Tuesday, June 17, 2008

SEMPADAN BUMI MELAYU MASA SILAM

Ada pembaca yang tidak bersetuju apabila kami mengatakan Kedah tua adalah sebuah negeri yang jauh lebih besar dari negeri Kedah hari ini. Walau bagaimana pun, ramai rakyat Kedah hari ini mengetahuinya dari mulut orang-orang tua mereka.

Voyage map disebelah kanan blog ini boleh membawa saudara/i pembaca untuk melihatwilayah dan nama-nama tempat yang masih lagi dalam bahasa melayu. Kena sabar sikitsekiranya lambat 'loading'. Nama-nama tempat seperti Pase Panjang, Kampong Talok (Telok), Kampong Chena masih lagi ada disana. Caranya mudah sahaja, layari peta tersebut hingga ka Ranong, tekan + untuk "close up", pasti saudara/i tidak akan terlepas pandang. Malah, masih tercatat lagi kawasan tersebut sebagai 'Malay Peninsular'.


Disamping itu kami ingin menarik perhatian saudara/i mengenai keratan diatas sempena lawatan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah beberapa tahun lepas 'which is self explanatory'. Sempadan tersebut wujud paling lewat sewaktu Raja Siam Nam Bang, Khalifah Syarif Abu bakar Syah berkuasa di sana selepas meninggalkan Kota Ayuthia yang ditawan oleh puak Sukhothai dalam tahun 1767. Nam-bang bermaksud air-telok.

Click untuk besarkan. Ehsan dari Naim Firdausi.




Kemungkinan besar penulis tidak mengetahui siapa itu Raja Nambang atau maksud nam-bang itu sendiri. Penulisan sejarah Patani ada juga menyebut baginda sebagai Raja Bakar atau nama penuh baginda Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ibni Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah. Keratan diatas dipetik dari, Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka,ms xxi, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.

Keratan diatas bukannya adinda, tetapi kekanda. Terdahulu, Sultan Muhammad Jiwa telah berkahwin dengan adik Syarif Yang Di Pertuan (jadi adik ipar lah). Adik Syarif ini anak bongsu, jadi Paduka Seri Bongsu dalam UUK merujuk kepada Sultan Muhammmad Jiwa dan Nang Che Puan suami isteri. Paduka Seri Bongsu inilah yang menjadi Perdana Menteri Kedah dan bersemayam di Anak Bukit.

Nang Che Puan pula bergelar Phumintaraja dan pada masa inilah dikatakan Sultan Muhammad Jiwa ini pergi merantau belajar agama, pada hal dia turut berada di Ayuthia menemani permaisurinya (pandai depa klentong). Tentera Bugis, Minangkabau dan Majapahit bukan campurtangan, mereka dijemput oleh Khalifah Syarif Abu Bakar Syah (nama penuh) untuk menentang Thai yang berkuasa dari Ser genting Kra keatas dan sudah mula hendak menyerang kebawah sempadan ini. Lihat artikel kami sebelum ini,"Menjejaki tinggalan sejarah di Pendang".


Wat Kai (ayam) di Ayuhtia adalah sebuah bangunan yang dikatakan zoo atau tempat pemeliharaan binatang raja-raja zaman dahulu dan begitu juga hari ini. Boleh kah kita percaya zaman dahulu bangunan secantik ini digunakan untuk tujuan demikian sahaja. Sedangkan kita tahu bahawa Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin ini memperkenalkan duit kedah yang bersimbol ayam dan dinamakan duit ayam Kedah. Binatang apa yang tercegat depan istana Pumintaraja Nang Che Puan di Ayuthia itu? Pada dinding tangga dibelakang ayam itu ekor binatang apa kalau bukan naga dan naga ini pula simbol siapa diwaktu itu?


Gambar dari buku bertajuk, "Beruas Kerajaan Melayu Kuno di Perak" karya Dr Othman Mohd Yatim dan Nk Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, terbitan Persatuan Muzium Malaysia

Setelah Istana Kota Meang-Kuang (bermaksud, nagara-luas)siap baginda berpindah ke istana baru dan di situlah baginda dibunuh oleh tentera Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821. Kedudukkan istana itu dibocorkan oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, Laksemana Laut ketika itu, bukannya Sultan Kedah.

Pada ketika itu (antara 1767-1821) wilayah yang di tawan mungkin sekitar Ser Genting Kra keatas sahaja. Lihat tasik daerah Songkhala dan Phattalung yang dimaksudkan dengan Nambang itu dalam 'voyage map'. Cucu baginda, Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang pula menjadi Raja Songkhala dan membuka Ban Nai Lang. Ban-Nai-Lang bermaksud Kampung-Syed-Alang. Nama baginda Syarif ada dalam rekod Patani sebagai Raja Bakar dan dalam manuskrip UUK Kedah muka surat 42 dan 43 sebagai syarif dan menteri, "...pada masa itu ialah raja".


Muka surat 42....


...dan mukasurat 43, Manuskrip Undang-Undang Kedah....hmmm...bukan orang thailand saja yang tahu guna gajah.

Thursday, June 5, 2008

Surat dari Pejabat MB Kedah

Ramai berpendapat Nai Long Kasim akan mendiamkan diri dalam suasana kemelut politik yang sedang berlaku di Malaysia hari ini. Namun tidak begitu, beliau masih lagi berhubung dengan beberapa pihak untuk menuntut kembali hak-haknya.

Kami kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh beliau, tidak sepadan dengan usia beliau, tidak mengerti maksud keletihan. Pasal bercakap mengenai sejarah Kedah, udahlah lancar, ibarat peluru mesingan keluarnya. Apabila menziarahi mana-mana makam pun, beliau sendiri akan memandu Pajero milik nya dan menghulurkan sedekah yang kami kira agak berlebihan kepada penduduk tempatan untuk membersihkan makam-makam disitu. Begitulah sikap beliau.

Terkini, beliau menyediakan semula salinan bukti-bukti yang cukup lengkap lalu menulis kepada Menteri Besar Kedah yang baru. Beliau berkata sekiranya kerajaan BN yang memerentah dahulu membawa keluar kesemua surat-surat yang pernah dihantarnya, sudah pasti MB Kedah yang baru tidak tahu menahu mengenai tuntutan hak-haknya. Dengan itu, beliau berusaha menulis semula surat baru untuk MB Kedah.

Baru-baru ini beliau mendapat jawapan melalui satu salinan surat yang dialamatkan kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah oleh Setiausah Sulit Kanan Menteri Besar meminta persatuan tersebut untuk memberi penjelasan. Inilah kandungan suratnya.


Yang dituntut bukannya takhta Sultan Kedah sekarang tetapi takhta dan eset Sultan Jaafar Mad Azam Syah (1862-1876). Sila 'click' pada imej ini untuk dibesarkan.


Kami kira kerajaan PAS yang memerentah Kedah bertindak berani untuk mendapatkan penjelasan sejarah dari Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah berbanding kerajaan BN yang memerentah dahulu (akuan penerimaan surat pun tidak ada). Maklum sajalah, tuntutan Qutbah Wida. Tahniah dari kami.

Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya.

(Salam untuk Nana dari Swiss Inn, Pian U. Zahari dari KL, pengunjong terbaru blog ini)

Antara Hak dan Realiti

Salam hormat untuk semua pembaca blog ini.

Kami telah menceritakan semula banyak perkara mengenai bukti-bukti sejarah yang dipinggirkan yang mana sekiranya kita gabungkan bukti-bukti yang masih ada barulah kita mendapat jawapannya. Akan tetapi tidak semua yang kita boleh dapat kaitkan kerana kunci utama terletak kepada,

1) Wasiat yang diperturunkan kepada Tuanku Nai Long Kassim ibni Nai long Ahmad, waris mutlak, Maharaja Empayar Islam Benua Siam Kedah.

2) Manuskrip Undang-Undang Kedah bertulisan jawi yang telah dibukukan dalam teks rumi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka , 2005 sebagai bukti bertulis.

Terdahulu, sepertimana pengkaji sejarah lain, penkajian kami mengenai sejarah Kedah diperingkat awal turut menemui jalan buntu. Soalah-olah ada persoalan yang belum terjawab. Kami merasakan seolah-olah kami menulis semula sejarah yang telah sedia ada, versi penjajah yang mana bila kita lakukan “check and balance, it doesn’t make sense”. Lalu penulis teringat kepada Nai Long Kasim abang pupu yang cekap menceritakan semula sejarah Kedah disuatu masa dahulu. Mungkin dia dapat membantu.

Setelah berbincang dengan beliau, penulis sendiri tercengang dan teringat semula kisah-kisah yang di pernah diwasiatkan kepada penulis seketika dahulu (sekitar tahun 1969 dan 1973 dan 1976) oleh arwah datuk. Kisah yang diriwayatkan kepada penulis yang mana penulis menganggap sebagai cerita sahaja kini menjadi wasiat yang sudah jatuh hukumnya keatas penulis. Penulis terharu setelah mendengar semula kisah ini rupa-rupanya benar, apatah lagi setelah meneliti dan mengkaji semula Undang-Undang Kedah berkali-kali.

Lebih terharu lagi apabila mengetahui Long Jaafar itu adalah Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang dibunuh di Gurun Kedah dalam tahun 1876 dahulu. Baginda ketika itu sudah pun mengetahui berada diambang maut kerana ada surah yang sering baginda amalkan sebelum tidor tidak lagi dapat dibaca hampir sebulan sebelum baginda ditangkap oleh tentera Thai dengan izin Inggeris. Turut hadir sama ketika baginda ditangkap itu ialah Sultan Abdul Hamid (yang memihak sebelah tentera thai), juga dari kaum keluarga baginda kerana berkahwin dengan Nai Sofiah. Tidak lama selepas mengadakan perbincangan dengan Nai Long Kasim itu, datanglah petunjuk dari Allah swt, satu demi satu, ditunjukkan kebenaran sejarah ini.

Saudara, ramai dikalangan pembaca blog ini juga mengalami apa yang di panggil “...ahhaaa.. experience” apabila membaca artikel-artikel yang kami muatkan didalam blog ini. Penulis juga sudah pasti turut mengalaminya diawal pengkajian ini. Ada diantara pembaca setia yang sanggup balik kampung bertanya kepada orang-orang tua mereka mengenai sejarah keluarga mereka, setakat mana yang masih diketahui. Ada juga yang lantas menghubungi kami untuk mengesahkannya. Banyak persoalan mereka yang selama ini tidak terjawab, mereka menemui jawapannya disini.

Malah ada seorang pembaca yang memaklumkan kepada penulis bahawa datuk kepada datuknya adalah seorang China akhirnya terjawab apabila membaca artikel diblog ini. Rupa-rupanya moyang nya itu adalah salah seorang daripada 34,000 tentera China Manchu yang beragama Islam yang dihantar oleh Maharaja China Manchu iaitu bapa mertua kepada Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang. Hari ini, sudah pasti pembaca tersebut adalah seorang berbangsa Melayu yang berasal dari Langgar, Kedah, bukan lagi dianggap berketurunan China.

Ada yang mengucapkan tahniah diatas pendedahan sejarah realiti ini dan tidak kurang juga yang mengutuk dan menghina kami. Mungkin kerana kedudukkan mereka terancam lalu mereka menghantar emel yang sebegitu rupa. Kami bukanlah bertujuan untuk menghina sesiapa pun akan tetapi sebagai generasi hari ini kita harus sedar sejarah yang sedang dipelajari oleh genarasi baru rakyat Malaysia hari ini penuh dengan kepincangan, tergantong kisahnya dan tidak munasabah dan harus didedahkan kebenarannya.

Kadang-kadang kami terfikir, “......macamlah orang melayu zaman dahulu tidak cerdik untuk menangani masalah” sedangkan kita bangsa yang bertamadun, ada peraturan, ada undang-undang Kedah iaitu undang-undang Islam, ada kerajaan, ada sistem bermasyarakat, sosial dan politik, kenapkah kita dijajah? Kenapa sejarah kita digelapkan? Kepentingan siapakah yang masih kita lindungi hari ini, rakyat atau segolongan elit yang sudah tiada tetapi dulunya mereka bersekongkol dengan penjajah memadamkan sejarah bangsa. Adakah dengan mendapat pingat dan gelaran Datuk, kita lupa tanggung jawap kita sebagai seorang Islam? Segeralah bertaubat kerana hukum Allah masih lagi berjalan. Selagi kita tidak berterus terang selagi itulah kita tidak akan dapat memahami sejarah realiti, tentang apa yang sebenarnya berlaku. Ingatlah tuntutan Qutbah Wida sekiranya kita terus bersubahat dalam hal ini menidakkan yang hak.

Di samping itu kami tidak menyuruh sesiapa pun membenci Raja Thailand atau mana-mana Sultan di negeri-negeri yang bernaung dibawah Malaysia. Kita tahu bahawa kita sekarang berada dalam zaman moden namun harus ada ruang untuk sessi perbincangan dan muzakarah, sekiranya diperlukan. Ruang harus diberikan untuk penilaian semula sejarah negara kita. Sebagai rakyat Malaysia hari ini, kita berhak tahu kenapa Inggeris memecah dua Semenanjong Melaka kepada Tanah Thai (Thailand) dan Tanah Melayu, dari satu kerajaan Empayar Islam yang besar dan seterusnya mencanangkan ketuanan Melayu. Inilah yang dilaungkan oleh pemimpin kita hari ini. Tahukah mereka sejarah sebenar asal bangsa Melayu itu? Sekiranya kita berhak tahu sejarah realiti yang telah diwasiatkan dimanakah pula hak waris mutlak ini, haruskah kita pinggirkan dia apabila kita mengetahui sejarah realiti, ibarat mendapat madu sepah dibuang? Fikirkanlah saudara, hukum masih berjalan.

Kita di Malaysia hari ini harus ingat bahawa kaum Melayu, India dan China adalah berasal dari satu kerajaan, sebuah empayar Islam yang kukuh lagi digeruni disuatu masa dahulu. Rakan-rakan kita dari kaum China sudah kehilangan Maharaja Sai Tee Sung tetapi keturunannya masih ada dalam waris mutlak Empayar Islam Benua Siam Kedah. Begitu juga rakan-rakan dari kaum India, mereka sudah kehilangan Raja Monggol India, Zahiruddin Bahadur Syah akan tetapi warisnya juga ada pada waris mutlak ini, iaitu Nai Long Kasim Nai Long Ahmad. Beliau adalah simbol perpaduan kaum di Malaysia samada kita bersetuju mahupun tidak. Kewujudan beliau tidak hanya mewakili kaum Melayu sahaja di Malaysia hari ini, malah untuk tiga etnik majoriti.

Sekiranya kita tinjau di Thailand, menurut rakan penulis, penguasaan bahasa Inggeris sangat lemah walau pun diperingkat IPT mereka. Tidak mungkin rakyat mereka akan faham sejarah sebenar sekiranya kita dedahkan sejarah realiti menggunakan bahasa Inggeris sekali pun, mungkin ia akan mengambil masa seketika. Ahli akademik mereka mungkin faham, namun janganlah kita merasa hairan sekiranya pemimpin mereka sudah faham sejarah sebenar setelah mengunjongi blog ini atau mendapat maklumat dari sumber lain. Malah ada pemimpin mereka hari ini telah berani bertindak menghina raja Thai. Mungkin mereka sudah mengetahui sejarah, siapa itu Raja Siam dan siapa itu Raja Thai sebenarnya. Nampak gayanya, penulisan diblog ini tidak hanya sampai kepada saudara sahaja.

Pengsejarahan mereka yang dipelajari disekolah-sekolah mereka masih lagi mengatakan bahawa Siam adalah sebuah kerajaan Buddha dan bersambung kepada Raja Chakri Sukhothai hari ini. Sekiranya begitu kenapa dalam bahasa Siam Islam Kedah su-kho-thai bermaksud, puak-musuh-kafir. Kenapa manuskrip Undang-undang Kedah menceritakan sebaliknya yang kita telah pelajari disekolah dahulu? Kenapa peta Siam meliputi hingga ke Pulau Jawa dan Sumatera? Di Thailand pula ada undang-undang Le Majeste dimana taraf raja mereka tidak boleh langsung dipertikaikan atau di persoalkan. Mungkin mereka takut rahsia mereka akan terbocor. Untuk maklumat saudara pembaca, terdahulu sejarah mereka telah diedit semula oleh Mongkut dan Chulalongkorn dan banyak lagi manuskrip bertulisan jawi yang dirampas sewaktu menawan Ayuthia dalam tahun 1767 masih lagi disimpan didalam arkib raja mereka.

Kepada mereka semua, ALLAH yang dulu masih ada, biarlah DIA yang memberi petunjuk mahupun balasan sewajarnya. Kami tidak perlu merasa takut sesama makhluk yang merasai maut kerana kami lebih takut kepada Allah yang menjadikan makhluk itu.

Doa kami,

“Ya Allah Ya Habibullah Ya Sayyidina Muhammad Rasul, bantulah kami, lindungilah kami, beri petunjuklah kepada kami kejalan Mu yang benar lagi lurus. Sesungguhnya dirimulah yang menguasai yang awal (huwalawallu), yang akhir (huwalakhiru), yang zahir (huwalzahirru) dan yang batin (huwal batinu). Waris mu dari Bani Hasyim dari keturunan baginda Rasulullah SAW masih ada dikalangan raja-raja melayu hari ini, namun dinafikan hak mereka. Bukalah hati mereka-mereka yang berkuasa hari ini, juga hati-hati mereka yang yakin kepada kebenaran mu dan agama mu Ya Allah, dan musnahkanlah musuh-musuh yang menentang agama mu, Ya Allah…”

Kami akui bahawa kami juga "bersifat la haula wala" (tidak ada daya upaya), kami tidak ada jawapan untuk kesemua permasalahan sejarah, namun pembaca dan peminat sejarah tetap berkunjong juga kerana mereka berhak untuk mengetahui sejarah nenek moyang mereka, sejarah realiti tanah tumpah darah mereka, tanah ibu pertiwi ini. Semoga saudara pengunjong yang berhati mulia dan berniat baik turut di beri petunjuk oleh Allah swt. Amin.

Thursday, May 29, 2008

Menjejak tinggalan sejarah di Pendang

Kami telah menjejaki beberapa tinggalan sejarah di sekitar Pendang baru-baru ini.Usaha kami ini adalah dengan saranan pembaca blog ini yang ingin kami megenegahkan lagi bukti-bukti yang masih ada setelah hampir 192 tahun tentera raja thai yang menjajah negeri Siam menyerang Kedah bermula dalam tahun 1821 secara senyap. Serangan ini dikenali sebagai Peperangan Musuh Bisik 1821 dimana Syarif Yang Di Pertuan Kedah telah turut dibunuh.

Peperangan kedua berlaku dalam tahun 1839 (zaman Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang) dan peperangan ketiga dalam tahun 1876 dimana Sultan Jaafar @ Long Jaafar ditangkap di Merbok, disiksa di Ruat, Yan dan akhirnya dibunuh di Gurun Kedah. Pada peperangan ketika itulah, bantuan daripada kerajaan yang bernaung dibawah kerajaan Siam Islam turut tiba untuk membantu tentera Sultan Jaafar Mad Azam Syah.

Tentera thai telah dibekalkan dengan senjata api moden oleh penjajah Inggeris dari Pulau Pinang. Di atas kemenangan itu, tentera thai (penjajah negeri Siam) telah menjajah Kedah selama 5 tahun sehingga tahun 1881. Sepanjang tempoh tersebut lah banyak istana lama milik Raja Siam Islam telah dimusnahkan oleh mereka bagi menutup sejarah.

Tindakan ini bertujuan untuk menjadikan bangsa Siam itu sebagai kesinambungan bangsa thai, mereka merampas sejarah siam Islam sebagai sejarah bangsa thai, kononnya beragama Buddha seperti mereka, pada hal tidak begitu. Setelah selesai kerja-kerja ini, mereka kemudiannya melantik Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah dalam tahun 1881. Dengan itu, salasilah Kesultanan Kedah hari ini yang dipaparkan dimana-mana laman bblog adalah dari keturunan Sultan Abdul Hamid dan bukannya salasilah Raja Besar Islam Benua Siam Kedah. Kita kena tipu lagi.

Tentera Majapahit turut tiba untuk membantu dalam peperangan besar di Tanah Merah Pendang. Hari ini, mereka menjadi orang Kedah dan menetap di perkampungan mereka sendiri. Aku tunjuk papantanda PAS pula, manalah tahu kerjaan Pas Kedah lebih prihatin berbanding kerajaan BN dahulu dalam bab-bab tuntutan ni. Dulu, ada satu MB Kedah cuba untuk menafikan sejarah realiti. Akan tetapi, tak lama lepas tu terus jatuh sakit, kena lepas jawatan MB. Kebetulan atau apa? Korang buatlah tak tahu, tak nak peduli bab sejarah realiti ni..balasan hanya dari Allah.


Anehnya, pihak MADA yang kami kira buta sejarah cuba menutup bukti yang ada dengan menukar nama alor yang terletak bersebelahan jalan masuk ke kampung tersebut kepada Manjapahit, padahal nama sebenarnya Majapahit.

Ini adalah sebahagian dari kampung Majapahit yang dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau.

Pekan Tanah Merah terletak hanya terletak beberapa km sahaja dari Pendang. Tanah merah merujuk kepada kesan darah yang tumpah begitu banyak sekali sewaktu peperangan berlaku. Di sinilah peperangan besar tentera Thai dan tentera Siam Islam Kedah diketuai oleh Sultan Jaafar Muadzam Syah @ Long Jaafar berperang dan tewas. Tentera China Manchu Islam turut berjuang disini kerana mereka menetap disini diatas perentah Maharaja China Manchu yang beragama Islam. Sultan Jaafar@Long Jaafar adalah cucu Maharaja China Manchu Islam melalui perkahwinan puterinya (Maharaja Manchu) dengan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang.


Masjid baru Kg Jelutong yang sedang dibina menuju ke Kubur Panjang ini menggunakan senibina Siam Islam bersesuaian dengan masyarakat setempatnya. Masyarakat Siam Islam di Kedah adalah juga orang-orang melayu Kedah hari ini. Mereka bertutur dalam bahasa Siam Kedah dan Bahasa Melayu loghat Kedah (terima kasih, Mutalib).

Senibina siapakah ini dengan rekabentuk masjid dan mimbar yang sebegini rupa?



Persimpangan Kubur Panjang, Kampung Tualang dan Kebun 500 (bermaksud 500 ekar apabila Inggeris membuka estet tanaman getah). Pembukaan ladang-ladang getah di sekitar Kedah adalah dengan jemputan Sultan Abdul Hamid khas untuk penjajah Inggeris. Catatan ini ada dalam buku Warisan Mahawangsa. Dengan sebab itulah Makam Raja Merong Mahawangsa, bergelar Sultan Muzaffar Syah I dan anakandanya Podiset@ Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir di Kg Langgar, Merbok Kedah kini berada dalam ladang getah.

Sebaik sahaja sampai di kampung Tualang kami berpeluang untulk melihat Alor China yang terletak di Kampung Tualang. Alor ini dikorek oleh tentera Maharaja China Manchu Islam bagi kegunaan saliran air ke sawah padi berdekatan yang turut mengelilingi kg Tualang hingga ke Titi Haji Idris. Ada yang bertanya kemana perginya mereka hari ini. Tentera China Manchu yang beragama Islam telah berkahwin dengan orang Siam Islam tempatan dan hari ini mereka dikenali sebagai Melayu Kedah. Rupa paras mereka mereka berkulit putih kemerah-merahan. Bagi tentera China manchu yang tidak beragama islam pun masih ada, membuka kedai runcit, berniaga dan mereka mesra dengan orang-orang melayu setempat. Ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Siam Kedah kerana menurut mereka ia hampir serupa dengan Bahasa China.

Pandangan sebelah kanan Alor China dari persimpangan diatas.


Masid Kampung Tualang yang siap dibina beberapa tahun lepas bagi menggantikan masjid lama yang perbuat dari kayu. Ramai anak-anak kampung ini berkerja di bandar-bandar besar turut menghulurkan bantuan kewangan. Disinilah terletaknya makam Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Kedah, mangkat 1821 dibunuh oleh tentera Thai Buddha di istana Kota Mengkuang. Kawasan makam disini adalah terdiri dari tanah perkuburan Islam yang beratus tahun lamanya seluas padang bolasepak.


Makam Syarif Yang Di Pertuan, tanpa sebarang perubahan setahun setelah blog sejarah realiti yang dipinggirkan ini dibuka untuk tatapan semua peminat sejarah dan 1 tahun 11 bulan setelah Forum Sejarah Realiti Kedah diadakan di Alor Setar. Kepentingan siapa yang dijaga agar sejarah realiti dikuburkan?

Berhampiran dengan Kebun 500, jalan yang sama ke Kampung Tualang terletak perkampungan orang-orang Minangkabau. Bagaimana boleh kedapatan orang-orang Minang di kedah dengan jumlah yang ramai ini? Keturunan mereka dahulu adalah tentera yang dihantar oleh raja wilayah masing-masing untuk berjuang menentang tentera Raja Thai Buddha. Kewujudan mereka di Kedah telah dinafikan oleh sejarah kita yang ditulis secara versi penjajah.

Oleh kerana disini rata-rata penduduknya bertutur dalam bahasa Siam, syarikat roti yang diusahakan oleh penduduk setempat memilih untuk tidak memasukkan perkataan 'kabau' dalam nama syarikat Roti Minang miliknya. Ini adalah kerana kabau dalam bahasa Siam bermaksud derhaka.

Inilah gelaran yang dihukumkan oleh Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman keatas pekerja lombong bijih baginda keturunan Minang yang membantu Belanda menyerang baginda di Kota Lukut dalam tahun 1641 dahulu. Sebagai habuan mereka di hadiahkan satu kawasan yang dinamakan sebagai Negeri Sembilan oleh Belanda.


Masjid asal di kampung Minangkabau masih kekal tanpa sebarang pengubahsuaian yang ketara.

Roti Minang Sdn Bhd terletak berdepan dengan papantanda Kampung Minangkabau diatas...kenapa tidak Roti Minangkabau Sdn Bhd? Mudah saja, di kampung yang penduduknya bertutur bahasa Siam Islam Kedah, semua orang tahu kabau itu bermaksud, derhaka. Ia tidak bersangkut cerita dengan mana-mana kerbau disawah.


Saya masih ingat sewaktu kecil, ibu mertua kepada mak saudara saya yang sudah tua (90 tahun) bertutur dalam bahasa yang sukar saya fahami...bahasa Melayu tapi bunyinya lain.....rupa-rupanya ia adalah bahasa Minang !!!. Itu pun saya ketahui setelah dewasa, menetap di Selangor dan bercampur dengan rakan-rakan dari Negeri Sembilan.

Begitulah saudara sedikit sebanyak antara tinggalan sejarah yang masih ada di Kedah hari ini. Samada kita suka atau tidak menyedarinya, sejarah realiti tidak dapat dipinggirkan begitu sahaja. Kita harus berbangga dengan warisan yang kita miliki dari generasi dahulu kerana merekalah yang memebentuk generasi kita hari ini.

Insyallah, jika ada kelapangan kami akan menjejak perkampungan orang-orang Kedah dari rumpun Acheh pula.

Wednesday, May 28, 2008

Pengajaran kepada Malaysia

Di petik dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Mei - Malaysia perlu menjadikan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih Pulau Batu Putih sebagai iktibar dan pengajaran mengenai betapa pentingnya nilai-nilai sejarah dalam pembentukan negara bangsa.

Rektor Kolej Yayasan Melaka yang juga pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, keputusan itu menunjukkan kelemahan dan kesilapan Malaysia sejak awal yang tidak menggunakan fakta sejarah sebagai panduan dalam mempertahankan wilayah negara.

Merujuk kepada surat daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Johor pada 1953 kepada Singapura, yang mengatakan bahawa kerajaan Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih, Dr. Ramlah berkata, ia juga menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri pada masa itu.

"Pengakuan kita (surat SUK) bahawa ia (pulau) bukan hak milik kita menunjukkan kelemahan dan kesalahan kita betapa tidak menggunakan sejarah sebagai panduan dan tidak membuat rujukan serta penyelidikan yang betul.

"Ini pengajaran kepada Malaysia betapa pentingnya dokumen-dokumen sejarah dan merujuk kepada orang yang terlibat sebelum membuat keputusan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat ICJ hari ini membuktikan betapa pentingnya sejarah dan dokumen-dokumen sejarah, dan itulah yang telah menjadi asas kepada hujahan Singapura dalam kes itu.

Dr. Ramlah berkata, keputusan ICJ itu juga memberi impak besar kepada persempadanan antarabangsa Malaysia yang semakin mengecil apabila kedaulatan Pulau Batu Putih yang terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor menjadi milik Singapura.

Dekan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategik (PPSPS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah pula berkata, berdasarkan keputusan hari ini kerajaan Malaysia perlu segera memberi perhatian jika ada pulau-pulau kecil dalam perairan negara yang masih belum diperakui statusnya.

"Sekarang kita mungkin tidak nampak kepentingannya, tetapi pada masa hadapan kita tidak tahu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penghargaan perlu diberi kepada pasukan Malaysia yang telah bertungkus-lumus menyediakan dokumen-dokumen berkaitan bagi membuat penghujahan kes itu.

Mencari"Saya tidak pernah tengok pasukan yang begitu gigih, mereka pergi ke semua negara termasuk London, Indonesia, India dan selagi ada perpustakaan yang menyimpan dokumen sejarah (berhubung Pulau Batu Putih) mereka cari, dan ini mengambil masa 11 tahun untuk mencari dokumen dan persiapan lengkap.

''Bagaimanapun kekuatan hujah pasukan negara seberang tambak yang menggunakan fakta sejarah memberi kelebihan kepada mereka,'' katanya yang menyifatkan tidak ada perkara yang boleh memesongkan sejarah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Datuk Omar Mohd. Hashim berkata, keputusan itu memberi pengajaran kepada Malaysia agar lebih menitikberatkan dokumentasi yang membabitkan sejarah dan kedaulatan negara.

"Ia merupakan satu iktibar kepada kita, para pegawai di Malaysia terlalu mengambil mudah tentang sebarang surat dan dokumen kerana apabila timbul perkara seperti ini ia menjadi amat penting," katanya.

Beliau berkata, walaupun pada awal penghakiman membayangkan pulau itu dimiliki negeri Johor, apabila timbulnya fakta undang-undang dari segi kesahihan mengenai siapa yang menduduki atau mentadbir pulau itu, harapan Malaysia untuk memperoleh kedaulatan pulau itu tidak kesampaian.

"Hakim merujuk kepada surat daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang mengatakan bahawa Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih, walaupun pegawai kita mempertikaikannya, surat itu merupakan dokumen yang sahih," katanya.

Omar berkata, segala bentuk hitam putih mengenai sejarah negara perlu diambil berat dan menyimpannya di dalam Arkib Negara bagi memudahkan ia dijadikan rujukan dan bukti tentang kedaulatan atau pemilikan sesuatu kerajaan.

"Surat-surat dan dokumen yang penting sejak zaman dulu kala perlu disimpan di arkib kerana itu saja yang boleh dijadikan bukti sahih apabila situasi seperti ini berlaku," katanya yang turut kecewa apabila kedaulatan pulau itu tidak berpihak kepada Malaysia.

Pensyarah Fakulti Perundangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Prof. Abdul Aziz Bari pula menyifatkan menang atau kalah, kedua-dua negara telah menunjukkan satu semangat yang baik selaras dengan kehendak undang-undang antarabangsa yang mahu konflik diselesai secara aman.
- Bernama

Komen kami,
Kalau lah kerajaan kita yang ada hari ini, selepas mencapai kemerdekaan memperjuangkan Islam dan ketuanan melayu di Malaysia dengan cara mengujudkan jawatan Syah Alam yang Maha Mulia (bukannya jawatan Yang Di pertuan Agong) sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah, kami yakin Pulau Batu Puteh tidak akan terlepas dengan begitu mudah.

Saturday, April 26, 2008

Renungan

UPDATED

Penulisan semula sejarah kita yang di pinggirkan di blog ini telah berjaya menarik minat pelajar-pelajar IPT, individu dan waris-waris yang mencari salasilah, pengkaji dan penyelidik sejarah kerana ia ditulis dalam perspektif atau versi tempatan berteraskan kepada wasiat yang diperturunkan lantas menjadi tuntutan utama agama islam.

Disamping itu, kami menjadikan rujukkan utama kami Manuskrip Undang-Undang Kedah yang dibukukan oleh Dewan bahasa dan Pustaka dalam tahun 2005. Manuskrip ini bukannya sebuah hikayat, dengan cerita dongeng yang mengkhayalkan minda, tidak berpijak dibumi yang nyata. Ia merupakan undang-undang pemerentah Islam pada zaman dahulu. Dalam manuskrip ini pemerentahnya bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia dan bukannya Paduka Seri Sultan.

Dari muka surat pertama, Manuskrip Undang-Undang Kedah. Ulu yang dimaksudkan disini ialah Ulu Melaka di Pulau langkawi sementara kita semua tahu Hilir Melaka ialah di Bandar Hilir Melaka hari ini.



Gelaran Paduka Seri Sultan hanyalah digunakan oleh raja-raja daerah yang dilantik oleh Syah Alam Yang Maha Mulia dan hari ini mereka berkuasa di negeri-negeri yang dulunya diukir oleh Inggeris. Dengan itu, sudah pastilah gelaran Syah Alam Yang Maha Mulia ini membawa maksud yang jauh lebih besar. Bagi kami, gelaran ini tak lain tak bukan ialah gelaran yang merujuk kepada Yang Di Pertuan Agong yang memerentah wilayah-wilayahnya ketika itu.

Dari muka surat 27, Manuskrip Undang-Undang Kedah.



Untuk pengetahuan pembaca semua, dari sinilah Tunku Abdul Rahman mendapat ilham mengujudkan jawatan Yang DiPertuan Agong di Malaysia hari ini. Namun bagitu, jawatan ini digilirkan (setiap 5 tahun) dikalangan raja-raja daerah yang mana hari ini telah pun menjadi sultan dalam negeri-negeri yang diukir oleh penjajah Inggeris. Tunku Abdul Rahman , sebagai Perdana Menteri mempunyai agenda tersendiri apabila mengarahkan Istana Kota Meang Kuang dimusnahkan dalam tahun 1964, iaitu 7 tahun setelah negara mencapai kemerdekaan. Apa agenda sebenar beliau berbuat begitu, memusnahkan bukti dan artifak sejarah negara?

Tindakan kita hari ini dalam mengilirkan jawatan Yang Di Pertuan Agong ini kami ibaratkan seperti rumah tiada bertuan, padahal Malaysia mempunyai maharaja yang tetap sebagai Ketua Agama Islam. Contoh Maharaja yang tetap adalah sepertimana Raja Arab Saudi (juga dicaturkan oleh Inggeris), Raja Jordan dll, sementara maharaja bukan Islam seperti Maharaja Jepun, Queen of England, Raja Thailand, dll. Anehnya, apabila penjajah memulangkan kemerdekaan kepada kita, kita tidak kembali kepada akar umbi tetapi mengambil common law Inggeris sebagai contoh untuk menderaf perundangan Malaysia.

Diantara strategi penjajah Inggeris ketika itu antara lainnya ialah memberi pendidikan Inggeris kepada anak-anak pembesar Melayu agar generasi baru yang akan menuntut kemerdekaan akan lupa kepada akar umbi mereka iaitu perundangan Islam. Penjajah turut juga 'memelayukan' penduduk yang tinggal dalam wilayah jajahan mereka padahal rumpun kita adalah Siam, Bugis, Mandaling, Minang, Jawa, Banjar, dll. Hal ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak. Mereka jugalah yang menukar nama semenanjong ini dari Semenanjong Melaka @ Semenenjong Siam Melaka (lihat peta lama) kepada Semenanjong Tanah Melayu.

Semenanjong Tanah Melayu atau Semenanjong Melaka? Sekiranya Semenanjong Tanah Melayu, kenapa selat disebelahnya dipanggil Selat Melaka, bukannya Selat Tanah Melayu?. Menurut Tom pires, "The land of malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China". Teringat saya tentang "The Three Kingdoms" iaitu India, China dan Jepun.


Kami katakan disini dengan tegas bahawa isu sejarah realiti diblog ini telah pun didedahkan kepada umum dan hukum Qutbah Wida masih lagi berjalan. Sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia, isu ini kita tidak boleh nafikan atau menidakkannya lagi kerana ia sudah menjadi tuntutan agama Islam.

Kita lihat petikan Khutbah Wida iaitu khutbah terakhir baginda Rasulullah SAW pada 9 Zulhijjah, Tahun 10 Hijrah di Padang Arafah,

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."
http://expanzee.blogspot.com/2006/12/khutbah-terakhir-nabi-muhammad-saw.html

Hari ini, kita sudah tahu bahawa waris mutlak Syah Alam Yang Maha Mulia ini masih ada hingga kini dan semenjak kecil lagi beliau dipaksa menghafal wasiat untuk didedahkan kepada kita hari ini. Sekiranya ada rekod bertulis dikhuatiri akan menjadi bukti oleh penjajah Thai dan Inggeris untuk membunuh waris-waris mereka, sepertimana yang berlaku keatas Raja Russia, Czar Nicholas II yang dibunuh seluruh ahli keluarganya. Wasiat yang beliau terima adalah seiring dengan apa yang tercatit dalam Undang Undang Kedah padahal manuskrip ini baru saja dibukukan pada tahun 2005 !!

Namun hari ini mereka yang berkuasa dan raja-raja kita yang menjadi ketua agama Islam dinegeri masing-masing, turut memekakkan telinga mereka, terus mendiamkan diri mengenai tuntutan-tuntutan beliau. Kadangkala kita mudah lupa dengan siapa kita memekakkan telinga itu kerana hukum agama Islam yang direstui Allah masih lagi berjalan sedangkan kita yakin Allah dahulu dan Allah yang kita sembah hari ini adalah Allah yang sama juga. Hari ini pun daulat beliau sebagai waris mutlak masih ada walaupun beliau dicantas dan diperlekehkan disuatu masa dahulu (sebelum Undang-Undang Kedah di kembalikan dan diterbitkan). Beliau ada menceritakan kepada kami pengalaman beliau. Insyallah, masih masin mulutnya dan ada pihak yang cuba mengaibkannya, terkena tempiasnya.

Bukti yang jelas pun sudah ada iaitu manuskrip Undang-Undang Kedah. Ia berada di dalam tangan kita, apakah yang kerajaan dan raja-raja kita tunggu lagi? Apa sukar sangatkah untuk kita panggil dan bersemuka dengan beliau dan meminta penjelasan mengenai pendirian beliau?. Apa sukar sangatkah untuk kita menjawap surat-surat beliau yang di hantar secara rasmi?

Apakah pihak Istana Kedah lupa bahawa Sultan Badlishah, (ayahanda sultan Kedah sekarang) membesar dan bersahabat baik dengan keluarga beliau kerana kedua keluarga ini bersaudara juga adanya (keluarga besar dan keluarga kecil)? Bukankah Sultan Badlishah sendiri meminta waris mutlak ini disekolahkan di Kolej Sultan Abdul Hamid bersama anak-anak kerabat diraja Kedah yang lain dan kini menjadi sahabat baik beliau? Mustahil Sultan Kedah tidak mengetahui perkara ini kerana dahulunya baginda mengenali waris mutlak ini secara peribadi.

Apakah pihak kerabat di raja Kedah lupa lawatan mereka seramai 30 orang ke rumah beliau yang disambut dalam suasana kekeluargaan pada tahun 2001 dahulu? (Gambar pun ada sebagai bukti) Adakah mereka lupa pengumuman di satu majlis makan malam kerabat diraja Kedah dimana Datuk Tunku Hamdi selaku Presiden/Pengerusi mengumumkan "....keluarga Raja Besar Benua Islam Siam Kedah yang kita cari selama ini telah ditemui dan ada bersama kita malam ini?".

Kalau dah ditemukan semula, baguslah. Akan tetapi untuk makluman semua, beliau bukan berniat untuk menuntut takhta Kesultanan Kedah kerana Kedah hari ini hanyalah sebuah negeri yang kecil sahaja. Di zaman dahulu memang besarlah kerana ia sebuah negara. Keturunan beliau dahulunya pun bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia, pemerentah negara Kedah. Mereka bukannya Paduka Seri Sultan yang menjadi raja daerah. Hari ini, Negara Kedah sudah menjadi Negara Malaysia. Mengikut logik akal, selayaknya beliau menuntut negeri Kedah atau negara Malaysia?


Adakah Persatuan Sejarah Cawangan Kedah terlupa keputusan "Forum Sejarah Realiti Kedah" yang diadakan pada 13 September 2006 dahulu dalam membincangkan perkara ini? Kami difahamkan ada niat untuk mencantas beliau sebagai penceramah pada malam itu akan tetapi dengan bukti Undang-Undang Kedah di tangan sewaktu berceramah mengenai salasilah keluarga beliau, orang lain pula yang terkena kerana tidak mengkaji kandungan manuskrip secara teliti (rakaman video pun ada) .

Nak bukti yang lebih jelas lagi? Nah lihatlah hari ini, kali ini dari Allah pula, kita dapat lihat mereka yang kononnya berkuasa sudah mula hilang kekuasaan dalam berkerajaan. Peristiwa yang kami kira menarik dalam 50 tahun kemerdekaan negara membuktikan kekuasaan hanya milik Allah, Tuhan yang Maha Esa. Tidak hairan jika agenda kehilangan kuasa ini menular ke bahagian/urusan lain jika tindakan tidak kita ambil kerana kita sudah mengetahui kisah sebenar dalam sejarah realiti. Bagi kami, itu baru sedikit Allah tunjukkan kekuasaannya. Ada lagi nak datang. Renungkanlah.

PS:

Hanya mereka yang tidak mengetahui sejarah sahaja memperjuangkan agenda ketuanan Melayu ini. Ketuanan Melayu adalah propaganda penjajah Inggeris untuk menyatupadukan pelbagai bangsa dalam wilayah penjajahannya, demi kepentingan mereka, padahal kita tahu kita terdiri dari pelbagai rumpun. Mereka tidak berbuat demikian di Sabah dan Sarawak, jadi pelbagai rumpunlah mereka di sana hingga ke hari ini. Nak kata Melayu pun tidak, tapi bumiputera Sabah dan Sarawak sahajalah.

Ada catatan yang kami temui mengatakan bahawa Melayu itu bahasa perdagangan di nusantara, bukannya bangsa atau kaum. Kenyataan ini adalah benar. Berkas ikatan kita adalah Siam dan dengan sebab itulah raja-raja kita masih lagi mengamalkan adat Siam, bukan adat Melayu. Ambil fahamlah bahawa Siam itu beragama Islam dan Thai itu beragama Buddha. Adat yang kita masih amalkan seperti meminang, hantar sireh pinang dengan kain, cincin sebentuk, pakaian kuning, payung kuning untuk raja adalah adat Siam, bukan adat Melayu. Semua ini ada tercatat dalam Undang-Undang Kedah di muka surat 36.

Penjajah Inggeris sudah berambus 50 tahun sudah, akan tetapi kenapa kita masih lagi memakai "idea" mereka dalam berkerajaan? Contohnya, kita patut menghapuskan saja jawatan Gabenor Pulau Pinang dan Melaka dan digantikan dengan jawatan Raja sepertimana Raja Perlis (atau mungkin Sultan) . Penjajah Inggeris memusnahkan Islam, menyembunyikan perundangan Islam (U-UK), merampas wilayah Islam dan menyerahkan kepada raja Thai Buddha yang bersubahat dengan mereka, merancang dan menulis semula Sejarah Melayu dengan peruntukkan dana, untuk memecahbelahkan Islam.

Penjajah Inggeris turut mengumpan segala kemewahan kepada raja-raja daerah agar engkar kepada Syah Alam Yang Maha Mulia dan menyerahkan wilayah seperti Singapura dan Pulau Pinang demi mendapatkan pengiktirafan sebagai sultan. Mereka turut menutup sejarah negara kita dan sejarah kekuasaan baginda, Syah Alam Yang Maha Mulia di Nusantara.

Tambahan: Lawatan rakan kami ke Phuket (lihat peta voyage map dikiri blog) 2 minggu lepas menemukan beliau dengan kawasan perkuburan orang-orang Islam dengan batu nisan sepertimana di Malaysia. Kawasan tersebut yang hampir seluas padang bola, dihilangkan dari pandangan umum dengan cara didirikan tembok tinggi sebagai pagar di sekelilingnya. Ia terletak di Patong beach, bersebelahan sebuah Hotel 5 bintang (jelas dari atas). Jika ada peluang berkunjonglah kesana.

Wednesday, April 16, 2008

Bahasa Melayu Kedah Di Selatan Myanmar

oleh ibnuhasyim

Baru-baru ini keluar berita mengenai ramai pendatang-pendatang Myanmar tanpa izin mati di dalam kontena telah dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand, di kawasan Ranong. Ranong adalah sebuah bandar pelabuhan bersempadan dengan Selatan Myanmar… Hal ini mengingatkan saya kepada pengalaman melintasi sempadan melalui laut dari Ranong ke Victoria Island sebuah pulau, di hujung bawah selatan dalam negeri Myanmar.

Saya juga pergi-balik ke situ Thai-Myanmar dengan tanpa izin, iaitu tidak menggunakan pasport atau istilahnya secara haram. Tongkang kecil yang saya tumpangi sarat muatan kira-kira 30 penumpang melayari laut biru yang tenang masa itu. Sahabat saya orang tempatan menasihatkan supaya membuka cermin mata yang saya pakai, biar nampak macam orang tempatan yang biasanya nelayan-nelayan tidak pakai cermin mata, bila melalui pusat kawalan sempadan di pertengahan jalan.

Hal ini dilakukan supaya saya tidak ditahan imigresen kerana tidak tunjukkan pasport, menunjukkan betapa mudahnya menyeberang sempadan laut dari Myanmar. Tongkang kami terus membelah lautan kecil itu hingga ke distinasinya. Dari jauh nampak kesibukan penghuni-penghuni pulau kecil itu. Ramai orang Islam di situ. Menarik, bila sampai, saya lihat pekerja-pekerja kontek yang lelakinya mengangkat batu-bata cuma pakai kain pelikat, disenteng ke paras lutut sahaja.

Mereka lihat saya sebagai orang luar beragama Islam dengan begitu mesra. “As-salamu ‘alaikum?” Sapa saya.

“Wa’alaikumus salam warahmatullah!” Jawab salah seorang dari mereka.

Saya pergi solat sunat ke sebuah masjid di situ. Keluar dari masjid, tiba-tiba seseorang memberi salam dan bertanya saya dari mana…

“Dari selatan Thai.” Jawab saya.

“Heiyy.. Hang habak betui-betui, Aku tengok cara hang pun aku tau.. hang dari Malaysia.” Jawabnya dalam bahasa loghat utara. Kami bersalaman. “Jangan takut.. Di sini aman. Tak dak kacau-kacau. Jom kita jalan sama-sama.”

Begitulah, sesudah kami berjalan-jalan sekitar pekan itu, dia perkenalkan ramai kawan-kawannya, yang semuanya berbahasa Melayu loghat Kedah. Saya seolah-olah berada di negara sendiri, bukan di Myanmar lagi. Saya melawat beberapa kedai yang berderetan. Ada sebuah kedai berisi biji gajus, juga disebut ‘janggus’, yang penuh di dalamnya. Mungkin dari situlah dieksport ke Thailand. Banyak juga kedai yang menjual batu-batu permata dari Myanmar.

Begitu juga gelas-gelas dan barangan kaca mungkin buatan China. Ada peti besi bertulis ‘Made in Malaysia’ macam yang pernah digunakan oleh nenek saya di kampung Pulau Pinang dulu. Sakarang dah tak ada lagi. Ada minyak atar atau minyak wangi cap ular, juga sekarang sudah tak nampak lagi digunakan di Malaysia, kerana dulunya memang termasyhor. Ada minyak panas berjenama terkenal di Malaysia dulunya, iaitu ‘Tiger Balm’.

Di situ sempat pula seorang wanita muda jelita bertudung kepala, mungkin anak taukeh kedai itu bertanya saya, “Encik dari Malaysia? Boleh tolong dapatkan maklumat bagaimana saya nak masuk ke Unversiti Islam Antarabangsa (UIA) di negara encik?” Begitu, anggapan dan harapan mereka terhadap perkembangan Islam di negara kita. Lepas itu dalam perjalanan pulang, saya singgah di sebuah pulau bernama Pinggai, erti bahasa Melayunya ‘Tempayan Pecah’. Pulau tersebut walaupun bersempadan dengan Myanmar tetapi masih dalam negara Thai.

“As-salamu ‘alaikum? Selamat datang ke Pulau Ping Gai!” Kata pengulu pulau itu, semasa saya sampai di jeti pelabuhan dan berkenalan dengannya.

Ahli keluarganya yang bernama Tok Adam mula-mula meneroka pulau itu kira-kira ratusan tahun lalu. Adam berasal dari negeri Kedah, Semenanjung Tanah Melayu. “Tu pasai kami di sini semua cakap bahasa Kedah. Semua penduduk di sini beragama Islam. Takdak sekoq pun kapiaq Siam dok di sini. Macam tu jugak di Pulau Tongtong di sempadan balik sana.. di Myanmar. Semuanya Islam, cakap Kedah belaka. Depa pun kawan-kawan kita jugak.” Katanya lagi.

“Al-hamdulillah!”

“Jom ke rumah saya. Kita makan-makan. Lepas tu, kalau nak jalan-jalan melawat pulau ni boleh la. Hujung sana ada sebuah masjid, sekolah taman bimbingan Islam, cikgunya mai dari Pattani dan ada juga sebuah pusat kesihatan kecik kerajaan…”

Dari jeti saya diiring ke rumahnya. Di perjalanan anak mereka sedang mandi-manda di air laut yang sedang pasang. Berbogel.. dan terjun, menyelam, berkejar-kejaran. Ikan-ikan kecil berlarian di air yang bagaikan cermin jernihnya. Se sampai di rumahnya, isterinya terus masak nasi tengahari dengan ikan besar yang baru di tangkap dari laut sebagai lauk. Bila dimakan jelas terasa lemak manis dan sedapnya. “Al-hamdulillah! Allah pertemukan saya dengan mereka yang se agama di sini, tidak disangka-sangka!” Kotak fikir bergolak.

“Kalau nak jalan-jalan di pulau ni, silakan! Nak tidur dan bermalam di sini pun takpa, rumah saya sentiasa terbukak!!” Katanya ikhlas mempelawa saya. Saya sempat melawat sekitar pulau itu dan akhir singgah solat di masjid.

“Maaf. Saya memang suka tidur di sini, tetapi saya sudah berjanji dengan seseorang untuk tidur di rumahnya di bandar Ranong malam ini.” Saya jelaskan.

“Oh, kalau lagu tu takpa. Takpa nu. Kalau ada umuq lain kali kita jumpak lagi, insya Allah!!”

Masih terngiang-ngiang di telinga saya, pesanan akhir darinya sewaktu menghantar saya di pelabuhan. Katanya, “Bila hang sampai di Malaysia jumpak orang Kedah, kalau ada kesempatan kirim salam kat depa nu, kata kat dia… Nun jauh hampiaq ribu-ribu batu dari negeri hampa di ujung selatan Burma sana, ada sekumpulan manusia yang sama keturunan dengan hampa sama-sama Kedah, sama-sama cakap Kedah sedang teringat dan rindu kat hampa. Mai la ziarah kami, bila-bila masa saja, kami sentiasa tunggu dengan gembira! Mai la!!”

Hal ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Bersambung.. Insya Allah.

Ps : Hari ini pun serupa juga, tiada bezanya. Sila saudara pembaca yang dihormati berkunjong ke blog ibnuhasyim di URL berikut: http://www.ibnuhasyim.blogspot.com/

Sunday, April 13, 2008

Penghargaan

Terima kasih kepada semua pengunjung blog sejarah Empayar Islam Benua Siam Nagara Kedah kerana terus memberi sokongan kepada kami.

Pada masa yang sama pihak kami ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MAHAGURU 58 kerana mengulas beberapa artikel kami di blog beliau.

Posting beliau boleh dibaca disini,
http://mahaguru58.blogspot.com/2008/04/empayar-islam-benua-siam-kedah.html

Kami amat bersetuju dengan motto di blog beliau, " The truth must be told no matter what so that justice has a chance to live". Bagi kami, ia tidak jauh berbeza dengan prinsip yang kami amalkan dalam penulisan sejarah kami. Untuk itu kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sunday, March 16, 2008

Sejarah Datok Panglima Bukit Gantang

Sejarah Datok Panglima Bukit Gantang, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang Mempertahankan Serangan Tentera Musuh Bisik Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai dalam tahun 1821.

Dalam meniti sejarah negeri Perak kita pasti akan bertemu dengan satu nama atau gelaran yang terkenal iaitu Datuk Panglima Bukit Gantang. Hari ini pula, gelaran ini pula masih lagi digunakan dan merupakan gelaran kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan. Ia juga merupakan lambang kepahlawanan ketika itu memerangi penjajah demi memelihara kepentingan agama Islam.

Keperihatinan kerajaan negeri dari aspek sejarah menyebabkan nama ini diabadikan pada beberapa tempat termasuklah nama tempat, nama bangunan, sekolah,dll di sekitar Bandaraya Ipoh dalam negeri Perak. Selain dari itu, masyarakat kita hari ini tidak banyak mengetahui asal usul gelaran pada nama tersebut. Izinkan kami memberi sedikit penjelasan.


Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang ialah Raja Siam Songkhla merangkap Bendahara Empayar Islam Benua Siam Kedah pada tahun 1821. Menurut Undang-Undang Kedah jawatan Bendahara pada zaman dahulu adalah setaraf dengan jawatan Raja Muda.

Sebelum pada itu pada tahun 1801, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang pernah bersemayam di Istana Kota Bukit Gantang, Perak Darul Ridzuan. Pada zaman dahulu wilayah ini adalah sebahagian dari wilayah Kedah. Nai Lang Sultan Syed Alang Alauddin ialah anakanda kepada Raja Kamboja Cempakasari iaitu Pho Chan Koya Long bergelar Sultan Mudzafar Syah III Kedah.

Nama Sultan Mudzaffar Syah III @ Po Chan ini ada tercatat dalam sejarah negeri Perak dan ada catatan yang menyebut baginda sebagai putera atau anakanda raja Siam Ligor (Raja Siam Ligor ialah Syarif Yang Di Pertuan Kedah. Sila rujuk buku Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Tahun 1981).

Sementara itu di dalam Buku “A History Of The State Of Perak” oleh Winsted ada tercatat Sultan Mudzafar Syah melantik putera raja dari Kedah, tak lain dan tak bukan ialah Syed Alang Alauddin, anakandanya sendiri menjadi Bendahara (atau Raja Muda).

Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang adalah anak sulong dari 5 bersaudara iaitu Megat Terwis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Baginda telah dikahwinkan dengan puteri Mahararaja China Manchu yang beragama Islam.

Semasa negeri Kedah diserang oleh tentera Buddha Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821 masihi, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang yang ketika itu bersemayam di Istana Bukit Gantang mengepalai angkatan tentera Empayar Islam Benua Siam Kedah, menghalang kemaraan tentera Buddha Thai.

Baginda mara dengan menggunakan gajah bersama tenteranya hingga ke Kg Durian Burung, Kedah lalu berkubu di sebuah padang yang kemudian dinamakan dalam bahasa siam, ‘Sanai’ yang bermaksud, tentera dalam. Pada hari ini kawasan ini rata-rata telah dijadikan ladang tebu. Baginda sendiri bersemayam di Ban-Nai-Lang bermaksud, Kampung-Syed-Alang di Songkhla Thailand. Hari ini, lokasi Durian Burung ini memang terletak diselatan Songkhala dan ia bersempadan di sebelah Malaysia (zaman dahulu sempadan ini tidak wujud).

Pada masa yang sama, bapa mertuanya Maharaja China Manchu telah menghantar tentera dari China seramai 36,000 orang berkelamin untuk membantu menantunya Syed Alang Alauddin mempertahankan negeri Kedah. Sebahagian dari tentera Raja China Manchu mendarat dipelabuhan Tak Bai di Songkhla.

Oleh kerana jumlah yang ramai, tentera Maharaja China Manchu terus mara kesuatu tempat yang ditanam sawah padi sebagai satu sumber makanan utama mereka. Di sinilah tentera Panglima Bukit Gantang mengibarkan bendera atau panji-panji yang tertera perkataan kalimah Allah. Tempat ini dinamakan ‘Na Thawi’ bermaksud, ‘Bendang Tunggu Kibar’.

Tentera raja China Manchu diiring pula ke salah sebuah kubu tentera Panglima Bukit Gantang di Padang Sanai. Di sinilah upacara resmi menyambut kehadiran tentera China Manchu telah diadakan secara besar-besaran lengkap dengan panji-panji dan tentera bergajah. Kawasan ini dinamakan Padang Terap bermaksud, Padang Tempat Menyambut. Hari ini, kawasan ini telah dijadikan sebuah daerah iaitu Daerah Padang Terap, dalam negeri Kedah Darul Aman.

Tentera Raja Manchu yang diketuai oleh General Baba telah mengadap Panglima Bukit Gantang dan menyampaikan amanat Maharaja China Manchu agar Panglima Bukit Gantang berperang menegakkan Syiar Islam disamping menyediakan tempat untuk simpanan bekalan makanan tenteranya yang ramai.

Dengan itu Panglima Bukit Gantang memerintahkan tentera raja China Manchu menanam padi huma seluas 27,000 relong (anggaran) untuk stok bekalan makanan mereka. Kawasan ini kini dijadikan hutan simpan Cheba. Cheba ialah bahasa Siam bermaksud, Nama Baba. Tempat tinggal General Maharaja China manchu (General Baba) hari ini bernama Kampung Cheba (Cik Baba).


Kawasan Huma Padi Raja Siam Songkhla, Nai Lang Datuk Panglima Bukit Gantang, Bendahara Empayar Islam Benua Siam Paduka Seri Sultan Sultan Syed Alang Alauddin tahun 1821 bagi menampung bekalan makanan tentera.


Bukit Masjid, tahun 1821. Ketiga-tiga peta ini adalah dengan ikhsan pejabat Tanah/Daerah setempat.

Sultan Idris Jammu Patani, anakanda Sultan Pak Teh Siam Jammu Patani (Pateh) telah berlindung di Istana Kota Aur dalam tahun 1820. Baginda terkorban dalam tahun 1821 di Padang Patani, Mukim Tajar, Kota Setar Kedah.

Jenazah baginda telah dimakamkan di tanah perkuburan Islam Di Raja Patani, Masjid kampung Sena, Mukim Tobiar, Pendang Kedah. Gelaran Jammu Patani bermula dari keturunan asalnya, Sultan Ismail Jammu Patani (Pija tu Nakpa) yang berasal dari Jammu Kashmir, anak saudara Maharaja Monggol India, Zahiruddin Bahadur Syah
. Raja-raja Monggol India turut dikenali dengan gelaran Syah Alam.

Sejarah nama-nama tempat dari bahasa Siam Kedah.

Terdahulu, pada tahun 1758, Raja Siam Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar Syah III, ayahanda kepada Panglima Bukit Gantang ini telah membawa pengikut-pengikutnya yang terdiri dari orang-orang islam dari Kemboja balik ke Kedah. Terdahulu, baginda menjadi Raja di Kemboja Cempakasari. Gelaran Koya berasal dari perkataan Nguyen, membawa maksud yang sama.

“During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng (Buddha), the Champs were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, Pô Chan, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham. They were not concentrated in one area but were scattered along the Mekong river in Vietnam, forming 13 villages along it. Throughout the years, their children were sent to Kelantan (Malaysia) to learn Qur'an and Islamic studies. Once studies were completed, these children then return home to teach others in these 13 villages”.
http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstry.html

(Sebelum pada ini, kami ingatkan malumat ini tidak ada, puas kami mencari barulah kami terjumpa dengan penilisan yang agak ringkas dan tepat seperti diatas.)

Pengikutnya ditempatkan di kawasan Pedu. Pedu bermaksud, Abang @ Kekanda. Tindakan berpindah ini adalah berikutan serangan tentera Buddha thai yang telah mula menyerang negeri Islam Kemboja. Di Pulau Pinang hari ini ada sebuah masjid yang dinamakan Masjid Koya, berkemungkinan turut di buka oleh pengikut-pengikut Sultan Mud Zafar Syah III ini yang pergi menetap disana.

Koya Long bermaksud Putera Sulong @ Pe-du. Pho Chan pula adalah gelaran kepada baginda sewaktu menjadi Raja Kemboja Cempakasari. Sejarah penduduk Kampung Pedu, Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap Kedah kebanyakkannya adalah dari keturunan Syed yang berasal dari Kampung Syed Pew dan Kampung Syed Sofoun dalam negeri Kemboja Cempakasari. Dahulunya kawasan ini pernah berada dalam Empayar Islam Benua Siam Kedah, sekitar sebelum tahun 1758.

Pelarian Kemboja keturunan Syed ini selain dari bermustautin di Kelantan dan Trengganu turut juga bermastautin di sekitar pekan Kuala Nerang. Perkataan Nerang ialah bahasa siam yang bermaksud, Tempat Ulu Sunyi. Di Kuala Nerang inilah terdapatnya kawasan Bendang Raja. Raja yang dimaksudkan ini ialah Pho Chan Koya Long, Sultan Mudzafar Syah III.

Di Mukim Rambai, dalam daerah Pendang Kedah juga terdapat Bendang Raja milik Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah III yang pernah menjadi Bendahara sewaktu ayahandanya Syarif Yang Di Pertuan masih ada. Rujuk Buku Undang-undang Kedah Dewan Bahasa Dan Pustaka di ms 43 “... Dititah Bendahara Suruh Salin...” . Bendahara pada ketika itu ialah Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah III.

Maharaja China Manchu telah mengariskan 3 strategi untuk menyerang tentera Buddha Rama II Chakri Sokho Thai.
Pertama, melalui jalan darat dengan teknik berkumpul tenteranya di Chiangmai untuk menyerang Kota Ayuthia.
Kedua, melalui jalan sungai, tenteranya mara melalui Sungai Chau Phraya dan mereka mendarat di Tak Bai, Songkhla.
Ketiga, melalui jalan sungai juga yang mana tenteranya mara melalui Sungai Mounmin Burma dan mendarat di Pulau Langkawi.


1799 - 1820 H.I.M. Emperor Chia-ch'ing [Jen Tsung Jui Huang Ti] [Shou T'ien Hsing Yün Fu Hua Sui Yü Ch'ung Wên Ching Wu Hsiao Kung Ch'in Chien Tuan Ming Ying Chê Jui], the Great Illustrious Emperor of the Great Ch'ing Dynasty, Son of Heaven, Lord of Myriad Years, etc c. b. at T 'ien-ti-i-chia Ch'un, Jehol, 13th November 1760, educ. Shang Shu-fang. Appointed as Heir Apparent with the title of Huang T'ai Tzu on 21st December 1773 (secret) and publicly invested 15th October 1795.
http://www.4dw.net/royalark/China/manchu11.html

Biasalah, hari ini kalau ada nama Islam pun sudah dipadamkan dari sejarah. Chia-Ching bermaksud, kepercayaan bersungguh-sungguh, Tsung Jui bermaksud, duduk di tempat yang tinggi.



Di Pulau Langkawi mereka mendarat di sebuah tanah tinggi yang kemudiannya digelar dalam bahasa siam, Ma Chin Cheng yang bermaksud, mari sehingga cerah mentari. Ini disebabkan kehadiran tentera china ini terlalu ramai dan mereka tiba secara berperingkat-peringkat melalui jalan laut.

Tentera ini dipimpin oleh menantu Raja China Manchu yang kedua iaitu Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai, bergelar Mat Sirat. Lokasi penginapan beliau semasa sampai di Pulau Langkawi ialah kawasan yang kini dikenali sebagai Padang Mat Sirat. Mat Sirat ialah gelaran dari bahasa siam untuk Tengku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai (Datuk Saudagar).



Dalam tahun 1821 ini, tentera Raja Sumatra Pasai Acheh telah bertempur dengan tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai di Kuala Kedah. Kapal yang dinaiki Raja Langkat Sumatra Pasai Acheh ini tenggelam dan baginda terbunuh. Dengan menggunakan rakit mayat baginda dibawa ke tebing Kuala Kedah dan dimakamkan disitu. Tempat pemakaman tersebut kini dinamakan, Makam Tok Pasai. Tok Pasai adalah cucu Iskandar Mahkota Alam dan merupakan bapa mertua Syarif Yang Di Pertuan (berkahwin dengan Tengku Marin/Suryamarin).


Jambatnn baru yang dibina di Kuala kedah dinamakan sempena nama baginda, Jambatan Tok Pasai. Hari ini, tidak adakah warisnya yang kini berada di Sumatra Pasai mengaku mengenali @ mengetahui salasilah baginda?


Susulan peristiwa serangan ini tentera China Manchu yang menang peperangan di Langkawi datang untuk membantu tentera Raja Sumatra Pasai Acheh. Tentera ini dibahagikan kepada 4 gelombang.

Gelombang pertama, mendarat di Teluk Bagan dan kawasan ini dinamakan Tanah Raja Teluk Bagan.

Gelombang kedua, mendarat di Kuala Kangkong. Kangkong ialah bahasa siam bermaksud, ditepi longgok tentera tentera ini mara sehingga Kampung Tokai. Perkataan Tokai ini diwujudkan sempena nama Panglima tentera China iaitu Tok Kai. Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china Manchu ini masih wujud hingga hari ini.

Gelombang ketiga, mereka mendarat di Kuala Sala, perkataan sala ialah dari bahasa siam yang bermaksud, rumah wakaf . Tentera dari gelombang ketiga ini mara dan menetap di Kota Sarang Semut iaitu kawasan kota lama milik Sayidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir, cucu kepada Raja Merong Mahawangsa (222 H). Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china ini masih wujud hingga kini. Istana Kota Sarang Semut dimusnahkan tentera thai sewaktu mereka menyerang Kedah dalam tahun 1876 dan menjajahnya hingga tahun 1881.

Gelombang keempat. Tentera dari gelombang keempat ini mendarat di Kuala Sedaka. Perkataan Sedaka ini dari bahasa siam yang bermakna Tentera Mati Bunuh. Tentera dari gelombang keempat ini terus mara dan menetap di Padang Lumat.

Perkataan Lu-mat juga dari bahasa siam yang bermaksud, Mat Sirat itu Masyhur (merujuk kepada Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai). Kawasan ini asalnya bendang raja, milik Syarif Yang DiPertuan Yang Maha Mulia (tahun 1788). Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china ini masih wujud bermula dari Gurun hinggalah ke Guar Chempedak, dikiri jalan menuju ke Alor Setar.

Untuk maklumat pembaca, isteri (nama sudah tidak diketahui lagi) kepada Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini ialah adinda (adik) kepada isteri Panglima Bukit Gantang Nai Lang Raja Siam Songkhla (kedua beradik perempuan ini adalah anakanda Maharaja China Manchu).

Pada masa yang sama isteri Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini juga adalah bonda Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah @ Ngah Haji Muhammadiah Keramat Tok Bai. Manakala kakaknya pula adalah isteri Panglima Bukit Gantang dan bonda kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah atau Long Jaafar.

Kedua mereka adalah anakanda Maharaja China Manchu. Dengan sebab itulah dikatakan bahawa Long Jaafar telah membawa masuk orang-orang China Khaek (Islam) untuk melombong bijih timah di Larut. Long Jaafar @ Sultan Jaafar Mudazam Syah adalah juga cucu Maharaja China Manchu, Maharaja Chia-ch'ing.


Keratan dari buku Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu, 1400-1959, ms 153, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Puak khaek, dari kongsi gelap Hai San (bermaksud bagi pesanan) adalah orang-orang China yang beragama Islam. Patutlah puak Ghee Hin dengan Hai San ini bergaduh. Khaek @ Khaeg bermaksud Islam dalam bahasa Siam Kedah. Sebagai contoh, tempat peranginan Phuket asalnya adalah Po-Kheg bermaksud bapa-Islam atau raja yang memerentah disitu dulunya adalah beragama islam. Lihat lagi catatan ahli akademik Thailand hari ini mengenai khaeg dibahagian bawah blog ini.

Seterusnya,

The common name that Thai speakers use to refer to Islam and its followers is khaek while the more educated and official ones have been Thai Islam and Thai Muslim. The word khaek means a stranger or an outsider and a visitor or a guest. Original usage of the term regards khaek as one among several macro-ethnic categories into which the non-Thai world is divided.

Gradually the term khaek is used as a qualifier to specify particular costumes, language and eventually ethnic Malays and Islam followers including Arabs and Indians. By the late nineteenth century khaek was used by the kings in their descriptions of the Malay Muslims in the south.

Reflecting the political conflict of the Malay Muslim in southern Thailand, the term khaek has been regarded as inappropriate and insulting to the Muslim people because it creates a sense of contempt and social distance among the different races and religious beliefs.”
Thanet Aphornsuvan, “History and politics of the muslims in Thailand”,Thammasat University. Pg5.

Apabila tentera Datuk Panglima Bukit Gantang berjaya mengusir keluar tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai mereka mendapat berita buruk bahawa datuk baginda, Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayut’ia ke 33, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia telah terkorban di Istana Kota Meang Kuang.

Gambar pintu masuk ke Istana Raja Siam Ligor yang terletak di Kota Nakhon Si Thammarat Thailand. Chau Pija Boromoraja V Ekataat Syarif Yang DiPertuan Yang Maha Mulia Empayar Benua Islam Siam Kedah pernah bersemayam di Istana ini dari tahun 1767 hingga 1782 sebelum berpindah ke Istana Kota Meang Kuang.

Lihat petikan ini yang menunjukkan Syarif sebagai Raja Ligor atau selengkapnya Raja Siam Ligor Nambang,

"Manakala Raja Kuning sudah mangkat dan tiada lagi warisnya yang berketurunan daripada Raja Seri Wangsa yang boleh dilantik menjadi pemerintah menduduki takhta kerajaan Patani. Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yang tertua bernama Raja Bakar duduknya di Kampung Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta kerajaan itu baginda pun mangkat."
Semak di sini,
http://www.geocities.com/prawat_patani/bab3.htm

Raja Bakar yang duduk di Kampung Teluk tak lain tak bukan adalah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor Nambang. Nam-bang bermaksud air-telok. Kenapa baginda dipilih? Mudah sahaja, kerana baginda adalah cucu Puteri Nang Kemuning (yang berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah, Khalifah Akhirul Zaman) dan cicit kepada Nang Che Yam (yang berkahwin dengan Pija Tuk Nakpa Sultan Ismail Jammu Kashmir). Sesudah berundur dari Ayuthia, baginda tidak lagi menggunakan nama gelaran Boromoraja Ekataat V. Hari ini, sejarah kita masih terus menafikan kewujudan baginda.

Wasiat dari TNL Kassim mengatakan bahawa lokasi Istana Kota Meang Kuang tempat bersemayamnya Syarif Yang Di Pertuan telah dibocorkan kepada tentera Thai oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin cucu Syarif Yang Di Pertuan segera bertindak untuk menangkap Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menyebabkan beliau meminta bantuan Inggeris dan lari bersembunyi ke Melaka.

Jenazah Almarhum Syarif Yang Di Pertuan telah disemadikan ditanah perkuburan Islam, Makam Di Raja Siam Islam Kampung Tualang, Mukim Tualang, Daerah Kota Setar Kedah Darul Aman. Pada masa inilah Po Chan Koya Long Sultan Muzaffar Syah III menggantikan ayahandanya sebagai Raja Besar Benua Siam dan ditabal di Berahman Indera (Balai Besar). Di dalam buku Konvension Sejarah Kedah Darul Aman Malaysia 1981 ada catatan mengenai Putera Raja Siam Ligor pernah bersemayam di Alor Ganu Anak Bukit, Kedah diantara tahun 1821-1839.




...yang memerentah Kedah sekitar tahun 1821-1839?...Putera Raja Ligor menulis jawi dalam surat beradat??? Siapa Putera Raja Ligor ini? Siam Islam atau thai Buddha? Kalau dah ada maklumat sebegini tak payahlah mendiamkan diri.
Oleh Dato Haji Wan Shamsudin Mohd Yusof, "Surat-surat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II (1904-1845) : Suatu Pengenalan, Warisan Mahawangsa Kedah, ms 30,31.


Putera Raja Siam Ligor yang dimaksudkan ini ialah Raja Siam Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III Kedah ibni Raja Siam Ligor Nambang, Syarif Yang Di Pertuan atau dikenali dalam sejarah Thailand sebagai Maharaja Siam Dinasti Ayuthia ke 33, Boromoraja Ekataat V. Baginda Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III pernah bersemayam di Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan sebagai raja daerah merangkap Bendahara. Baginda berpindah kembali ke Alor Ganu, Anak Bukit, Kedah Darul Aman apabila memegang tampuk pemerentahan induk.

Pada tahun 1821 Masihi Sultan Mudzafar Shah III ditabal menjadi Maaharaja Empayar Islam Benua Siam Kedah lalu bersemayam di Istana Kota Serjana, Alor Ganu. Putera baginda iaitu Raja Siam Songkhla Datok Panglima Bukit Gantang Nai Lang Sultan Syed Alang Alauddin dilantik menjadi Bendahara dan bersemayam di Istana Kuning Alor Setar Kedah. Istana Kuning telah dibina pada tahun 1668 Masihi oleh datok neneknya iaitu Maharaja Siam Islam Boromokot, Sultan Muhiyuddin Mansor Shah.

Manakala Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai Mat Sirat pula dilantik menjadi Paduka Sri Perdana Menteri Empayar Islam Benua Siam Kedah dan bersemayam di Istana Kota Burha, mukim Padang Kerbau, Pendang Kedah Darul Aman. Puteranya Nik Diah @ Tunku Ngah Haji Muhammadiah Keramat Tok Bai dilantik oleh Sultan Mud Zafar Syah III Kedah menjadi Sultan Muhammad I Legeh (Kelantan). Baginda pun bersemayam di Istana Raja Legeh Kok Lanas, Jeli, Kelantan.

Sultan Mud Zafar Syah III Kedah melantik cucundanya iaitu putera kepada Panglima Bukit Gantang iaitu Nai Long Jaafar untuk menjadi Raja Larut Matang dan bersemayam di Istana Kampung Pokok Asam, Taiping Perak manakala adindanya Nai Long Abu Toha pula menjadi Raja Selama dan bersemayam di Istana Bagan, Pulau Pinang.

Turut dilantik ialah Syed Harun Jamalullail ibni Nai Ta @ Syed Muhammad Hatta Jamalulail sebagai Raja Perlis (Penghulu Kayang). Sebelum pada itu, ayahanda baginda Syed Mohammad Hatta turut terbunuh di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821. Adinda Syed Harun, Paduka Seri Sultan (Syed) Ismail dilantik menjadi raja daerah Kinta, Perak (lebih dikenali sebagai Sultan Ismail Kinta).

Seperkara lagi salasilah Jamalulail Raja Perlis hari ini menurut wasiat pada asalnya bermula dari nama Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa, yang menjadi waris pertama Bani Hashim. Tok Soh atau Syarifah Maryam ibni Syed Jamal Al-Jeffri, permaisuri Raja Merong Mahawangsa adalah dari keturunan Bani Hashim. Sepertimana Siti Fatimah, talian ini tetap turun walaupun melalui waris perempuan.

Identiti penghulu Kayang dimasa lalu di sembunyikan dari pengetahuan penjajah Thai dengan menukar salasilah mereka. Hanya keluarga terdekat yang mengetahuinya termasuklah wasiat yang diperolehi oleh TNL Kassim. Sekali pandang, TNL Kassim ada rupa Raja Perlis hari ini (dengan maaf) kerana dari pupu-pupunya juga.


...dari buku yang sama seperti diatas.

Sultan Ismail Kinta pula ditangkap kerana dikatakan terlibat dalam pergaduhan di Kinta, padahal Inggeris ingin merampas kawasan lombong bijih yang kaya dan terus berkuasa disana. Baginda ditangkap sewaktu kembali dari Kedah menghadiri upacara pengkebumian Sultan Jaafar atau (Nai)Long Jaafar dalam tahun 1876 yang dibunuh di Gurun Kedah. Penangkapan ini dibuat oleh Sultan Abdul Hamid lalu diserahkan kepada penjajah Inggeris.

Walau pun disebut sebagai bendahara, keluarga disini tahu bahawa itu lah Sultan Ismail Kinta. Turut dirampas adalah alat kebesaran Perak berupa gelang kaki berkepala naga (lihat gambar dikanan). Waris Sultan Ismail Kinta masih ada hingga kini dia Kedah. Tindakan ini bukan dengan kebijaksanaan tapi dengan tipu helah untuk menguasai Kedah yang ketika itu sedang dikecilkan wilayahnya oleh penjajah secara halus tanpa diketahui oleh mereka yang bersubahat.