal beranak cucu disini dan menjadi rakyat Malaysia. Sewaktu mereka berada disini dahulu, jangan lah berdetik apa-apa bentuk penghinaan kepada Sultan Abdul Hamid kerana mereka diarah oleh raja thai di Bangkok untuk menjaga baginda memerentah di Kedah, dan dengan itu diwaktu inilah terhasil buku Al tarikh Salasilah Negeri Kedah yang karut itu. Bukan satu wat sahaja yang ada di kedah malah jumlah nya melebihi 10, di pelbagai lokasi demi menjaga kepentingan dan kekuasaan baginda.

Istana Kota Naga juga boleh dimudikki hingga ke Alor setar (belakang Istana Anak Bukit) dan seterusnya ke Kuala Kedah, pelabuhan yang dimaksudkan dalam UUK. Pun begitu banyak data dan rekod perkapalan lebih banyak merujuk kepada Melaka di Bandar Hilir. Mungkin, rekod perkapalan disini dimusnahkan oleh penjajah untuk membesarkan kewujudan Melaka Bandar Hilir. Walau apa sekali pun andaian kita hari ini, kita tetap dibawah satu kerajaan ketika itu dengan Bandar Hilir di Melaka dan ulunya terletak di Ulu Melaka, Pulau Langkawi Kedah.

PS: Kita sebagai orang Melayu hari ini (dulunya Siam) adalah satu bangsa yang telah lama hidup bertamaddun semenjak zaman Raja Iskandar Zulkarnain dan hari ini kita beragama Islam. Bangsa Siam islam ini digelar Summu Ul Amir oleh Raja Parsi Iskandar Zulkarnain yang bermaksud, satu bangsa darjat yang tinggi lagi mulia. Ketika Undang-undang Kedah milik kita termaktub sebagai undang-undang pada tahun 222 hijrah bersamaan 812 masihi di Acheh, kita sudah pun bertamaddun. Ketika itu, Raja bangsa musuh puak kafir masih lagi belum bertamaddun, masih tinggal dalam gua dan diatas pokok. Hanya meraka yang baru nak faham erti ketamadunan sahaja sememangnya tidak akan faham undang-undang orang yang telah lama bertamaddun kerana mereka tiada petunjuk dari ALLAH SWT.